Ahad, 31 Mei 2009

Tahniah Hoki SBPIS


Tengah belek-belek surat khabar Metro Ahad tadi, secara tak sengaja terbaca lak berita Hoki SBPIS bawah 16 tahun Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan. Jadi ucapan tahniah kepada pasukan hoki bawah 16 tahun SBPIS, daripada pihak Ex-SBPIS. Jadi berikut adalah keratan akhbar tersebut untuk dikongsi bersama :-

Harian Metro
Oleh NAZRI ABU BAKAR


PASUKAN hoki lelaki Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, (SBPIS) Melaka muncul juara Kejohanan Hoki Bawah 16 tahun Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan kali keempat selepas menewaskan Sekolah Menengah Sains Seremban (SMSS) 1-0, baru-baru ini.

Perlawanan yang berlangsung di padang hoki Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Durian Tunggal, itu menyaksikan jaringan tunggal Muhammad Rasydan Saiful meletakkan SBPIS muncul juara sekali gus mengulangi pencapaian 2006 yang pernah diraih mereka.

Dua pasukan itu juga secara automatik layak beraksi di peringkat kebangsaan pada pertengahan Jun depan.

Bagi kategori perempuan, Sekolah Menengah Tun Fatimah (SMTF) dari Johor muncul juara selepas menewaskan Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ) 1-0 pada perlawanan akhir.


Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Arena/20090531101940/Article/index_html

Tahniah!!


Rabu, 27 Mei 2009

HKSBP 2009

HKSBP datang lagi!!

Huhu, teringat kenangan HKSBP 2005. Tapi, kali ini Hari Kecemerlangan SBP 2009 (HKSBP 2009) akan dilangsungkan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada 28 Mei-2 Jun 2009. Huhu, kalu x silap, esok sampai hari selasa depan la. Ini antara maklumat yang aku dapat dari page web HKSBP 2009 :

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah diberi penghormatan oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster untuk menganjurkan Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) yang akan berlangsung pada 28 Mei - 2 Jun 2009 di SSP @ Cyberjaya dan SSAS @ Putrajaya. HKSBP merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 35 tahun yang lalu dan kini tibalah masanya untuk SSP Cyberjaya menggalas amanah menunaikan hasrat lebih daripada 2000 orang peserta daripada 54 buah SBP untuk menjadikan HKSBP Ke-36 tahun 2009 antara yang paling meriah. HKSBP mempertandingkan dua cara utama iaitu Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pertandingan Bola Keranjang (Lelaki & Perempuan). Acara selama lima hari yang sememangnya antara acara yang dinanti-nantikan oleh murid-murid SBP seluruh negara untuk mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dalam bahas dan bola keranjang. Peserta perempuan akan menginap di asrama SSP manakala peserta lelaki akan menginap di asrama SSAS.

Kalau x silap SSAS tu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Insyaallah wakil dak skool kita pun ade. Tapi tak tahulah Pasukan Bola Keranjang SBPI Selandar ade wakil atau x. Tak dapat dipastikan lagi diorang lepas Zon Selatan atau x.

Huhu, Tapi point yang penting adalah, mari kita ramai-ramai bagi sokongan dekat dak skool kita yang masuk bertanding. Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah pergi ek. Lagipun sekarang cuti kan. Segala makluman terbaru HKSBP 2009 ini aku akan bagitau dari semasa ke semasa. So, up to date k. Untuk maklumat lanjut, lawatilah :

http://hksbp2009.seriputeri.edu.my/

See u there.

Khamis, 21 Mei 2009

Hadiah Buatmu Guru

[Teks ini dibacakan sewaktu Sambutan Hari Guru SBPI Selandar 2009]

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, kita diberikan peluang untuk dipertemukan semula di hari yang begitu bermakna ini iaitu Hari Guru. Syukur yang tak terhingga juga kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang terbesar iaitu nikmat berada di atas muka bumi ini serta nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat dan mereka yang meneruskan risalah baginda.

Guru-guru sekalian,
Kami anak-anak didikmu dan bekas pelajar SBPI Selandar ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada Ayahanda Pengetua, En. Karim B Bayok, Guru-guru penolong kanan, serta guru-guru yang dikasihi sekalian. Pada hari yang bermakna ini juga kami ingin mengambil peluang di majlis ini untuk menyampaikan sedikit kata-kata dari Alumni SBPI Selandar.

Guru sebagai pendidik memberi satu makna yang besar. Apabila diletakkan dalam bahasa arab (murabbi) memberi makna yang lebih besar. Guru bukan sekadar tenaga pengajar yang telah diberi amanah untuk menyampaikan ilmu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Tetapi guru memainkan peranan yang lebih hebat lagi iaitu sebagai wadah yang membentuk insan yang bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan.

Batu bernama si batu bata

Tempat hinggap si burung balam

Guru itu ibarat pelita

Memberi cahaya setiap malam

Sesungguhnya, profesion keguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidik, setiap daripada insan yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri, menilai apakah tahap komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab, sejauh mana iltizam dalam menjunjung imej dan kedudukan profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan memadai untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan pada era ini. Ini kami anak-anak didikmu dapat lihat dalam tindak tandukmu guru, dengan semangat mendidik anak bangsa dan segala penat lelah yang engkau lalui hanya untuk untuk melihat masa depan kami yang cerah. Terima kasih cikgu.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara

Jika hari ini seorang ulama’ yang mulia

Jika hari ini seorang peguam yang menang bicara

Jika hari ini seorang penulis yang terkemuka

Jika hari ini siapa saja yang dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru yang biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Adik-adik SBPI Selandar sekalian,
Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka. Bawalah agama dalam dirimu dan hormatilah guru.

Adik-adik sekalian,
Taatilah guru-gurumu yang sanggup melayan kerenahmu sebagaimana kami mentaati guru-guru kami dahulu. Bantulah mereka untuk meningkatkan wajah SBPI Selandar ini di mata Negara. Sayangilah mereka dan hormatilah mereka. Banggakanlah mereka dengan kejayaanmu. Hal ini kerana, dengan pengorbanan mereka kami kini telah berjaya ke peringkat pengajian tinggi dengan tersemat segala nasihat dan kata-kata guru SBPI Selandar kami di sanubari.

Seorang guru itu diibaratkan sebagai perwira. Sekiranya di dalam kisah-kisah peperangan, gurulah sebagai panglimanya. Batalionnya bergerak berpandukan arahannya. Hebat panglimanya, maka akan membawa kepada kemenangan. Lemah panglimanya akan membawa kepada kekalahan dan kemusnahan.

Bersenjatakan pena keramat

Berbekalkan ilmu di dada yang sarat

Melangkah sang guru penuh semangat

Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat

Dengan satu visi dan matlamat

Bagi mengangkat martabat ummat

Di pentas watan dan sarwajagat

Begitulah besarnya impak yang dibawa oleh seorang pendidik. Menjadi acuan kepada anak didik mereka. Guru itu adalah pelengkap kepada segalanya. Tanpa guru, pincanglah manusia. Tugas guru itu;

Agar dapat menokok barang yang kurang

Agar dapat menggulas mana yang senteng

Agar dapat menghubung mana yang pendek

Usang-usang minta diperbaharu

Lapuk-lapuk minta dikajangi

Yang singkat tolong sambungkan

Yang panjang tolong keratkan

Yang koyak minta ditampal.

Seorang guru mempunyai beribu-ribu anak didik. Kesabaran mereka menghadapi karenah setiap individu itu tiada bandingannya. Pada mereka, yang penting adalah menjalankan amanah iaitu membentuk anak-anak ini agar menjadi manusia yang berguna satu hari nanti. Kami sebagai bekas pelajar SBPI Selandar selalu mengingati kalian yang telah sabar mencurahkan ilmu tanpa penat jemu. Banyak kesilapan yang mungkin telah kami lakukan dulu, jadi, Alumni SBPI Selandar ingin memohon seribu kemaafan atas kenakalan kami dulu yang mendapat perhatian dan kasihmu.

Tidak terbayar jasa mu guru yang telah ditaburkan. Setiap kata dan nasihat menjadi mutiara yang tersimpan di sanubari kami. Hanya ini yang mampu kami beri.

Taman lagundi tumbuh kelapa

Terbit bunga pokonya mati

Budi tuan saya tak lupa

Sudah terpahat di dalam hati


Tinggi bukit silang-gemilang

Air pasang tenang-tenangan

Budi sedikit tidakkan hilang

Dalam hati kenang-kenangan

Akhir kalam, ingin kami hadiahkan seuntai madah yang tak seberapa sebagai gambaran penghargaan kami kepada setiap guru yang telah menabur bakti dalam mendidik anak bangsa.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah di Pinggir kota

Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada Negara.

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jadilah apapun di akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat


Terima kasih cikgu. Dari anak-anak didikmu bekas pelajar SBPI Selandar yang berjuang di :

Universi Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabansa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), University of Birmingham, UK. University of Surrey, UK. Fachochschule Bingen, Germany. Universitas Padjadjaran Bandung, Indonesia. Nizhny Novgorod State Medical University, Russia. Jordan University of Science and Technology, Jordan. Dongyang Technical College, Seoul, South Korea. Cairo University, Egypt. Mansoura University.

Jumaat, 15 Mei 2009

Student Melayu

Assalamualaikum wbt.

Mauduk post kali nie - student melayu..

saya mgkin tidak sepetah saudara kopiah_alrazi dalam memberikan hujah dalam perdebatan umum, tp dengan sedikit pengalaman sebagai mahasiswa, saya ingin mengajak sahabat2 sekalian membicarakan mengenai mengapa mahasiswa melayu selalu tersungkur di menara gading walhal ada antara mereka adalah pelajar cemerlang dan datang dari sekolah-sekolah yang terkenal.

sepanjang pemerhatian saya, ramai dalam kalangan kita (orang melayu) yang selalu menganggap diri sendiri sudah cukup hebat berbanding dengan yang lain, lantas meletakkan diri di bawah tempurung yang dicipta sendiri. Dengan kata lain, mecipta suatu sempadan antara diri kita dengan rakan-rakan yang lain, yang tanpa kita sedari sebenarnya lebih maju atau hebat daripada kita

ini adalah penyakit yang amat sinonim dengan mahasiswa yang berasal daripada sekolah berasrama penuh. Saya mempunyai seorang rakan (software engineering) dan terlalu bangga dengan title 'engineering' yang dipegang, walhal mereka tidak tahu satu apa pun mengenai programming menggunakan C#..pelik kan?

di USM, dan saya percaya semua universiti lain juga menjalankan prinsip yang sama, hanya mengajar asas atau foundation kepada semua mahasiswa. Di peringkat tahun 1 - 3 (sebelum tahun akhir), kita diajar tentang bagaimana A boleh bertukar menjadi B..tetapi, untuk menukar B menjadi C, adalah tanggugjawab kita selaku mahasiswa dan golongan intelektual untuk menjalankan apa yang dikatakan 'self exploration'. Cuma apa yang amat dikesalkan, tidak ramai MELAYU yang mampu berbuat demikian.

Semua universiti tidak kira dalam atau luar negara pasti menuntut pelajarnya melaksanakan 'Senior Project' atau projek tahun akhir. Sepanjang penelitian saya, melalui platform inilah kita dapat melihat sejauh mana keberkesanan 'Self Exploration' dalam diri mahasiswa. Saya selalu melihat projek-projek tahun akhir mahasiswa melayu yang pada saya, boleh dibuat oleh mahasiswa tahun 1 (hanya untuk menggambarkan betapa ringkasnya teknologi yang digunakan).

Jika dibandingkan dengan mahasiswa cina terutamanya, banyak projek tahun akhir yang lahir daripada idea mereka berjaya merebut kilauan pingat di NRIC (national research & innovation competition), ITEX dan sebagainya. Ada dalam kalanngan projek mereka yang telah ditempah untuk dipatenkan oleh syarikat multinasional luar negara. Sebagai contoh, team BST (senior saya di USM, kaum cina) telah berjaya membuat satu inovasi baru dalam teknologi penghantaran Sms dan telah membolot RM10,000 dalam Mobile Competition anjuran Maxis dan Suruhanjaya Komunikasi awal tahun ini.

Secara ringkasnya, sistem tersebut dilaksanakan khusus untuk pengguna Symbian S60 (nokia N series) dan mampu membuat penjimatan sehingga 68% iaitu 0.0034 sen per sms. Projek tersebut telah menarik perhatian syarikat telekomunikasi terbesar singapura, Singtel dan mereka telah membida sistem berkenaan untuk dipatenkan atas lesen mereka.

inilah kuasa projek tahun akhir. Jika anda mencipta sesuatu yang baru dan 'marketable', anda tidak perlu risau untuk berkahwin awal+memiliki honda civic 2.0+memiliki rumah impian dan lain-lain lagi. tapi sayangnya, dimanakah mahasiswa MELAYU? mana MELAYU?

sebelum mengakhiri karangan pendapat saya ini, saya ingin mengutarakan satu teori yang pada harapan saya dapat dibahaskan bersama iaitu :

MALAYU KURANG "SELF EXPLORATION" - punca mahasiswa MELAYU kurang kebolehan

wassalam..tapai ubi

Khamis, 14 Mei 2009

Selamat Hari Guru, Cikgu

Bersempena hari yang bermakna iaitu Hari Guru bertarikh 16 Mei, Alumni SBPI Selandar ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar, cikgu-cikgu SBPI Selandar yang sabar mengajar kami, melayani kerenah kami dan menasihati kami.

Jasamu tidak akan kami lupakan cikgu. Doakan anak-anak didikmu yang berjuang di Menara Gading ini. Maafkan kami cikgu jika ada kesilapan yang kami pernah lakukan sehingga terguris hatimu. Terimalah dari kami :



Terima Kasih Cikgu.

Isnin, 11 Mei 2009

Warga SBPI Selandar Seantero Dunia

Mari lihat siapa rakan-rakan kita yang belajar di oversea :

SPM 2005

1. Mohd Yusri B Yusop

- bun_iz@yahoo.com.my

- Bsc. Physics

- University of Birmingham, UK.


2. Nuruljannah Shamsuri

- ex_sinaians88@yahoo.com

- Bsc Math

- University of Surrey, UK


SPM 2006


3. Azwa Laila Azman

- azwaazman@gmail.com

- Electrical engineering

- Fachochschule Bingen, Germany


4. Nur Emalina Mohd Ali

- ponyluvgummies@live.com

- Medic

- Universitas Padjadjaran Bandung


5. Nur Fatin Liyana Asri

- Lyn_frick@yahoo.com

- Medic

- Universitas Padjadjaran Bandung


6. Nur Fadhilah yanti Abd manaff

- Padeel_comey@yahoo.com

- Bsc in mathematics

- University of birmingham, UK.


7. Saidatul Fatiha Abd Ghafar

- saigeniustkp@yahoo.com.my

- Medic

- nizhny Novgorod State Medical University, Russia.


8. Muhammad hafiz Shamsuri

- Apis_aj@yahoo.com

- Dentistry

- Jordan University of Science and Technology


9. Zatul Amrah Mohammad Nazri

- Amrah5774@yahoo.com

- Electronic engineering

- Dongyang Technical College, Seoul, South Korea


10. Muhammad Syamim bin Mahat

- Medic

- Mansoura University



SPM 2007


11. Ellya Nabila Binti A. Jalil

- cronyeez@yahoo.com

- Medic

- Cairo University


12. Ahmad Faiz Bin Azrain

- mad_faiz24@yahoo.com

- Medic

- Jordan University of Science and Technology


13. Kauthar Binti Ruslan

- kauthar09@yahoo.com

- Medic

- Jordan University of Science and Technology


14. Khalidah Amirah Mohd Khalid

- Medic

- Mansoura University


15. Muhamad Atiff B Muhamad Noordin

- delta_eight40@yahoo.com

- Dentistry

- Jordan University of Science and Technology


Buat masa ini, ini sahaja yang kami dapat.

Senarai rakan-rakan yang lain akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Minta bantuan semua untuk memberikan maklumat tentang yang sedang belajar di Oversea terutama SPM 2007.

Sesiapa yang ingin berikan maklumat boleh email ke kopiah_hensem@yahoo.com.

Selasa, 5 Mei 2009

Menempa Sejarah Masuk Final Cup



Tahniah kepada pasukan ragbi sbpis 7`s yang telah berjaya mengharumkan nama pasukan ragbi Sbpis kerana berjaya melangkah masuk ke final Cup Piala Presiden pada 2-3 Mei 2009.Pasukan ragbi Sbpis telah berjaya menumpaskan pasukan seperti SMK Bukit Baru(17-0) ,Mrsm Terendak ( 21-0) dan Mhs( 5-5) untuk menjuarai kumpulan ..berjaya dalam separuh akhir menumpaskan Smk Dang Anum( 12-0) dan seterusnya memberikan saingan yang sengit kepada pasukan KYS walaupun seorang pemain diberi sin bin menyebabkan lawan mempunyai kelebihan pemain.. syabas dan tahniah kepada pemain2 yang telah berjaya membawa pasukan ragbi sbpis ke final cup untuk kali pertama walaupun tewas tipis 19-17 ..Semoga berjaya menjadi juara suatu masa kelak ..Insyallah..


Sumber : http://rugbysbpis.blogspot.com/

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner