Rabu, 16 Februari 2011

Ahli Alumni SBPI Selandar Kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum, pihak Alumni mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulhaili bin Noraihan, bekas pelajar SBPI Selandar SPM 2010 yang telah kembali kerahmatullah awal pagi semalam ketika sedang menjalani latihan PLKN di Sabah, selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital. Diberitahu bahawa, Allahyarham telah terkena jangkitan virus air kencing tikus. Menurut rakan Allahyarham Mohd Zuhairi di laman Facebook exsbpis,

Tengku Syed "Salam semua. Di sini aku ingin menyampaikan amanat drpd bapa kpd ALLAHYARHAM MUHAMMAD ZULHAILI BIN NORAIHAN agar memaafkan segala kesalahan beliau semasa sepanjang hayatnya, memaafkan segala kesilapan dlm setiap tuturnya,menghalalkan segala makan & minumnya dan menghalalkan setiap hutangnya. Moga beliau ditempatkan bersama orang-orang yg SOLEH..AMIN YA ALLAH"
Berikut juga petikan daripada akhar Berita Harian Online mengenai Allahyarham :-

Maut jangkitan kuman
Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my
2011/02/16

Timbalan Menteri Kesihatan sempat lawat pelatih PLKN di HQE

KOTA KINABALU: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Wawasan Ovai, Papar, kira-kira 50 kilometer (km) dari sini, meninggal dunia semalam selepas terkena jangkitan kuman di telinga. Mohd Zulhairi Noraihan, 17, berasal dari Taman Desa Baiduri, Cheras meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, akibat penyakitnya itu. Pelatih berkenaan dipercayai tersenarai dalam kumpulan satu yang menjalani latihan dari 2 Januari lalu hingga 13 Mac ini.

Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata doktor melaporkan pelatih lelaki terbabit mempunyai imuniti rendah dan sukar melawan jangkitan.

“Saya sempat melawat Mohd Zulhairi di HQE semalam (kelmarin) selepas mendapat maklumat mengenai keadaannya.

“Doktor yang ditemui memberitahu, otak pelatih itu tidak mencatat pergerakan aktiviti manakala tahap imuniti badannya yang sangat rendah turut menyukarkan proses melawan jangkitan kuman.

“Keadaan itu menyebabkan peluang untuknya bertindak balas terhadap rawatan tipis dan sebentar tadi saya mendapat berita pelatih berkenaan meninggal dunia pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
_________________________________________________________________________


Semoga keluarga Allahyarham senantiasa tabah dan sabar dengan ujian ini. Insya-Allah, Allah akan memberikan yang lebih baik kepada keluarga Allahyarham. Insya-Allah, Amin.

Isnin, 14 Februari 2011

Laman Informasi ExSBPI Selandar

Assalamualaikum warga exsbpi Selandar, memandangkan jumlah alumni yang semakin meningkat saban tahun, diharapkan juga ahli yang mendaftar kepada alumni juga bertambah. Hal ini bertujuan supaya anda tidak akan ketinggalan mendapat makluman atau pun informasi berkaitan dengan aktiviti alumni dan batch anda. Oleh yang demikian, saya juga amat berharap, anda yang pernah menjadi warga SBPI Selandar boleh mendapatkan informasi melalui beberapa laman dan kumpulan utama exsbpi Selandar untuk berkongsi mengenai alumni atau pun berkaitan batch masing-masing. Selain dariapada blog ini, berikut antara yang Utama :-

Yahoo Group : Yahoo Groups (Aktif untuk maklumat terpenting)



Laman Bincang Terus :  Diskusi ex-SBPIS (boleh request ke admin untuk sertai)


Laman Facebook : Kumpulan Facebook (Joinlah kumpulan ini)


Diharapkan juga, batch-batch SPM tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, dan 2010 dapat memberitahu rakan-rakan yang lain. Hal ini supaya anda juga boleh mendapat manfaat dengan menyertai mana-mana kumpulan atau pun semuanya sekali. Pihak alumni juga amat berbesar hati jika anda mencadangkan sesuatu yang difikirkan lebih baik.



Buat masa ini beberapa perancangan sedang dilaksanakan untuk dijayakan dengan jasa baik dan kerjasama semua exsbpi Selandar. Penyertaan ini juga adalah persediaan untuk menjalankan mesyuarat Agong yang pertama dalam masa yang terdekat ini. Eloklah jika disebar-sebarkan kepada rakan-rakan agar menyertai mana-mana group exsbpi Selandar. Bagi informasi-informasi yang sangat penting yang melibatkan semua exsbpi Selandar akan dimaklumkan melalui Yahoo Groups. Jadi untuk mengelakkan anda dan rakan-rakan lain terlepas informasi, saya sarankan supaya mendaftar di Yahoo Groups ex-SBPIS.

Kepada sesiapa sahaja juga yang pernah berada di SBPI Selandar dialu-alukan untuk berinteraksi dengan pihak alumni bagi meneruskan hubungan komunikasi yang baik dan bermanfaat. 

Sekian, Terima kasih.

Selasa, 8 Februari 2011

Syoknya Bersama Mereka

assalamualaikum kepada pembaca di luar sana.
saya di sini ada cara untuk memanfaatkan masa cuti anda.
jeng-jeng!

13 februari 2011
9 pagi-12 tengah hari
Baju Melayu bertemu Baju Kurung
UiTM Shah Alam
panel : Ustaz Sarip Adul dan Fatimah Syarha
HANYA RM 10.
Makanan tengah hari disediakan.






15 februari 2011
8.15am - 5 pm
PASRAH 2011 (Kursus PraktikalSolat Rasulullah 2011)
Auditorium Mini di UIAM
RM 25 sahaja.
Makanan disediakan.

MARI MENGEMBARA MENIMBA ILMU!!!

"Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al Mujaadillah:11)

*syoknya bersama mereka yang berjihad menuntut ilmu

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner