Sabtu, 14 Januari 2012

Peluang Kerja Daripada MSC Malaysia

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan apa yang telah saya perolehi kepada semua exsbpis. Artikel ringkas ini saya ambil daripada blog MINDA INSAN untuk perkongsian bersama. Kepada sesiapa yang mahukan pengalaman di samping meneruskan pengajian di dalam bidang yang diminati, saya cadangkan untuk menyertai mana-mana program MSC Malaysia yang dijalankan secara percuma bagi graduan Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda.

Berikut antara petikan artikel yang saya kongsikan :-

------------------------Sumber : MINDA INSAN ----------------------------
Assalamualaikum, mencari kerja segera? kali ini saya ingin kongsikan satu peluang perkerjaan yang anda boleh perolehi di Scicom Academy. Jika anda masih belum berkerja dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Secara ringkasnya, saya ingin menyatakan bahawa di Scicom Academy antara tempat yang menyediakan peluang untuk anda dan di sana anda akan mempelajari sesuatu yang baru.
Apa yang saya boleh katakan, anda akan mempelajari semuanya 100% dalam Bahasa Inggeris:-
1. Melatih Kemahiran Bahasa Inggeris.
2. Melatih Kemahiran Pembentangan
3. Melatih Temuduga atau Mock Interview
Anda juga tidak perlu bimbang untuk memperolehi kerja kerana akan ada beberapa syarikat antaranya Air Asia, Touch 'n Go, SingTel, Astro, CIMB, dan lain-lain syarikat yang datang untuk menemuduga anda di minggu-minggu terakhir latihan/kursus/training. Saya hanya kongsikan kepada anda apa yang saya perolehi dalam kursus di Scicom Academy.
Anda juga perlu tahu bahawa latihan tersebut :-
  1. PERCUMA dengan kerjasama MSC yang akan menanggung semua bayaran latihan yang diberikan selama 6 minggu ataupun 8 minggu. 
  2. Tiada had peringkat umur untuk sertai program ini.
  3. HANYA untuk lepasan Diploma dan Degree untuk semua pointer.
  4. Akan diberikan elaun setiap hari mengikut kelas yang ditentukan kelak.
  5. Setiap kelas maksimum 25 orang.
  6. Peluang mendapat pekerjaan yang tinggi dengan gaji RM1600 - RM2500 bergantung kepada kelas anda.
  7. Temuduga akan diberikan sehingga anda mendapat kerja.
  8. Anda juga akan mendapat sijil daripada dalam ataupun luar negara (UK).
Apa-apa pun, anda tidak perlu bimbang kerana tiada ikatan dengan mereka ketika program berlangsung sehingga anda mendapat pekerjaan. Insya-Allah, saya sekadar kongsikan untuk manfaat semua.
Jika anda mahukan maklumat lanjut, boleh hubungi  :-
Scicom Academy (03-21768888/03-21764888)
9th Floor, Menara TA One,
Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur.

atau pun jika mahukan peluang lebih besar, boleh ke laman web MSC untuk latihan atau pun ke laman web di http://kdi.mscmalaysia.my/ .



------------------------Sumber : MINDA INSAN ---------------------------- 

Untuk artikel penuh, silalah ke blog  MINDA INSAN untuk perkongsian selanjutnya. Supaya kita dapat manfaatkan waktu terluang kita beberapa minggu untuk mempelajari satu industri yang boleh dikatakan masih baru di Malaysia. Apa yang telah dimaklumkan kepada saya, industri ini sangat boleh membuat duit jika anda benar-benar mahu mendapatkannya. 

Sekian, perkongsian untuk kerjaya pada kali ini. Semoga berjaya.

Wassalam..

Ahad, 8 Januari 2012

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner