Ahad, 28 Jun 2009

Biasiswa Khas Tenaga Akademik IPTA 2009 (Deadline: 30 Jun 2009)

Application are invited to all candidates who are pursuing full-time first degree at local public institution of higher learning in the following field :

ProgrammeUniversity
Sarjana Muda Sains KimiaUM, UKM, UPM, UTM, UiTM, USM
Sarjana Muda Sains FizikUM, UKM, UPM, UTM, UiTM, USM
Sarjana Muda Sains Biologi UKM, UPM, UTM, UiTM
Sarjana Muda Sains MatematikUSM, UM, UKM, UPM, UTM, UiTM, UIAM
Sarjana Muda SenibinaUSM, UM, UKM, UPM, UTM, UIAM, UiTM

PERHATIAN:

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).
  2. Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan [klik di sini] @ https://www.mohe.gov.my/bktai/maklumat.php
  3. Hanya pemohon yang layak sahaja boleh membuat permohonan.
  4. Sila lengkapkan borang permohonan dalam talian (on-line) dengan jelas, betul dan teliti.
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2009, jam 12.00 tengah malam.
  6. Borang yang telah dicetak hendaklah disahkan oleh pihak universiti (TNC Akademik/Dekan Fakulti) sebelum dikemukakan ke Bahagian Biasiswa, KPT.
  7. Hanya permohonan dengan maklumat yang lengkap sahaja akan diproses. Permohonan adalah dianggap lengkap apabila pemohon menekan butang “SAH & HANTAR” dan seterusnya mencetak 1 salinan borang permohonan untuk dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.
  8. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan hendaklah sampai ke Bahagian Biasiswa tidak lewat dari 13 Julai 2009 di alamat berikut :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
(u.p.: Unit Pinjaman & Bantuan Kewangan)


Sumber : http://malaysia-scholarship.net/


Khamis, 25 Jun 2009

Komen dan Cadangan untuk INTEL 09

Oleh : Farid bin Aspar

Di sini, saya juga ingin berkongsi kepada seluruh warga exsbpi selandar mengenai cadangan dan komentar yang telah dibuat oleh peserta program INTEL 2009. Walaupun nampak enteng, ia adalah penting untuk dijadikan panduan pada masa-masa yang akan datang.

Banyak yang baik dan positif, walaubagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang boleh dikekalkan dengan mudah tanpa sebarang tindakan lanjut. Hal ini adalah tanggungjawab kita bersama sebagai mahasiswa tidak kira dimana anda, sama ada di dalam atau di luar negara. Di mana sahaja anda berada, anda boleh berjaya tidak kira di Universiti-universiti, Kolej-kolej, Maktab-maktab, Politeknik-politeknik, atau pun terus mencari kerjaya dengan kemahiran sendiri, itu semua adalah posisi sebenar anda di dalam masyarakat, kerana bukan mudah untuk menjadi apa yang anda inginkan. Anda juga penyumbang kepada masyarakat.

Sekali sahaja anda masuk dan belajar di SBPI SELANDAR, anda adalah 'PRODUK" SBPI SELANDAR. Jadi perlulah kita sedar bahawa sejarah kehidupan kita tidak lengkap jika kita 'delete'kan sejarah di SBPI Selandar daripada minda dan kehidupan kita. Oleh itu, sebagai bekas pelajar SBPI Selandar, marilah kita meletakkan azam yang tinggi di dalam diri kita agar dapat membantu pelajar-pelajar di sana sekurang-kurangnya sekali dalam hidup kita. Insya-Allah ada keberkatan dan kebaikkan untuk kita suatu masa kelak. Buangkan rasa rendah diri tidak bertempat dan tiada siapa yang bukan orang penting. ANDALAH ORANG PENTING SBPI SELANDAR.

Oleh itu, di bawah ini disertakan sebahagian daripada beberapa komentar untuk tatapan seluruh warga exSBPIS tidak kira di mana sahaja anda berada, kerana terdapat harapan yang tinggi daripada mereka kepada anda, di samping komen kepada program dan fasilitator yang terlibat. Renung-renungkan, semoga ianya dapat memberikan semangat kepada exSBPIS sekalian untuk terus menyumbang bakti di tahun-tahun yang akan datang. Insya-Allah.
KALAU NAK RESOLUSI YANG JELAS... TEKAN KAT SATU-SATU PIC... UTK YANG ORIGINAL DARI RESPONDEN LA... Kalau tak, kat bawah tu sedikit sebanyak isi kandungannya... :D




Antara Komen (diringkaskan ek) :-
-Dapat hilangkan rasa 'tension'.
-Banyak perkara baru dikongsi.
-'Best' bila pendedahan IPT dan bidang-bidang.
-Banyak input diperolehi.
-Tak pernah ader program sekolah yang best macam ini.
-Rasa macam buat kat luar sekolah la plak.

Cadangan yang kadang-kala pelik.
-Lebih ramai alumni terlibat.
-Terapkan cara belajar dan bawa diri di IPT.
-Melibatkan pelajar di 'oversea'.
-Bahagi kumpulan ikut kerjaya yang diminati.
-Panjangkan masa.
-Buat 'appoinment'.
-Gunakan alat multimedia dalam penerangan.
-Hadiah besar la sket.
-Buat masa semua orang ada.
-Kene tegas sket.
Tu la sket sebanyak isi yang aku bleh kuarkan. Selebihnya, baca la sendiri ek. :D
Semoga dapat Alumni SBPI Selandar dapat lebih aktif menyumbang. Sekian, wassalam untuk semua, sedikit coretan untuk INTEL 2009. :)



Hasil Kajian Program Interaksi Bersama Alumni (INTEL) 2009



Oleh : Farid bin Aspar

Pada 19-21 Jun 2009, telah berlangsung program Interaksi Bersama Alumni (INTEL 09) anjuran ALUMNI SBPI Selandar dengan kerjasama pihak sekolah yang kedua kalinya diadakan. Program ini yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tingkatan lima khususnya mengenai hala tuju selepas SPM. Program yang diadakan secara santai itu telah dihadiri oleh beberapa batch bekas pelajar SPM 2005, SPM 2006 dan SPM 2007. Dianggarkan seramai lebih kurang 30 orang bekas pelajar telah membantu untuk menjayakan program tersebut.


Program ini telah dibahagikan kepada 3 slot utama untuk pendedahan tersebut. Antaranya adalah slot mengenai hala tuju lepas SPM yang mana para pelajar didedahkan dengan pelbagai pilihan laluan yang boleh dipilih untuk melanjutkan pengajian, antaranya Foundation, Matrikulasi, Asasi, Diploma, STPM, Maktab, Politeknik dan sebagainya. Slot ini juga merangkumi penerangan mengenai tajaan biasiswa dan pinjaman seperti JPA, MARA, PTPTN dan tajaan-tajaan lain. Slot kedua adalah pendedahan mengenai institusi pengajian tinggi yang mana mendedahkan mengenai syarat-syarat kelayakan dan peluang-peluang yang ditawarkan oleh pihak IPT tesebut. Manakala slot yang terakhir, para pelajar telah didedahkan dengan kepelbagaian kos yang boleh diambil untuk melanjutkan pengajian seperti bidang kejuruteraan, perubatan, sains gunaan, perundangan, perguruan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, program ini juga telah diselitkan dengan LDK dan permainan yang mana mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan mendorong para pelajar dalam membuat keputusan yang tepat kelak. Di samping itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan juga bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berfikir lebih jauh dan kreatif. Setiap aktiviti program ini mengambil kira matlamat utama untuk kumpulan sasar, iaitu pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Diharapkan program ini akan akan dapat diperbaiki pada masa-masa yang akan datang bagi memastikan setiap aktiviti dapat membantu para pelajar dan matlamat program tercapai.


Ulasan hasil analisis soal selidik INTEL 2009


Mengikut analisis kajian yang dijalankan, seramai 91 orang pelajar yang memberikan respon ketika soal selidik dijalankan. Oleh itu, kajian hanya berdasarkan kepada 91 orang pelajar sahaja sebagai penanda aras untuk tahun ini.

70.33% pelajar sangat setuju mereka berminat untuk mengikuti program ini, iaitu seramai 64 pelajar daripada 91 responden, diikuti 25.27% setuju yang mereka berminat, 3.30% tidak pasti dan 1.10% Sangat tidak setuju mereka berminat. Hal ini mungkin disebabkan kepadatan aktiviti setiap minggu yang dijalankan melibatkan mereka.

70.33% pelajar juga sangat setuju bahawa mereka memahami tujuan program ini, diikuti 27.47% setuju dan masing-masing 1.10% untuk tidak pasti dan sangat tidak setuju bahawa mereka memahami program ini. Perkara ini mungkin disebabkan kurang perhatian para pelajar apabila pengumuman program ini dibuat kepada para pelajar.

60.44% sangat setuju bahawa mereka seronok dengan slot-slot yang dijalankan, diikuti 32.97% setuju yang gembira, 5.49% mengatakan ianya memuaskan dan 1.10% menyatakan sangat tidak setuju mereka gembira. Hal ini mungkin disebabkan faktor persekitaran dan ditambah pula dengan aktiviti yang terpaksa dipinda disaat-saat akhir atas sebab pelajar mempunyai aktiviti lain dan terpaksa meninggalkan program.

51.65% pelajar Sangat Setuju mereka memahami matlamat setiap aktiviti yang dijalankan khususnya dalam LDK, diikuti 43.96% Setuju, 3.30% Tak Pasti dan 1.10% Tidak Setuju bahawa mereka memahami matlamat aktiviti tersebut. Hal ini disebabkan masa yang terlalu singkat untuk menerangkan secara khusus matlamat dan falsafah setiap aktiviti tersebut.

72.53% menyatakan mereka Sangat Setuju telah mendapat sesuatu yang baru dan berguna ketika mengikuti program ini, diikuti 24.18% Setuju, 2.20% Tidak Pasti dan 1.10% Tidak Setuju bahawa mereka mendapat sesuatu perkara yang baru dan berguna. Hal ini mungkin adalah disebabkan oleh sebahagian besar yang diberikan kepada mereka oleh fasilitator adalah sesuatu yang sukar diperolehi daripada program-program lain yang dijalankan di sekolah.

68.13% Sangat Setuju bahawa mereka berpuas hati dengan program ini, diikuti 29.67% Setuju,dan masing-masing 1.10% Tidak Pasti dan Sangat Tidak Setuju bahawa mereka berpuas hati dengan program ini. Hal ini disebabkan para pelajar tidak dapat menyertai program ini sepenuh masa dan tidak dapat mengikuti dengan selesa setiap aktiviti yang dijalankan.

34.07% Sangat Setuju mereka telah bersedia untuk hala tuju selepas SPM, diikuti 47.25% Setuju, 17.58% Tidak Pasti dan 1.10% Sangat Tidak Setuju bahawa mereka telah bersedia untuk hala tuju selepas SPM. Hal ini disebabkan tidak kesemua maklumat yang disampaikan adalah menyeluruh, kerana terdapat beberapa bahagian kos dan pengajian yang fasilitatornya tidak dapat hadir buat masa ini atas urusan pengajian.


Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa keseluruhan matlamat utama program INTEL 09 telah tercapai berdasarkan hasil tiga tahap utama penilaian yang diperolehi iaitu 94.03% ditahap Baik, 4.87% ditahap Sederhana dan 1.10% ditahap Lemah. Oleh yang demikian, saya ingin menggariskan beberapa penambahbaikkan program ini di tahun-tahun yang akan datang :-

  1. Perlunya persediaan sekurang-kurangnya 5 orang yang pernah berada di salah satu peringkat yang setaraf seperti matrikulasi, asasi (UIA, UM, UitM), pra-U, Persediaan, diploma, maktab, politeknik dan sebagainya.
  2. Perlunya wakil daripada institut-institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara sekurang-kurangnya 6 orang tidak termasuk luar negara.
  3. Perlunya wakil daripada pelbagai kos yang berbeza sekurang-kurangnya 6 profession seperti kejuruteraan (kimia, awam, elektrikal dan sebagainya), perubatan (medik, dental, farmasi dan sebagainya), sains gunaan (bioteknologi, biokimia, mikrobiologi, ekologi, biokesihatan dan sebagainya), Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), perundangan, perguruan, kemahiran, dan sebagainya.
  4. Pendedahan kepada peluang untuk mendapat profession yang lebih mencabar yang mengambil lebih daripada satu bidang ketika di IPT seperti ketenteraan dan kejuruteraan (UPNM), sains dengan agama (UM-Sains Gunaan dgn Pengajian Islam, USIM) dan lain-lain jika berkaitan.
  5. Aktiviti LDK yang lebih membawa kepada membina jatidiri, semangat, kreatif, berani, berfikiran jauh dan sebagainya perlulah diterapkan dan diperjelaskan sebaiknya.
  6. Persediaan kepada plan-plan 'backup' lain perlu disediakan untuk digunakan sebagai alternatif sekiranya terdapat masalah ketika program. Hal ini bagi memastikan matlamat utama kepada kumpulan sasaran tercapai.

Walaubagaimanapun, ini sebagai satu usaha untuk memantapkan lagi program ini di tahun-tahun yang akan datang dan sebarang penambahbaikan bolehlah dilakukan sekiranya ia dirasakan perlu. Semoga semuanya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk masa depan diri, disamping mengharumkan lagi nama SBPI Selandar. Insya-Allah.

Rabu, 24 Jun 2009

Gambar Program Interaksi Bersama Alumni 2009 (INTEL09)

Di bawah ni ade lah beberapa gambar yg diambil oleh Bro. Ainuddin dgn kameranya. Gambar2 ni ade gak kt blog die.

Jadi, kalu sesape nk gambar bersaiz besar, hubungilah ainuddin ek di blognya,http://ainuddinpk.blogspot.com/, atau emailnya, ainuddin_uddin@yahoo.com, atau mane2 sumber hubungan yg boleh didapati...huhu..layan


Ni gambar yang paling aku suke...huhu...semasa explorace ,


Lain2 gambar,













































Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner