Selasa, 26 Januari 2010

Permohonan Lanjutan Pelajaran Ke Perubatan Timur Tengah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.

Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
1) Muat turun borang permohonan:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdf
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.
1) Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau Majlis Amanah Rakyat atau mana-mana tajaan atau pinjaman.
2) Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda hanya perlu ke laman http://esilav2.jpa.gov.my/ kemudianMENELITI dan MELALUI prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua-dua badan tersebut. Prosedur permohonan kepada KPT akan diselesaikan melalui badan-badan ini setelah permohonan biasiswa diterima.

Semakan maklumat terkini JPA di http://www.jpa.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my

Semakan maklumat terkini MARA di http://www.mara.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.

Adik-adik diminta untuk mengambil perhatian serius tentang syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh temuduga dan tarikh Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bagi pemohon biasiswa JPA sahaja) dan sebagainya.

(Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2009_piln/iklanPILN2009.pdf)

Bagi tajaan-tajaan lain, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. Dan ketiga-ketiga borang KPT di atas juga turut penting untuk dipastikan diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Bagi pemohon persedirian, anda PERLU melalui KPT dengan,
1) Muat turun borang permohonan:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdf
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Berikut adalah lampiran prosedur permohonan yang turut disertakan di dalam Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan di Mesir kemaskini Mac 2009. Prosedur ini PERLU DITELITI sebaiknya.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN
UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran.

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen seperti
berikut:

i. Dua (2) salinan Borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2006
(Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir)
ii. Satu (1) Borang KPT/SSLN/2009
(Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara)
iii. Cabutan Sijil Lahir asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
iv. Sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
v. Terjemahan cabutan Sijil Lahir (Bahasa Arab) dan 4 salinan yang telah disahkan
vi. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut :

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149-7210

vii. Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel:03-8887-4159
Faks: 03-8889-2923

viii. Tujuh (7) keping gambar warna berukuran pasport;
ix. Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan dan
(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar)
x. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 50.00 bagi permohonan perubatan ke universiti di Mesir melalui bank draf dan hendaklah dicatatkan atas nama

Director, Malaysian Students
Department Cairo

xi. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem 3. Borang kemasukan dan dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah
dikemukakan ke alamat di bawah pada atau sebelum 31 Mei 2009:

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah

5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5873.

Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

Untuk mengetahui lanjut tentang PERUBATAN, adik-adik boleh layari http://info.perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org. Jika berkesempatan untuk membaca panjang, ruang perbincangan di iLuvIslam ini juga mungkin membantu adik-adik.

Sebarang persoalan berkenaan boleh diajukan di presiden@perubatan.org atau di penerbitan_penerangan@perubatan.org

Semoga berjaya semua.

Sekian, terima kasih.

Menggungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)

Jumaat, 22 Januari 2010

Fakta Universiti Malaya (UM)

Salam kepada para pembaca dan warga exSBPI Selandar. Semoga sentiasa lebih berjaya dalam hidup walaupun kini anda di dalam keadaan yang amat getir dalam menempuh hidup. Apa pun keadaan anda kini, dan di mana pun anda berada, jalan kejayaan pasti ada. Bagi yang baru sahaja berjuang menjawab kertas-kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan lalu, semoga mendapat hasil yang diimpikan Insya-Allah. Pada waktu ini, mungkin sudah ada yang berhitung-hitung untuk memilih institusi pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran, atau mungkin masih belum memikirkannya lagi. Apa pun perancangan anda, istikharahlah dalam setiap pilihan.

Sebagai maklumat tambahan untuk anda, saya sertakan sedikit maklumat berkaitan Universiti Malaya untuk anda mengenali salah satu IPT yang berada di Malaysia.






Ringkasan mengenai Universiti Malaya

Tahun Penubuhan:
Universiti Malaya bermula di Singapura dengan penubuhan Kolej Perubatan King Edward VII pada tahun 1905.Pada 1949, Kolej Raffles di Singapura bergabung dengan Kolej Perubatan King Edward VII .Selepas itu,Universiti Malaya di Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1962.


Pelajar Tempatan
Siswazah :18,018
Pascasiswazah : 7,744

Pelajar Antarabangsa
Siswazah (sepenuh masa & pertukaran) : 401
Pascasiswazah (dari 69 negara) :1,335

Purata Yuran Kursus Selama Setahun Untuk Pelajar Tempatan
Siswazah : RM1,823.66 (US$521.00)
Pascasiswazah Sarjana : RM6,800.00 (US$1,942.86)
Kedoktoran : RM5,800.00 (US$1,657.14)

Purata Yuran Kursus Selama Setahun Untuk Pelajar Antarabangsa
Siswazah : RM5,471.00 (US$1,563.14)
Pascasiswazah Sarjana : RM12,000.00(US$3,428.57)
Kedoktoran : RM8,600.00 (US$2,457.14)

Staf Akademik :1,921
Staf Akademik Antarabangsa : 403
Staf Bukan Akademik :3,132

Perpustakaan :1,412,260 jilid

Purata perbelanjaan perpustakaan bagi tahun akademik yang terbaru
:RM13,048,893.00 (US$3,728,255.00)

Purata kelayakan masuk menjalani kursus siswazah (5 tahun ke atas, 2002-2007)
: CGPA = 3.00 (nilai maksimum CGPA = 4.00)

Peratusan pelajar diambil bekerja antara 3-6 bulan sesudah tamat pengajian.
: 65% (tinjauan 2006)

Bangunan-bangunan kampus :446 blok (7,552,009.55 kaki persegi) 750 ekar

Ranking Terkini : 180 (Times World Ranking)

Sumber Laman Universiti Malaya.
Maklumat Kemasukkan lepasan SPM >download sini<
Maklumat Kemasukkan lepasan Matrik >download sini<
Maklumat Kemasukkan lepasan Diploma >download sini

Jumaat, 15 Januari 2010

MAKLUMAN : Perpindahan Guru



Seramai 6 orang guru SBPIS akan berpindah/bertugas di sekolah yang baharu
iaitu :

Pn Zurinah Kasim - SM SAINS Kepala Batas,Pulau Pinang.
Pn Mahfuzah Maarap-SMS Rembau NS,
Pn Saliza Mad Isa - SMS Rembau NS,
Al-Jefri Radzi Mustapa - SMS Rembau,
En Hasbullah Salam dinaikkan pangkat sebagai GKMP Kemanusiaan di SMS Rembau
berkuatkuasa 16/11/2009.
Manakala. Cik Siti Azizah melanjutkan pelajaran Sarjana di UKM bidang Quran dan
Sunnah .

Kami warga SBPIS mendoakan agar dapat meneruskan perjuangan serta dapat berbakti
dengan lebih di tempat baru. Amin.....

P/S : Sedih pula rasanya bila dapat tahu guru yang rapat dgn kita bertukar.

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner