Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Selamat Hari Guru 2011

Imej
SELAMAT HARI GURU!!! Kepada semua, selamat berjuang dalam jalan menuju Allah. Moga ALLAH merahamati kalian dalam bulan Ramadhan kali ini. RAMADHAN KAREEM!!! Kemaafan dipinta andai diri pernah membuat salah pada kalian apatah lagi hutang piutang yang mungkin belum langsaikan. Maafkanlah dan sesungguhnya orang yang memberi itu lebih baik daripada orang ynag menerima!

Interaksi Bersama Alumni 2011

Imej
Sila klik utk besarkan Tarikh : 7 - 10 Julai 2011 Tempat : SBPI Selandar Pesanan dari pengarah program : Syazwan Abdullah Assalamualaikum...Inshaallah...kami batch spm 2007 pada tahun ini memegang amanah untuk menjalankan program alumni yang menjadi tradisi kita selama ini ingin membuka tempat untuk wakil batch spm 2008. spm 2009 dan spm 2010...5 orang stiap batch minimum...butir-butir program boleh lihat di dalam poster...berminat nak jumpa adik2 dan rakan2 lama dan berkhidmat untuk sekolah? sila beri nama anda kepada saya atau Ziad Firdaus Zaid , Muhammad Azfar Rosli , Ahmad Kamen p/s : Batch SPM 05 & SPM06 yang ingin datang boleh maklumkan kpd mereka juga..tq :)

Temuramah : Ameerul Ashraf bin Harunarasid (11A+)

Imej
TEMURAMAH ALUMNI Tahniah diucapkan kepada anda kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. Kami dari Alumni SBPI Selandar Blog ingin mengambil peluang menemuramah anda bagi berkongsi pandangan, idea dan pendapat tentang kejayaan anda dan untuk mencapai kecemerlangan. Kami ingin menanyakan 12 soalan dan berharap anda dapat memberikan sokongan dalam memberi inspirasi dan tips-tips kepada warga SBPI Selandar khususnya adik-adik yang sedang meneruskan pembelajaran di SBPI Selandar.   1.Terangkan secara ringkas tentang diri anda. Nama: Ameerul Ashraf bin Harunarasid Kelas 09/10: al-razi Rumah: Petronas (Ketua Rumah 09/10) Keluarga: Anak sulung dari 5 adik beradik SPM: 11A+ 2. Apakah perasaan anda setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang ini? Alhamdulillah...yang paling utama saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t diatas nikmat yang tak terhingga. Sudah tentu saya bangga dengan kejayaan ini kerana tidak pernah terduga pun untuk mendapat keputusa

Tahniah SBPI Selandar SPM 2010

Imej
Assalamualaikum semua warga exSBPI Selandar. Setelah keputusan SPM diumumkan, SBPI Selandar telah mendapat 28 orang semua A iaitu masing-masing 7 orang 11A, 5 orang 10A dan 16 orang 9A dengan Gred purata 1.90. Ini memberikan kedudukan SBPI Selandar kedua selepas Sekolah Sains Muzaffar Shah dengan Gred puratanya 1.71. Selain itu, SBPI Selandar juga terus melakar nama diperingkat negeri apabila seorang daripada calon SPM 2010, saudara Ameerul Ashraf Harunarasid yang merupakan salah seorang calon daripada dua orang yang telah berjaya mendapat semua 11 A+ di negeri Melaka. Pada saya, setinggi tahniah kepada warga SBPI Selandar yang masih lagi mampu menunjukkan kesungguhan dan kemampuan di dalam mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM 2010. Hal ini kerana mereka mampu untuk menempuh dan mengatasi segala masalah ketika menjalani sesi pembelajaran sepanjang tahun lepas yang penuh cabaran suasana pembelajaran yang sedikit mencabar. Saya juga secara peribadinya sungguh teruja d

Ahli Alumni SBPI Selandar Kembali ke Rahmatullah

Imej
Assalamualaikum, pihak Alumni mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulhaili bin Noraihan, bekas pelajar SBPI Selandar SPM 2010 yang telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam ketika sedang menjalani latihan PLKN di Sabah, selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital. Diberitahu bahawa, Allahyarham telah terkena jangkitan virus air kencing tikus. Menurut rakan Allahyarham Mohd Zuhairi di laman Facebook exsbpis, Tengku Syed "Salam semua. Di sini aku ingin menyampaikan amanat drpd bapa kpd ALLAHYARHAM MUHAMMAD ZULHAILI BIN NORAIHAN agar memaafkan segala kesalahan beliau semasa sepanjang hayatnya, memaafkan segala kesilapan dlm setiap tuturnya,menghalalkan segala makan & minumnya dan menghalalkan setiap hutangnya. Moga beliau ditempatkan bersama orang-orang yg SOLEH..AMIN YA ALLAH" Berikut juga petikan daripada akhar Berita Harian Online mengenai Allahyarham :- Cetak . Emel Rakan . Maut jangkitan kuman Oleh Veena Rus

Laman Informasi ExSBPI Selandar

Imej
Assalamualaikum warga exsbpi Selandar, memandangkan jumlah alumni yang semakin meningkat saban tahun, diharapkan juga ahli yang mendaftar kepada alumni juga bertambah. Hal ini bertujuan supaya anda tidak akan ketinggalan mendapat makluman atau pun informasi berkaitan dengan aktiviti alumni dan batch anda. Oleh yang demikian, saya juga amat berharap, anda yang pernah menjadi warga SBPI Selandar boleh mendapatkan informasi melalui beberapa laman dan kumpulan utama exsbpi Selandar untuk berkongsi mengenai alumni atau pun berkaitan batch masing-masing. Selain dariapada blog ini, berikut antara yang Utama :- Yahoo Group : Yahoo Groups (Aktif untuk maklumat terpenting) Laman Bincang Terus :  Diskusi ex-SBPIS (boleh request ke admin untuk sertai) Laman Facebook : Kumpulan Facebook (Joinlah kumpulan ini) Diharapkan juga, batch-batch SPM tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, dan 2010 dapat memberitahu rakan-rakan yang lain. Hal ini supaya anda juga boleh mendap

Syoknya Bersama Mereka

Imej
assalamualaikum kepada pembaca di luar sana. saya di sini ada cara untuk memanfaatkan masa cuti anda. jeng-jeng! 13 februari 2011 9 pagi-12 tengah hari Baju Melayu bertemu Baju Kurung UiTM Shah Alam panel : Ustaz Sarip Adul dan Fatimah Syarha HANYA RM 10. Makanan tengah hari disediakan. 15 februari 2011 8.15am - 5 pm PASRAH 2011 (Kursus PraktikalSolat Rasulullah 2011) Auditorium Mini di UIAM RM 25 sahaja. Makanan disediakan. MARI MENGEMBARA MENIMBA ILMU!!! "Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al Mujaadillah:11) *syoknya bersama mereka yang berjihad menuntut ilmu

Temuramah KRIM bersama adik Nur Natasha

Ahad, 5 Disember 2010 – Ayer Keroh, Melaka: Berikut merupakan temubual Wartawan KRIM Melaka, Saudari Amalia bersama adik Nur Natasha bt Mohamad Sain yang merupakan Johan bagi Pertandingan Cerpen Islami anjuran Kelab Remaja ISMA dan Telaga Biru Sdn. Bhd. Beliau yang merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. [W =Wartawan KRIM Melaka, N = Adik Nur] W : Berikan sedikit latarbelakang tentang diri? N: Nama saya Nur Natasha. Saya sedang belajar di SBPI Selandar. Cita-cita saya ialah untuk menjadi Pensyarah Bidang Keusahawanan. Saya memang minat mengarang. W: Sejak bila adik mula menulis? N : Tingkatan 1 tetapi tidak begitu serius. W : Berapakah karya yang berjaya dihasilkan? N: 3 karya: 1. My Love for you in this Spring 2. Teman Seindah Rupa itu 3. KeranaMu Ar Rahim W : Apakah yang mendorong adik untuk menulis cerpen? N: Ayah dengan emak saya minat menulis. Saya mengikut jejak ayah. W : Adakah adik mempunyai idola dalam bidang penulisan? N : Ada. Siti Romizah penulis bagi