Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Alumni Ucapkan Tahniah Kepada SBPI Selandar Pengiktirafan SBT 2012

Imej
Assalamualaikum, hari ini 27 Disember 2012, SBPI Selandar telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Pihak Alumni SBPI Selandar merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Berikut sedikit rakaman yang dikongsikan cikgu Ramli ketika penyampaian pengiktirafan tersebut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). AlumniSBPIS Merakamkan Ucapan Tahniah Kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar kerana telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tahun 2012 dalam Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menaikan lagi semangat warga SBPI Selandar untuk mencapai kecemerlangan di masa-masa yang akan datang. Gambar sijil pengiktirafan yang diberikan untuk dikongsikan bersama-sama. Alhamdulillah.   Kesemua sumber maklumat dikreditkan kepada

Soal: Beza Jurutera dan Ahli Geosains Petroleum?

Imej
Soalan Terpilih Diskusi Ex-SBPIS Salam, ada sesiapa boleh terangkan beza antara jurutera petroleum dan ahli geosains petroleum? Terima kasih... :) Jawapan dan Respon : Afif Iman: Geosains rasanya lebih tumpukan dalam bahagian tanah... itu dari perspektif geoteknik dalam civil engineering la...  tak tau detail lagi.. Farid Aspar: Agak mencabar juga bidang nie ye... ada lagi maklumat lain? :) Aiman Syazani 'Asyaz': Kalau tak salah Petroleum engineering lebih kepada how to drill untuk mengeluarkan oil untuk Petroleum geoscience lebih kepada kaji struktur tanah dan dalam mana minyak tu, kiranya kedua-dua kos ini kena bekerjasama.   #klu salah info sori eh Farid Aspar: Bagus2, paling tidak pun membuka ruang untuk berfikir... :) ada info lagi, minta share ye.. Syazwan Abdullah: Untuk makluman scara kasar, Petroleum Engineer bertindak dalam usaha menggali minyak dari awal sehingga akhir proses drilling dan Petroleum geoscientist akan mencari

Konvokesyen Universiti Malaya 2012 Unik

Imej
Assalamualaikum, macam mana majlis konvokesyen di tempat anda? Sudah pastinya meriah kan. Sekalung tahniah kepada semua graduan khususnya exsbpis yang mungkin telah bergraduate daripada Institut Pengajian Tinggi di seluruh negara dan juga di seluruh dunia. Apa pun saya ingin kongsikan kemeriahan majlis konvokesyen yang telah berlangsung di Universiti Malaya pada minggu lepas 1 - 6 Oktober 2012.  Apa pun saksikanlah satu keunikan video di bawah yang ada di Universiti Malaya.  Jadi bagaimana majlis di tempat anda? kongsikan bersama di sini untuk diraikan bersama-sama. Sekian, terima kasih.

Grafik Persediaan Ke Gerbang Perkahwinan

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah semakin ramai yang sudah mendapat seru mendirikan rumah tangga. Mudah-mudahan murahlah rezeki pasangan-pasangan alumni yang telah berusaha ke arah kebaikkan di samping mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahualaihiwassalam dan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga perkahwinan yang didirikan akan terus berbahagia dan dipanjangkan jodoh untuk bersama sehingga ke akhir hayat. Secara kasarnya seakan-akan mudah untuk mendirikan rumah tangga. Namun, ianya tidak seperti yang disangka.  Apa kata saya kongsikan satu ilustrasi grafik secara kasar bagaimana persediaan yang perlu dilakukan untuk menjalankan majlis perkahwinan seperti kebiasaan adat Melayu di Malaysia. Semoga memberikan kita peringatan dan juga idea untuk memulakan langkah mendirikan masjid. Insya-Allah.

Biasiswa SONY EMCS (M) Untuk Tahun Kedua dan Ketiga (Tutup: 28 September 2012)

Imej
Satu lagi biasiswa tajaan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk semua warganegara Malaysia yang berusia di bawah 25 tahun. Terbuka untuk semua yang sedang meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan juga IPTS untuk Tahun Kedua atau Tahun Ketiga pengajian. Sila rujuk Iklan di bawah:- Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. has over the years attained an outstanding reputation in the  global audio visual electronics industry. Our products have positively touched the lives of our precious consumers, pushing technology forward and making life more enjoyable and exciting. Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. is the place for talented people to bring out their creativity and  technological  skills  to  the highest  potential. We  place  high  value on diversity of  skills,  experience  and cultural  background  in  contributing  to  our  dynamic,  creative  &  enthusiastic  team.  With  this,  we  offer  scholarships and  career opportunities  for  students  who can channel  their unique  talent

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (Tutup 30 September 2012)

Imej
Kepada para alumni yang masih mencari dan mahu mendapatkan bantuan pelajaran untuk meneruskan pengajian, apa kata lihat dahulu tawaran daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman yang masih dibuka sehingga 30 September 2012 ini di sini. BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN Bantuan pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama. Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang daripada golongan miskin bagi menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). SYARAT-SYARAT PERMOHONAN (i) Warganegara Malaysia. (ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA. (iii) Berlatarbelakang keluarga miskin. (iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasio

Pengesanan Graduan Sebelum Konvokesyen 2012

Imej
Assalamualaikum, kepada semua yang bakal bergraduate di dalam negara, anda sebenarnya perlu menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen di institusi anda. Sila masuk login ke Link berikut Kajian Pengesanan Graduan 2012 :- Soal selidik ini sangat mudah untuk diisi dan tidak akan mengambil masa yang panjang. Ia tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, cuma jawapan yang berkaitan dengan anda. Semua maklumat yang diisi dalam sistem ini adalah rahsia. Tujuan pengesanan kajian ini Apakah tujuan /matlamat kajian ini? Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Imej
Assalamualaikum, tawaran kepada siswazah yang mempunyai diploma dan juga ijazah dalam pelbagai bidang, anda dipelawa untuk memohon program usahawantani kerjasama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program yang terdiri daripada beberapa modul termasuk tanaman, akuakultur dan bioinfeneri yang mana akan dijalankan selama enam bulan dan bermula daripada 1 Januari 2013 sehingga 30 Jun 2013. Program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengisi borang pemohonan di laman web UPM di Halaman Pendaftaran Program Inkubasi Usahawantani . Anda akan dimaklumkan selepas pendaftaran berjaya.   Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Inkubasi Usahawantani bagi melahirkan usahawan dalam kalangan graduan khususnya dalam bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan muda. Melahirkan g

Kursus Kemahiran 6 Bulan Ditaja Kerajaan Lepasan Diploma dan 'Degree'

Imej
Assalamualaikum, adakah anda lepasan diploma atau pun ijazah? Belum bekerja? Dan mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan? Anda kini ditawarkan kursus kemahiran 6 bulan yang bermula pada 23 September 2012 - Mac 2013 dan kesemuanya akan ditaja penuh oleh kerajaan Malaysia dan juga akan diberikan elaun sebanyak RM500 setiap bulan. Jadi, untuk maklumat lanjut, sila ke laman web UNTUK MENDAFTAR . TARIKH TUTUP: 13 SEPTEMBER 2012 YURAN: PERCUMA Program ini akan di jalankan di Negeri Sembilan Skills Development Centre, MANTIN, Negeri Sembilan. Berikut adalah petikan iklan tersebut:-   "KURSUS KEMAHIRAN TAJAAN PENUH KERAJAAN MALAYSIA" Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP) Intake: September 2012 to March 2013 (6 Months Programme) Registration Fee: FREE Venue: Negeri Sembilan Skill Development Centre (NSSDC), Mantin Negeri Sembilan The Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP) is a diploma graduate engineers trai

Ucapan Ikhlas Pulang ke Kampung dan Berhari Raya

Imej
Selamat hari raya eidulfitri kepada semua warga alumni SBPI Selandar. Semoga di hari raya ini semuanya menjaga keselamatan diri masing-masing sebelum dapat kembali menyambung semula pengajian dan masuk ke IPT masing-masing dengan semangat yang baru. Peringatan juga untuk sesiapa warga alumni yang sudah bekerja atau pun sudah lepas tanggungan, jangan lupa membayar zakat firtah di kawasan masing-masing. Sekian, terima kasih.

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Imej
Assalamualaikum, ada yang bertanya mengenai kos geomatik. Jadi, sedikit maklumat diperolehi diharap dapat mengurangkan kerunsingan beliau mengenai kos ini. Untuk kursus pengajian ijazah Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara pengajian yang tertua dan telah diiktiraf sebagai pusat professional pengajian kejuteraan geomatics di Malaysia. Program yang telah diiktiraf sepenuhnya olah License Surveyors Board (LSB) Malaysia menepati kandungan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan Licensed Land Surveyors (LLS) di Malaysia. Selain itu, Jabatan Kejuruteraan Geomatik UTM merupakan ahli kepada International Federation of Surveyors (FIG). Graduan yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan Geomatik UTM layak untuk berdaftar sebagai ahli di dalam ISM (Institution of Surveyors of Malaysia). Maklumat Tambahan Daripada Agensi Kelayakkan Malaysia. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)

Soal: Nak jadi Doktor (Dr) or Engineer (Ir)?

Imej
Soalan Daripada Ex-SBPIS Ziad Firdaus Zaid: ‎Soalan daripada Sydan Saiful... Nak jadi DR (doktor perubatan) atau IR (jurutera/engineer)? Tolong berikan pandangan rakan-rakan sekalian. Terima kasih. [pada 30hb Mei pukul 2.31 ptg] Jawapan dan respon: Syaz Waniey: IR!!! :) Ziad Firdaus Zaid: Kalau dapat bagi pros dan contranya pun lagi cun.. die malu nak tanya tuu... haha Sydan Saiful: ‎Syaz Waniey alasan ?? Izyan Zulaikha: Sr.  tak nak..?? Ziad Firdaus Zaid: Apa tuh Izyan Zulaikha? Izyan Zulaikha: Sedih kan..? Sr. stand for Surveyor abg Ziad Firdaus Zaid. Title..:) Izyan Zulaikha: Sydan Saiful ada masalah tolong dia lah. Dapat offer untuk engineering dan medik. Cadangan..? Omar Chems Norazmi: Amik je jadi super, super ap-apa keje kau pilih. Super engineer, super doctor, super peniaga pasar malam, super penulis. Asalkan kau sungguh-sungguh. Muhammad Azfar Rosli: Buat dua-dua.. DR IR.. :P joking,sorry.. Taufiq Firdaus: ‎Aiman Asyraf Muhammad ni ketu

Soal: Engineering Tak ada Masa Depan?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Wan Muhammad Najib Salam.  Teringat masa lepas dapat keputusan SPM dulu, 'family' macam tak galakkan sangat ambil kejuruteraan sebab katanya persaingan sangat sengit dan sampaikan ada yang terpaksa menganggur.  Adakah ianya benar? Mohon penjelasan senior-senior dan sahabat-sahabat yang ambil kejuruteraan atau sesiapa yang ada maklumat.  Terima kasih! [30hb Mei pukul 2.45 ptg berhampiran As Sarih, Irbid] Zatul Amrah: Salam, not really actually. Graduan-graduan engineering yang belajar diluar negara punya sedikit kelebihan berbanding yang belajar dalam negara especially dari negara-negara yang bukan berbahasa inggeris macam Korea, Jerman, Perancis etc. Sebabnya adalah syarikat-syarikat kejuruteraan sekarang memerlukan mereka yang boleh berbahasa asing untuk mengembangkan syarikat dan perindustrian masing-masing ke peringkat antarabangsa. Yang dalam Malaysia pun tak ada masalah rasanya untuk belajar bahasa asing, ada kemahuan ad

Soal: Kem Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM)?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Soalan ditanya Ashraf Syamim: Salam.. mahu tanya la... siapa-siapa yang tahu pasal kem pemilihan Biasiswa Yayasan Telekom (YTM)? Apa je yang dibuat masa masa kem tu ya? [pada 28hb Jun pukul 11.52 ptg] -------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Mohd Zaki Salleh: Senang jep.. die nak test EQ     Syimir Izaan Ibnu Sazman: Time kem pemilihan YTM tu,diorang wat kem cam biase je. just ada certain activity yang nak tengok character kita, camne kita interact dengan orang, camne kita kawal emosi. So,beware jela. It's my experience when attended the camp 2 years ago, tak tahu la sekarang camne. Ashraf Syamim: Kawal emosi? contohnya aktiviti yang camne Syimir Izaan Ibnu Sazman??? Syimir Izaan Ibnu Sazman: Haha. ko pergi je dulu. Baru suprise.hahha Mohd Zaki Salleh: Just nak share...  tips for the kem..  alhamdulillah.. tahun ni saya terpilih menerima biasiswa YTM ni.. Ok. sedikit tips for the camp. first of al

Soal: Kos di UKM Guna Bahasa Melayu?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Soalan ditanya Ashraf Syamim: Help2... nak tanya... semua kos kat UKM memang dalam Bahasa Melayu (BM) ke?? [hari Isnin, pada pukul 1.16 pagi] -------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Pijie Yahya: Universiti KEBANGSAAN Malaysia.. confirm2 BM.. tapi kalau ambil Pendidikan BI or TESLE , confirm in english. Ashraf Syamim: Ok2... aku tak tahu nak belajar science computer in Bahasa Melayu macam ne...xdpt bygkn... Nur Hidayah Isa: Aah dengar-dengar UKM memang in malay... Pijie Yahya: Ada ke yang senang bab-bab belajar ni? Ashraf Syamim: Tak la... kalau bahasa komputer belajar dalam BM kan payah tu... biasa dulu belaja dalam BI jer... Nur Hidayah Isa: Haah kan. banyak term-term yang kita dah biasa dalam BI. Susah gak kalau belajar dalam BM. Dapat 1 universiti je ke? Ashraf Syamim: Tahu tak apa... aah... 1 universiti jer... Nur Hidayah Isa: Ada gak yang dapat 2 kan... Ashraf Syamim: Memang ada... yang

Kenangan INTEL 2012 ke-5 (13-15 Julai 2012)

Imej
Assalamualaikum, pada 13-15 Julai 2012 telah diadakan program Interaksi Bersama Alumni (INTEL) di SBPI Selandar, Melaka yang telah diketuai oleh pengarah program, Saudara Mohammad Izuddin Azmi dan dibantu oleh Saudari Alyaa Sakinah. Di sini saya kongsikan beberapa gambar ihsan daripada fasilitator INTEL 2012 saudara Muhammad Asraf Mohamad Isa. Sebelum mendapat laporan penuh program, secara ringkasnya, gambar di bawah akan menceritakan keadaan ketika program sedang berlangsung sehingga selesai program. Alhamdulillah. Untuk gambar-gambar lain, boleh juga lihat ke album INTEL 2012 dalam Fan Facebook di Halaman Alumni SBPI Selandar - Kredit to Muhammad Asraf Mohd Isa. Semoga para pelajar tingkatan 5 tahun 2012 mendapat suntikan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 nanti. Dan seterusnya dapat melakar kejayaan bagi memastikan kejayaan ke per