Rabu, 16 Mei 2012

Ucapan Khas Hari Guru Untuk Cikgu SBPI Selandar 2012



Assalamualaikum, hari ini 16 Mei 2012, pihak alumni mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada Cikgu-cikgu yang telah mengajar para alumni sejak daripada tahun 2003 lagi di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Sehingga kini jumlah alumni telah menjangkau 700 ahli dan semuanya telah berjaya menghabiskan pengajian di SBPI Selandar dengan didikan guru-guru.




Beberapa Ucapan yang telah dibuat oleh para alumni:-

"Pengawas Sekolah Bajunya Biru,
Berbaju Biru Tak Cukup Benang,

16 Mei Sambutan Hari Guru,
Jasamu Cikgu Sentiasaku Kenang.
Ucapan Ringkas Buat Ingatan,
Selamat Hari Guru Saya Ucapkan,
Buat Guru-guru SBPI Selandar Tidak Dilupakan,
Semoga Dipermudahkan Semua Urusan.
Pergi Sekolah Baju bersih,
Sekian Sahaja Terima kasih."
Farid Aspar (Ekologis, UM) 5 Al-Razi SPM 2005

"Thanks Teachers For Everything. May Allah Bless You All"
 - Muhammad Aqmal Bin Masud (UIAM) 5 Edison SPM 2011


"Selamat Hari Guru Kepada Guru-Guru Yang Telah Mendidik Saya Sehingga Saya Berjaya Mencapai Ke Tahap Ini. Terima Kasih Cikgu :)"
Asniza Bt Abd Rahim (UiTM Dungun) 5 Einstain SPM 2009


"To All The Teachers Of SBPI Selandar,  Thanks For Everything. Take Care And We Love You So Much, Sincerely Deus Ex Machina :)"
Anis Najwa (Asasi UIAM) 5 IBNU SINA SPM 2011


"Assalamualaikum buat warga pendidik SBPI Selandar, dengan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat semua cikgu-cikgu sama ada yang mengajar saya atau pun tidak.. Mungkin pada ketika dan waktu hari guru tahun ini, saya sedang bertarung dengan peperiksaan akhir semester, saya harap, warga-warga SBPI Selandar dapat mendoakan saya dalam menghadapi peperiksaan ini.

~May ALLAH bless all of you~"
- Muhammad Alif Bin Daud (Sains Matematik, UIAM Kuantan) 5 IBNU SINA SPM 2009<


"Selamat Hari Guru buat semua tenaga pengajar di SPBI Selandar. Terima kasih atas segala ilmu dan didikan yang telah dicurahkan.Tanpamu guru, hidupku diselubungi kegepalan, kerana kaulah cahaya mebimbing ke arah kejayaan."
Muhammad Firdaus Bin Sulaiman (UTeM, Melaka) 5 Benz SPM 2010

"Tidak kira berapa kali saya ucapkan terima kasih kepada semua guru, saya tahu bahawa ucapan ini tidak cukup untuk menandingi jasa semua cikgu dari saya Form 1 sehingga Form 5 yang telah mendidik semua pelajar dengan baik. Saya amat bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk menuntut di SBPI Selandar. Terima kasih cikgu. :)"
Ahmad Hafifi Bin Hamdan (INTEC, UiTM Shah Alam) 5 Edison SPM 2010

"Terima kasih atas semuanya, tak ada ucapan lain selain kesyukuran atas tunjuk ajar guru-guru sekalian. Semoga tidak jemu kerana penat lelah cikgu semua dibayar dengan pahala yang mengalir. ;)"
Ahmad Izzanee Bin Ibrahim (Kolej Yayasan UEM) 5 Einstein SPM 2009

"Selamat hari guru di ucapkan kepada semua cikgu yang pernah mendidik diri ini sehingga berjaya sampai ke menara gading pada hari ini. Terima kasih tidak terhingga kerana mencurahkan segala ilmu dari ilmu di dalam kelas sehinggalah ilmu kehidupan bagi mengharungi hari-hari yang akan datang. 
Doa saya buat semua cikgu agar sentiasa mendapat rahmat Allah dan sentiasa berjaya dalam kerjaya. Lahirkan lagi insan-insan yang hebat sehebat tokoh2 yang namanya tertulis di setiap kelas."
-  Muhammad Ainuddin B. Mohd Hata (Creative Photomedia, UiTM Shah Alam) 5 Al-Razi SPM 2007

"Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan betapa berharganya didikan yang telah diberi oleh para guru SBPIS...Sesungguhnya kami beruntung kerana telah menjadi anak didikmu...Selamat Hari Guru..."
Mohamad Aminudin Bin Nasarudin (UMT) 5 Ibnu Sina SPM 2008

"Assalamualaikum cikgu-cikgu sekalian....
Terima kasih atas segala tunjuk ajar...
Alhamdulillah, berkat kesabaran cikgu-cikgu sekalian, dapat juga saya survive dengan cemerlang di bumi KYUEM ni walaupun environment yang sangat berbeza dengan sekolah dulu... Terima kasih cikgu..
Moga cikgu-cikgu semua terus gigih dan sabar mendidik anak bangsa...."
-  Syafiq Kamarulzaman (Kolej Yayasan UEM) 5 Al-Razi SPM 2009


"Selamat Hari Guru.... 
Cikgu kat SBPIS memang happening
junior!!!!!!!!!!!!!!!
big claps for them."
Aiman Syazani @ Asyaz (UTP) 5 Al-Razi SPM 2011


"Selamat hari guru kepada semua guru di SBPI Selandar. Moga terus berada di bawah lembayung rahmat Allah SWT. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus mendidik saya dan anak anak bangsa, sehingga membentuk siapa saya sekarang. Jasa kalian amat dihargai dan tidak akan dilupa. Saya sayang cikgu cikgu :D"
-  Nur Syazana Binti Rosli (UiTM Puncak Alam) 5 Edison SPM 2010


"Selamat Hari Guru kepada semua cikgu-cikgu di Sbpi Selandar. Guru-guru di selandar lah insyaallah yang akan menjadi pemacu orang-orang hebat, baik di dalam negara mahupun di luar negara. Moga Allah memberi pahala berganda-ganda disebabkan ilmu yang di ajar kami guna smpai ke hari ini."
-  Amir Ariff Fadzil (University of Birmingham) 5 Edison SPM 2008

"Kepada guru-guru di SBPI Selandar,saya mengucapkan selamat menyambut Hari Guru.Semoga cikgu-cikgu dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan penuh tanggungjawab.Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu-cikgu di sana.Doa-doa guru untuk kami amat saya hargai.
Terima kasih cikgu ! :')"
-  Nor Najmi Bin Nordin (Universiti Malaya, Kuala Lumpur) 5 Edison SPM 2011

"Cikgu-cikgu of SBPIS are awesome!!!"
Siti Raudhah Oyub (Netherland Maritime Institute of Technology) 5 Benz SPM 2011

"Happy teachers day!u r the one who put me where im now! Thank u from the bottom of my heart...may Allah bless all of u! :)"
-  Nabeela Bt Abu Kasim (UTP) 5 Benz SPM 2007

"Kerana mengajar saya perkara-perkara yang patut saya tahu seperti yang termaktub dalam syllibus, terima kasih...Kerana menegur saya bila saya buat salah, terima kasih... Kerana memberitahu saya yg saya ni malas dan kurang berusaha, terima kasih... Kerana mengajar saya perkara2 yg tak boleh saya belajar dr buku2, terima kasih... Kerana menjadikan pengalaman saya di sekolah sangat ceria dan berwarna-warni (walaupun ada haru birunya), terima kasih... Kerana mengajarkan saya benda2 baru dan menarik, terima kasih... Kerana menunjukkan kelemahan2 diri saya, terima kasih...
Minta maaf atas segala kekurangan diri ini...semoga cikgu2 akan terus berusaha dalam mendidik adik2 yg comel2 tu!!!"
-  Nurfarhanah Jafry (University of Newcastle, Autralia) 5 Newton SPM 2008

"Selamat hari guru kepada guru-guru SBPI SELANDAR.. Jasamu akan dikenang sampai bila bila.. Lebih lebih lagi kepada cikgu yang telah mengajar saya hingga saya mencapai kejayaan sampai sekarang.. ;))"
-  Muizzudin Azali (Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan) 5 Einstein SPM 2010

"WITHOUT YOU, I WOULD HAVE BEEN LOST. THANK YOU TEACHER FOR GUIDING ME, INSPIRING ME AND MAKING ME WHAT I AM TODAY. HAPPY TEACHERS DAY!"
Capt Muhammad Syafiq Fikry Bin Rosley Rmaf (374380) (ROYAL MALAYSIAN AIR FORCE ENGINEERING OFFICER, Air Force College, Kepala Batas, Kedah) 5 Edison SPM 2005


"Salam..saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru SBPIS, yang lama mahupun baru.. semoga anda semua tetap teguh serta ikhlas dalam mendidik pelajar-pelajar.. tanpa anda semua, siapalah kami.. terima kasih banyak-banyak..saya terhutang budi kepada semua :)"
Muhammad Nurussalam B Hadi Munir (UMP) 5 Edison SPM 2005


"Salam hari guru untuk semua warga pendidik SBPI Selandar.. Semoga usaha kalian terus diberkati dan diredhai Allah.."
 - Muhammad Ismail Bin Ab Samad (UKM) 5 Al-Razi SPM 2008

"Selamat hari guru kepada semua guru-guru SBPI Selandar kerana telah mengajar saya sehingga berjaya ^_^"

-  Nur Afiqah Bt Marzuki (Kolej Matrikulasi Melaka) 5 Einstein SPM 2011


"Selamat Hari Guru! 
Terima Kasih kerana mengajar kami erti kehidupan, tanpa anda, siapalah kami :D"
-  Ahmad Faiz Azrain (Perubatan, Jordan University of Science and Technology) 5 Al-Razi SPM 2007


"Ucapan saya bukanlah sekadar ucapan, ucapan saya penuh makna dan isi, dari seorang lelaki sejati, tolonglah fahami... "Bahawa guru ialah insan yg mulia,tanggungjawab mereka bukan sekadar mengajar tetapi mendidik, membentuk generasi sekarang menjadi generasi yg berguna hari kelak.terima kasih melayan kerenah/tingkah laku kami. Kami sebagai pelajar memang nakal.norma kehidupan remaja.! Tetapi itulah guru, menjadi ibu dan bapa ketika di sekolah. Terima kasih.! Semoga tabah hari mendatang. Perjalanan saya masih jauh. Doakan kami, anak-anakmu agar berjaya. Kami akan buktikan pengorbanan guru bukanlah satu perkara yg sia-sia" (haziq othman)"
-  Muhammad Haziq Bin Othman (UniTen) 5 Ibnu Sina SPM 2010

"Assalamualaikum kepada semua guru-guru SBPI Selandar...semoga semua sihat-sihat sahaja.. Disini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada semua guru-guru SBPI Selandar sama ada guru yang lama atau baru..Semoga cikgu-cikgu terus bersabar dalam mendidik anak bangsa..terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerena telah mengajar saya sepanjang saya berada di sekolah..jasa guru-guru dikenang sehingga akhir hayat saya..Saya minta maaf andai ada tersakitkan atau mengguriskan hati mana-mana cikgu..Saya tidak sengaja.. Saya harap semua cikgu-cikgu SBPI Selandar dapat mendoakan saya agar cemerlang di dunia dan akhirat.. InsyaALLAH.."
Muhammad Fadhli Bin Zainal Abidin (UMT) 5 Ibnu Sina SPM 2010


"SELAMAT HARI GURU :)I LOVE YOU TEACHERS...!" 
-  Saihah Samsudin (Matrikulasi Londang, Melaka) 5 Ibnu Sina SPM 2011


"Kepada: Cikgu Zul, Cikgu Hafizah, Cikgu Am, Cikgu Zamir, Cikgu Shuhada, Cikgu Noraini, Sir Azmi, Cikgu Azrin, Cikgu Faezah, Cikgu Zaihasra, Cikgu Roziyana, Cikgu Ramli, Ustaz Sufiyan, Ustaz Nizam, Ustaz Luqman, Ustaz Hishamudin dan Sensei Arnizam.
Terima kasih cikgu2 pernah ajar saya dan kawan2 saya dengan ikhlas masa di SBPIS dulu. Terima kasih berkati ilmu2 cikgu.
Doakan saya dapat jawab sem2 exam saya minggu ini dan dapat result paling cemerlang.
Minta maaf atas salah silap. Saya doakan cikgu2 yang baik2."
-  Aisyah Nursyakirah Bahrum (KMB) 5 Ibnu Sina SPM 2010


"Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu SBPI Selandar. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru terutamanya yang telah mengajar saya sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Sains Fizikal (asasi). Jasa cikgu semua akan sentiasa saya kenang.. Saya sayang cikgu  :D"
-  Aida Fathirah Binti Mohd Faridz (Asasi Sains Fizikal, UNIMAS) 5 Ibnu SIna SPM 2011


"Selamat Hari Guru kepada semua guru SBPIS, terutama cikgu2 yg telah mengajar & mendidik saya secara langsung atau tidak langsung. Jasamu akan ku kenang sampai bila2. InsyaAllah. =)
Saya doakan semua cikgu panjang umur, murah rezeki, dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. 
I love all my teachers. All of u are great!!! (^__^)"
Nur Syahirah Bt Roslan (UKM) 5 Benz SPM 2005

"Selamat hari saya ucapkan kepada semua guru2 sbpis. Terima kasih kerana mengajar batch kami (spm 2011) hingga menjadi batch yang terbaik. Doakan kejayaan kami di menara gading dan kami tidak akan lupa untuk mendoakan kesejahteraan guru2 sbpis....  :))"

Khalid Bin Ismail (UiTM Jengka) SPM 2011

"Millions of thank you to all my' burning candles' in SBPIS that makes me who i am today."
Mohammad Al-Nizar Khan (UiTM) 5 Al-Razi SPM 2005




Sekian, Selamat Hari Guru... 


Selamat Hari Guru kepada Guru-guru SBPI Selandar, Melaka.
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"



Terima kasih.

Rabu, 9 Mei 2012

Adakah Kos Pengajian IPT Anda Diiktiraf Kerajaan Malaysia?


Assalamualaikum, setiap kali selepas keputusan kemasukkan ke IPT diumumkan, ramai yang telah membuat persediaan untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi. Sama ada matrikulasi, diploma, asasi, pra-universiti dan persediaan keluar negara. Tahniah kepada yang telah mendapat tawaran yang menepati kemahuan anda, semoga terus maju dan mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Walau apa pun rintangan dan cabaran, anda perlu laluinya juga. Anda sudah perlu berani membuat keputusan sendiri dengan nasihat dan bimbingan daripada keluarga, rakan-rakan, guru-guru, senior-senior dan juga orang lain. Semoga berjaya semuanya.

Saya ingin kongsikan dan menambah maklumat anda mengenai bagaimana mahu menyemak kursus-kursus atau pun kos yang kita ambil sama ada mendapat pengiktirafan JPA atau pun tidak. Mengapa ianya penting? Ini kerana dibimbangi apa yang kita belajar itu tidak mendapat pengiktirafan dan ini akan menyukarkan kita untuk mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian nanti terutamanya dalam sektor kerajaan. 



Rasanya tidak perlu bimbang kerana, saya yakin kebanyakkan kos yang anda pilih sudah pun mendapat pengiktirafan. Jika mahu kepastian, silalah semak di bawah INTERAKTIF JPA.





Contoh Status Kelayakkan Kos Perubatan daripada Monash University, Victoria.


Jadi, silalah lihat kelayakkan kos anda di laman web INTERAKTIF JPA sekarang. Semoga dengan perkongsian ini, anda semua akan lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran anda demi mencapai cita-cita anda. Semoga berjaya. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.

Selasa, 8 Mei 2012

Jom 'Like' Facebook dan Jadi Fan Alumni SBPI Selandar


Assalamualaikum, memandangkan Diskusi Ex-SBPI Selandar semakin mendapat sambutan dalam kalangan alumni, pihak Alumni SBPI Selandar dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah bersama-sama menyokong mengukuhkan setiap program yang telah dirancangkan. Pada tahun ini dilihat, beberapa lagi program akan dijadikan sebagai program tahunan Alumni bagi memastikan hubungan antara exsbpis terus dapat dikekalkan di masa akan datang. Oleh yang demikian, untuk memastikan setiap program dapat disampaikan secara langsung kepada semua exsbpis, pihak alumni telah menyediakan satu Halaman Fan untuk semua ahli alumni 'like' atau pun 'suka' bagi menyokong dan mendapatkan maklumat secara langsung melalui Facebook masing-masing.

Insya-Allah, sesiapa yang mahu aktivitinya diwar-warkan, sila mesejkan kepada kami, insya-Allah kami akan membantu dalam mempromosikan semua aktiviti anda. Bukan sahaja kemaskini berkaitan pelajar lepasan SPM, tetapi semua peringkat alumni sama ada dalam peringkat IPT, Pekerjaan dan juga perniagaan. Yang penting sekali, dapat memberikan manfaat bersama-sama dalam jaringan exsbpis.

Terima kasih kepada semua alumni yang telah mengambil inisiatif untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program dan juga pihak SBPI Selandar khususnya guru-guru yang senantiasa memberikan peluang kepada Alumni SBPIS untuk menjalankan pelbagai kerjasama dan juga dapat mengukuhkan lagi hubungan antara alumi dan pihak sekolah.

Buat masa ini hanya kumpulan dibawah sahaja yang digunakan ALUMNI SBPI SELANDAR:-
Silalah like halaman di bawah yang telah diwujudkan dalam Facebook.




Untuk makluman anda, Diskusi Ex-SBPIS hanya terhad kepada bekas pelajar SBPI Selandar sahaja. Manakala, Fan Page (Halaman) Alumni SBPI Selandar, Melaka ini terbuka kepada semua peringkat umur dan semua latar belakang. Ini untuk memastikan semua maklumat yang disampaikan akan diterima kepada kumpulan sasar secara optimum. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

Isnin, 7 Mei 2012

Berikan Ucapan Hari Guru Anda Sekarang!


Assalamualaikum, memandangkan hari guru sudah hampir tiba, pihak alumni tidak ketinggalan untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru melalui medium yang dirancang. Para alumni sangat dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan melalui form yang disediakan di bawah ini. Insya-Allah, pihak alumni akan cuba untuk menyampaikan ucapan anda kepada guru-guru di SBPI Selandar nanti.

**Untuk ruangan Pekerjaan/Pelajar IPT, sila nyatakan jawatan anda sekarang (cth: Jurutera projek, peguam, arkitek dan etc.). Jika masih belajar, sila tulis pelajar.

Sila isikan borang di bawah:-




Sekian, terima kasih atas kerjasama anda kepada Alumni SBPI Selandar.

Soal: Tak Ada Asas Akaun, Nak Ambil Akaun. Boleh?


Soalan Dalam Diskusi Exsbpis

Amirah Mawaddah Mohd Kamal:
Assalamualaikum. Boleh tak para alumni yang ambil accounting terangkan serba sedikit pasal accounting. Saya kelas Benz (teknikal) dan tak pernah belajar account. So, boleh kan kalau saya nak ambil account?  :)

----------------------------------------
RESPON DARIPADA ExSBPIS

Izyan Zulaikha:
Boleh je lah, siapa kata yang tak ada asas tak boleh berjaya masa belajar? Cuma kena lebih rajin daripada orang lain yang sudah ada aas akaun. :)

Amirah Mawaddah Mohd Kamal:
Ouh okay. Akak ambil diploma ke? Kat mana?

Izzanee Ibrahim:
Senang je tu, jangan risau. heh.

Izyan Zulaikha:
Akak kelas Einstein Batch 05 - 09, sekarang buat diploma ukur bahan di polimas Jitra..:)

Amirah Mawaddah Mohd Kamal:
Okay thanks :)

Izyan Zulaikha:
Welcome..:)

Cik Jufarizwani:
Orang kelas Benz jugak. Semester ni belajar akaun. Hee.:)

Amirah Mawaddah Mohd Kamal:
Ouh ye ke? Akak ambil kat mana?



Cik Jufarizwani:
Akak bukan ambil kos akaun, akak ambil kuantitatif sains. Sem ni ada la akaun, akak ambil kat UiTM Perlis.:)

Izzanee Ibrahim:
Amik akaun juga akaun paras-A. Bak kata cikgu dekat sini, akaun ni kalau work hard insya-Allah boleh skor.  Sebab macam matematik, kadang-kadang kita belajar gila-gila pun tak tentu lagi dapat A. Dia macam tu lah. Dan akaun sangat seronok sebab boleh main-main dengan konsep dia , tambah pula betapa bergunanya akaun dalam kehidupan seharian.

Accounts is an arts subject, jadi memerlukan kepada pembacaan dan pemahaman konsep. Kalau faham konsep tu betul-betul, nanti nak buat apa-apa tu mudahlah. Accounts terbahagi dua, financial dengan cost kalau ikut silibus A-level lah. Financial buat balance sheet dengan income statement pasal sole trader, partnership, companies, yang mana kau kena faham dia punya format bagi setiap satu tu, dengan konsep yang berkaitan.

Pada penelitian saya, costing lagi senang dan best, sebab boleh main-main, huhu. Costing ada financial analysis yang kau kira ratio asset ke liability dan pelbagai lagi ratio yang ada. Ada jugak belajar investment appraisals dengan budgeting yang sangat applicable.

Seronoklah tapi awal-awal tu agak susah sikit sebab nak dapat thinking tu, tapi tu normal, semua rasa macam tu, secara ringkasnya, faham konsep, buat banyak latihan, dan rasa seronok untuk belajar dengan cara kaitkannya kepada kehidupan sebenar.  All the best.

Soal: Petroleum Geosains?


Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS

Aifa Taib:
Petroleum geoscience. Ada sesiapa yang ambil ? =)



---------------------------------------------
RESPON DARIPADA Ex-SBPIS

Aiman Syazani 'Asyaz':
Aku. Second choice.

Syazwan Abdullah:
Aha... Perempuan masuk course ni, bagus. Ketandusan wanita-wanita dalam kelas. 'Before thinking to join this course, brave yourself with pacat'.

Aifa Taib:
Pacat?

Syazwan Abdullah:
Yeap... I'm the 2nd batch here.  Ada banyak 'field trip' kena masuk hutan.  Belajar pasal bukit-bukit, keindahan alam kan? Sungai yang tak pernah orang pergi. 'Hang' kena redah.

Aifa Taib:
Wahh, menarik. =D

Syazwan Abdullah:
For me. Memang suka aktiviti macam ini. Nak ambil 'pure geology' di UKM, USM pun seronok juga. Sesuailah kos ini. Macam saya belajar di sini memang dah fokus cari minyak.

Aifa Taib:
Okay...=) thank you for the information..=)

Rujukan Lain :

Ahad, 6 Mei 2012

Program Kembara Alumni SBPIS 2012 (29 Jun - 1 Julai 2012)


Assalamualaikum untuk semua alumni SBPI Selandar, anda semua dijemput ke Program Kembara Alumni SBPIS 2012 yang akan diadakan pada 29 Jun 2012 sehingga 20 Jun 2012. Program ini yang diuruskan oleh saudara MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD telah dipersetujui dalam Diskusi Ex-SBPIS beberapa bulan yang lalu. Anda juga diingatkan jika berminat, silalah lihat maklumat lanjut dalam aktiviti program yang telah disediakan.





Alhamdullilah, setelah undian telah dijalankan, Program Kembara Alumni SBPIS 2012 yang pertama akan dijalankan di Cameron Highlands, Pahang.

Pemilihan tempat ini dibuat adalah berdasarkan majoriti undian yang dijalankan dan kemudahan yang telah disediakan di tempat ini untuk mengadakan aktiviti.


TENTATIF CADANGAN :

JUMAAT (29 JUN 2012)

3.00PM - BERKUMPUL DI PEKAN TANAH RATA (STESEN BUS)
5.00PM - BERGERAK KE CAMPSITE SUNGAI PAUH
6.00PM - PERSIAPAN TAPAK PERKHEMAHAN
7.00PM - PENGURUSAN DIRI
9.00PM - BRIEFING DAN SESI PENGENALAN
11.00PM - AKTIVITI BEBAS DAN REHAT

SABTU (30 JUN 2012)

6.00AM - BANGUN DAN SOLAT SUBUH
7.00AM - BRIEFING TENTANG PENDAKIAN KE GUNUNG BRINCHANG
7.30AM - SENAMAN DAN REGANGAN
8.00AM - BERGERAK KE PEKAN BRINCHANG (SARAPAN)
9.00AM - PENDAKIAN BERMULA
12.00PM - DIJANGKA TIBA DI PUNCAK GUNUNG BRINCHANG (6666 KAKI)
12.30PM - SESI BERGAMBAR DAN LUNCH
1.30PM - BERGERAK TURUN MELALUI LADANG TEH BOH SG. PALAS
6.00PM - DIJANGKA TIBA DI SG.PALAS
6.30PM - BERGERAK KE CAMPSITE (MENAIKI 4X4)
7.00PM - PENGURUSAN DIRI DAN SOLAT
9.00PM - BBQ DAN AKTIVITI
12.00PM - REHAT

AHAD (1 JULAI 2012)

6.00AM - BANGUN DAN SOLAT SUBUH
7.30AM - SARAPAN PAGI
8.30AM - SESI BERGAMBAR
10.00AM - BERSURAI (JALAN-JALAN DI CAMERON)

BARANG YANG PERLU DIBAWA :

- SLEEPING BAG
- RUBBER MAT ATAU TIKAR
- SWEATER
- BEG GALAS UNTUK PENDAKIAN (20L)
- KASUT YANG SESUAI
- BARANG-BARANG KEPERLUAN DIRI

BAYARAN DAN KOS :

(RM 120)
- BAHAN MENTAH UNTUK BBQ
- MAKANAN KETIKA PENDAKIAN
- SEWA TAPAK PERKHEMAHAN
- ALATAN PERKHEMAHAN
- PERMIT
- SEWA 4X4
- GUIDE
- TSHIRT PROGRAM (BERGANTUNG PADA BILANGAN PESERTA)

KOS TIDAK TERMASUK :

- TIKET BAS PERGI DAN BALIK
- SARAPAN DAN MAKAN TENGAHARI HARI KEDUA

BAYARAN PROGRAM BOLEH DIBUAT KE AKAUN :

CIMB - 09010001965206
MAYBANK - 112371039992
(MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD)

* BAYARAN DEPOSIT 50% HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM 15 MEI 2012 DAN BAYARAN PENUH HENDAKLAH DIJELASKAN SEBELUM 10 JUN 2012 (MAKLUMKAN DAN SIMPAN RESIT JIKA BAYARAN SUDAH DIBUAT)

* Segala cadangan dan pertanyaan boleh dibuat di post ini atau hubungi 0197540042 (faiz)

* Rujuk Program asal di sini.

BERKHIDMAT UNTUK SEMUA 
Pihak Alumni mendoakan agar program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dengan sokongan semua pihak dan exsbpis.
 
Sekian, terima kasih.

Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 27, 28, dan 29 April 2012 yang lalu telah berjaya dijalankan Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah anjuran Alumni yang mana telah dilaksanakan oleh beberapa orang daripada gaduate daripada Batch ke-6 (SPM 2010) dengan kerjasama pihak sekolah. Pihak alumni mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini kerana telah bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya 'Di bumi bertuah ini, SBPI Selandar'. Saya difahamkan ianya adalah inisiatif sendiri yang telah digerakkan oleh Saudara Muhammad Zaki Rahman dan Saudari Asyiq Azwar dengan dibantu beberapa rakan-rakan mereka yang lain.

Tahniah diucapkan kepada anda dan diharapkan usaha dan sumbangan murni anda dapat membantu dalam membentuk peribadi mulia para nuqaba' dan memastikan suasana tarbiah dan ukhuwwah dapat dikekalkan di SBPIS. Diharapkan juga para pelajar SBPI Selandar dapat mengambil peluang ini sebagai salah satu ruang untuk mereka mendapatkan dan berkongsi pandangan bersama para graduan SBPI Selandar yang telah menghabiskan pengajian di sekolah tersebut. 

Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan kerana mereka para alumni sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk melapangkan diri demi untuk menyumbang kepada pembangunan dan pemantapan sahsiah warga SBPI Selandar, Alhamdulillah, program yang dijalankan selama tiga hari ini akhirnya berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa halangan sebelum ini dan terpaksa ditunda atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran anda, ianya dapat direalisasikan diakhirnya dengan jayanya. 

Berikut antara beberapa gambar yang diperolehi untuk perkongsian bersama warga exsbpi Selandar yang lain.    










Lebih banyak gambar program di Facebook Diskusi Ex-SBPI Selandar.

Aktiviti seterusnya dirancang adalah Program Kembara Alumni SBPIS 2012. Insya-Allah, semua alumni dijemput ke aktiviti yang julung kali diadakan antara alumni.

Sekian, Terima kasih.


Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner