Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Ucapan Khas Hari Guru Untuk Cikgu SBPI Selandar 2012

Imej
Assalamualaikum, hari ini 16 Mei 2012, pihak alumni mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Cikgu-cikgu yang telah mengajar para alumni sejak daripada tahun 2003 lagi di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Sehingga kini jumlah alumni telah menjangkau 700 ahli dan semuanya telah berjaya menghabiskan pengajian di SBPI Selandar dengan didikan guru-guru. Beberapa Ucapan yang telah dibuat oleh para alumni:- " Pengawas Sekolah Bajunya Biru, Berbaju Biru Tak Cukup Benang, 16 Mei Sambutan Hari Guru, Jasamu Cikgu Sentiasaku Kenang. Ucapan Ringkas Buat Ingatan, Selamat Hari Guru Saya Ucapkan, Buat Guru-guru SBPI Selandar Tidak Dilupakan, Semoga Dipermudahkan Semua Urusan. Pergi Sekolah Baju bersih, Sekian Sahaja Terima kasih." -  Farid Aspar (Ekologis, UM) 5 Al-Razi SPM 2005 "Thanks Teachers For Everything. May Allah Bless You All"  - Muhammad Aqmal Bin Masud (UIAM) 5 Edison SPM 2011 "Selamat Hari Guru Kepada Gur

Adakah Kos Pengajian IPT Anda Diiktiraf Kerajaan Malaysia?

Imej
Assalamualaikum, setiap kali selepas keputusan kemasukkan ke IPT diumumkan, ramai yang telah membuat persediaan untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi. Sama ada matrikulasi, diploma, asasi, pra-universiti dan persediaan keluar negara. Tahniah kepada yang telah mendapat tawaran yang menepati kemahuan anda, semoga terus maju dan mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Walau apa pun rintangan dan cabaran, anda perlu laluinya juga. Anda sudah perlu berani membuat keputusan sendiri dengan nasihat dan bimbingan daripada keluarga, rakan-rakan, guru-guru, senior-senior dan juga orang lain. Semoga berjaya semuanya. Saya ingin kongsikan dan menambah maklumat anda mengenai bagaimana mahu menyemak kursus-kursus atau pun kos yang kita ambil sama ada mendapat pengiktirafan JPA atau pun tidak. Mengapa ianya penting? Ini kerana dibimbangi apa yang kita belajar itu tidak mendapat pengiktirafan dan ini akan menyukarkan kita untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti t

Jom 'Like' Facebook dan Jadi Fan Alumni SBPI Selandar

Imej
Assalamualaikum, memandangkan Diskusi Ex-SBPI Selandar semakin mendapat sambutan dalam kalangan alumni, pihak Alumni SBPI Selandar dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah bersama-sama menyokong mengukuhkan setiap program yang telah dirancangkan. Pada tahun ini dilihat, beberapa lagi program akan dijadikan sebagai program tahunan Alumni bagi memastikan hubungan antara exsbpis terus dapat dikekalkan di masa akan datang. Oleh yang demikian, untuk memastikan setiap program dapat disampaikan secara langsung kepada semua exsbpis, pihak alumni telah menyediakan satu Halaman Fan untuk semua ahli alumni 'like' atau pun 'suka' bagi menyokong dan mendapatkan maklumat secara langsung melalui Facebook masing-masing. Insya-Allah, sesiapa yang mahu aktivitinya diwar-warkan, sila mesejkan kepada kami, insya-Allah kami akan membantu dalam mempromosikan semua aktiviti anda. Bukan sahaja kemaskini berkaitan pelajar lepasan SPM, tetapi semua peringkat alumni s

Berikan Ucapan Hari Guru Anda Sekarang!

Imej
Assalamualaikum, memandangkan hari guru sudah hampir tiba, pihak alumni tidak ketinggalan untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru melalui medium yang dirancang. Para alumni sangat dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan melalui form yang disediakan di bawah ini. Insya-Allah, pihak alumni akan cuba untuk menyampaikan ucapan anda kepada guru-guru di SBPI Selandar nanti. ** Untuk ruangan Pekerjaan/Pelajar IPT, sila nyatakan jawatan anda sekarang (cth: Jurutera projek, peguam, arkitek dan etc.). Jika masih belajar, sila tulis pelajar. Sila isikan borang di bawah:- <p><p><p><p><p>&a

Soal: Tak Ada Asas Akaun, Nak Ambil Akaun. Boleh?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Exsbpis Amirah Mawaddah Mohd Kamal: Assalamualaikum. Boleh tak para alumni yang ambil accounting terangkan serba sedikit pasal accounting. Saya kelas Benz (teknikal) dan tak pernah belajar account. So, boleh kan kalau saya nak ambil account?  :) ---------------------------------------- RESPON DARIPADA ExSBPIS Izyan Zulaikha: Boleh je lah, siapa kata yang tak ada asas tak boleh berjaya masa belajar? Cuma kena lebih rajin daripada orang lain yang sudah ada aas akaun. :) Amirah Mawaddah Mohd Kamal: Ouh okay. Akak ambil diploma ke? Kat mana? Izzanee Ibrahim: Senang je tu, jangan risau. heh. Izyan Zulaikha: Akak kelas Einstein Batch 05 - 09, sekarang buat diploma ukur bahan di polimas Jitra..:) Amirah Mawaddah Mohd Kamal: Okay thanks :) Izyan Zulaikha: Welcome..:) Cik Jufarizwani: Orang kelas Benz jugak. Semester ni belajar akaun. Hee.:) Amirah Mawaddah Mohd Kamal: Ouh ye ke? Akak ambil kat mana?

Soal: Petroleum Geosains?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Aifa Taib: Petroleum geoscience. Ada sesiapa yang ambil ? =) --------------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Aiman Syazani 'Asyaz': Aku. Second choice. Syazwan Abdullah: Aha... Perempuan masuk course ni, bagus. Ketandusan wanita-wanita dalam kelas. ' Before thinking to join this course, brave yourself with pacat '. Aifa Taib: Pacat? Syazwan Abdullah: Yeap... I'm the 2nd batch here .  Ada banyak ' field trip ' kena masuk hutan.  Belajar pasal bukit-bukit, keindahan alam kan? Sungai yang tak pernah orang pergi. 'Hang' kena redah. Aifa Taib: Wahh, menarik. =D Syazwan Abdullah: For me. Memang suka aktiviti macam ini. Nak ambil ' pure geology ' di UKM, USM pun seronok juga. Sesuailah kos ini. Macam saya belajar di sini memang dah fokus cari minyak. Aifa Taib: Okay...=) thank you for the information..=) Rujukan Lain : Why choo

Program Kembara Alumni SBPIS 2012 (29 Jun - 1 Julai 2012)

Imej
Assalamualaikum untuk semua alumni SBPI Selandar, anda semua dijemput ke Program Kembara Alumni SBPIS 2012 yang akan diadakan pada 29 Jun 2012 sehingga 20 Jun 2012. Program ini yang diuruskan oleh saudara MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD telah dipersetujui dalam Diskusi Ex-SBPIS beberapa bulan yang lalu. Anda juga d iingatkan jika berminat, silalah lihat maklumat lanjut dalam aktiviti program yang telah disediakan. Alhamdullilah, setelah undian telah dijalankan, Program Kembara Alumni SBPIS 2012 yang pertama akan dijalankan di Cameron Highlands, Pahang. Pemilihan tempat ini dibuat adalah berdasarkan majoriti undian yang dijalankan dan kemudahan yang telah disediakan d i tempat ini untuk mengadakan aktiviti. TENTATIF CADANGAN : JUMAAT (29 JUN 2012) 3.00PM - BERKUMPUL DI PEKAN TANAH RATA (STESEN BUS) 5.00PM - BERGERAK KE CAMPSITE SUNGAI PAUH 6.00PM - PERSIAPAN TAPAK PERKHEMAHAN 7.00PM - PENGURUSAN DIRI 9.00PM - BRIEFING DAN SESI PENGENALAN 11.00PM - AKTIVITI BEBAS DA

Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 27, 28, dan 29 April 2012 yang lalu telah berjaya dijalankan Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah anjuran Alumni yang mana telah dilaksanakan oleh beberapa orang daripada gaduate daripada Batch ke-6 (SPM 2010) dengan kerjasama pihak sekolah. Pihak alumni mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini kerana telah bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya 'Di bumi bertuah ini, SBPI Selandar'. Saya difahamkan ianya adalah inisiatif sendiri yang telah digerakkan oleh Saudara Muhammad Zaki Rahman dan Saudari Asyiq Azwar dengan dibantu beberapa rakan-rakan mereka yang lain. Tahniah diucapkan kepada anda dan diharapkan usaha dan sumbangan murni anda dapat membantu dalam membentuk peribadi mulia para nuqaba' dan memastikan suasana tarbiah dan ukhuwwah dapat dikekalkan di SBPIS. Diharapkan juga para pelajar SBPI Selandar dapat mengambil peluang ini sebagai salah satu ruang untuk