Isnin, 30 Julai 2012

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Assalamualaikum, ada yang bertanya mengenai kos geomatik. Jadi, sedikit maklumat diperolehi diharap dapat mengurangkan kerunsingan beliau mengenai kos ini. Untuk kursus pengajian ijazah Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara pengajian yang tertua dan telah diiktiraf sebagai pusat professional pengajian kejuteraan geomatics di Malaysia. Program yang telah diiktiraf sepenuhnya olah License Surveyors Board (LSB) Malaysia menepati kandungan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan Licensed Land Surveyors (LLS) di Malaysia.

Selain itu, Jabatan Kejuruteraan Geomatik UTM merupakan ahli kepada International Federation of Surveyors (FIG). Graduan yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan Geomatik UTM layak untuk berdaftar sebagai ahli di dalam ISM (Institution of Surveyors of Malaysia).

Maklumat Tambahan Daripada Agensi Kelayakkan Malaysia.


Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
Nombor Rujukan : 10757
Nama Kelayakan : Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)
Tarikh Diluluskan Kementerian : 1995
Sesi Dimulakan : 1995
Nama Institusi : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Alamat : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

81310 Skudai
Johor
No. Telefon : 07-553 3333
No. Faks : 07-556 1722
E-mel : webmaster@utm.my
Laman Web : www.utm.my
Peringkat Kelayakan : Sarjana Muda
Tahap MQF : 6
Bidang NEC (National Education Code) : 581 (Architecture and town planning)
Bil. Kredit : 130
Bil. Semester/Tahun : 8/4
Catatan : TB


*NA : Tiada Maklumat


Kejuruteraan Geomatik adalah satu bidang yang luas. Ada di antara graduan bekerja dengan syarikat pakar tentang pengurusan tanah dan pembangunan serta menjadi seorang jurunilai tanah (Licensed Land Surveyors). Selain itu, ada juga peluang perkerjaan di dalam bidan pengurusan sumber tanah, jurunilai kontraktor, jurunilai sensor (remote sensing) dan jurunilai struktur. Graduan yang mempunyai minat terhadap GIS (geographical information systems), kebanyakkan mereka akan bekerja dengan syarikat yang tertumpu kepada rekabentuk dan pengurusan peta (mapping). 

Sebenarnya prospek kerjaya ini sangat luas. Selain di Malaysia terdapat banyak lagi universiti di luar Negara yang menawarkan kursus ini. Ini kerana Negara mereka yang lebih terdedah kepada bahana gempa bumi dan sebagainya. Jadi kepada mereka yang berminat lengkapkan diri anda dengan segala pengetahuan yang diperlukan untuk menguasai bidang kerjaya ini.

Satu Jurnal yang menyebut, Kenapa Geomatik bukan Ukur Tanah?

Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia masih lagi menggunakan nama kursus Ukur Tanah (Land Survey) berbanding beberapa institusi pengajian tinggi awam atau swasta di negara kita. Di samping itu, universiti-universiti di luar negara seperti United Kingdom, Australia, United States dan Kanada juga telah lama mengorak langkah dalam menjenamakan kursus Ukur Tanah ini kepada nama yang lebih komersial supaya lebih kenali di pasaran global. Kepentingan dari segi maksud, kefahamam dan perkembangan teknologi terhadap bidang Ukur Tanah menjadi objektif utama kajian ini
supaya istilah Ukur Tanah ditukar kepada Geomatik. Dalam konteks pertukaran istilah ini, geomatik memberikan justifikasi yang lebih tepat kerana “Geo” adalah bermaksud permukaan bumi dan “matik” pula berkmaksud ukuran. Oleh itu, setiap pengukuran yang dijalankan di atas permukaan bumi samada dari segi bentuk, keluasan, kedalaman dan ketinggian akan diterjemahkan dalam bentuk hubungan matematik. Sebagai contoh di dalam penentuan kedudukan pusat bumi, bentuk bumi dianggap sebagai elips dan bukannya sfera kerana kemudahan menerbitkan formula-formula yang mudah daripadanya. Manakala maksud Ukur Tanah secara umum merupakan pengukuran yang dilakukan terhadap tanah dengan menggunakan peralatan konvensional samada secara langsung atau tidak langsung. Jika interpretasi ini diambilkira, maka Geoteknik juga boleh termasuk dalam bidang Ukur Tanah tetapi hakikatnya Geoteknik adalah lebih menjurus kepada kajian terhadap unsur-unsur yang terdapat pada tanah itu sendiri. Perubahan penggunaan istilah Ukur Tanah kepada Geomatik adalah bertujuan menambahkan nilai-nilai komersial kepada program yang ditawarkan di Politeknik supaya ianya boleh menggambarkan bidang pengajian yang ditawarkan dengan lebih tepat selaras dengan perkembangan teknologi pengukuran.

IPTA, IPTS dan Universiti luar negara yang menawarkan bidang pengajian Diploma Ukur Tanah sudah tidak lagi menggunakan istilah Ukur Tanah atau dalam bahasa inggerisnya ”Land Survey” kecuali Politeknik Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala lumpur juga sudah mula memohon untuk menukar nama program Diploma Ukur Tanah kepada Diploma Geomatik rentetan daripada kehendak program yang efisien. Dapatan melalui temubual Pesyarah senior dari Universiti Teknologi Malaysia Asc. Prof Kamarudin Bin Omar pada 26 Mei 2010 jam 2.30pm mengatakan bahawa adalah wajar istilah geomatik digunapakai berbanding dengan ukur tanah atas dasar kemajuan teknologi yang berleluasa dan skop geomatik lebih menyeluruh dan tepat.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai Jurnal ini, sila download Kenapa Geomatik, Bukan Ukur Tanah!

Satu perkongsian pengalaman daripada seorang yang sudah menceburi dalam bidang geomatik dalam satu blog dipetik seperti di bawah:-

Rata rata tak ramai yang tahu apa itu geomatics. Bila orang kampung pakcik makcik jiran tetangga tanya, "Hang belajaq bahagian apa dekat kolumpo nuh?"

Mula mula dulu aku jawab, "Geomatik"

Tapi bila depa tanya balik menatang apa geomatik tuh terus lepas tu aku jawab "Ukuq Tanah"

Walaupun bunyi pelik dan sungguh koman tapi cukup untuk menjelaskan dengan lebih faham apa disebalik makna Geomatik tu.

Rata-rata ramai yang pilih kos Gomatics as pilihan masa isi borang UPU sebab namanya nya yang agak canggih iaitu Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi) tak pun Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (kepujian) dan mentafsirkan kononnya mesti belajar ke arah Matematik dan Geografi tapi lepas dah masuk baru tau rupanya jauh benar dari sangkaan siap sumpah seranah sebab kena ada kelas outdoor dan lab. Caculation tak payah cerita la, memang every sem mesti ada subjek yang kena picit kalkulator dan hafal formula.

Selalu nya kos geomatik menjadi favourite untuk lelaki sebab diorang suka la bab setting alat, planning dan etc sebab mencabar. Ramai juga anak anak Land Surveyor yang masuk kos ni sebabnya nak warisi company bapak dia dan yang lain lain tu rata rata nya terpaksa tak pun main bedal ja bubuh kos apa pun tengok tengok dapat kos ni.

Tak tahu Land Surveyor tu apa?

Land surveyor tu maknanya Jurukur Tanah.

Ye aku percaya ramai yang tak tahu ada kerjaya sebagai Jurukur Tanah dan lebih teruk lagi mungkin tak pernah terfikir tanah yang dipijak ini rupa rupanya kena kira berapa luas, panjang, lebar, ada koordinat dan etc.

Aku boleh menyimpulkan bahawa Land Surveyor ni adalah orang penting dalam setiap projek pembinaan bangunan, jalan raya, highway, sekolah, masjid dan senang cerita semua jenis penerokaan tanah dan pembangunan.

Kenapa?

Mesti korung tau yang setiap tanah ada pemilik dia sendiri. Setiap pemilik tanah ada geran tanah. Dekat geran tu mesti la tulis nombor lot tanah. Lot lot tanah ditunjukkan dalam satu plan yang dipanggil Pelan Akui. So macam mana nak lukis dan tentukan bentuk, luas lot tanah, dari mana ke mana adalah dengan kena pergi ukuq la dekat tanah tu. So itu lah gunanya Land Surveyor.

Eh tapi jangan la dok ingat Geomatik ni hanya fokus kepada ukur tanah tapi sebenarnya segala pengukuran di muka tanah, lautan dan angkasa. Sebab tu la dalam diploma tak pun degree in geomatik ada subjek

Cadastral Surveying - Ukur Kadaster
Engineering Surveying - Ukur Kejuruteraan
Geodecy - Mengenai angkasa lepas
Hydrographic Surveying - Ukur Lautan
Remote Sensing - Mengukur imej permukaan bumi yang diambil dari satelit
Geographic Information System (GIS) - Sistem Maklumat Geografi
Global Positioning System (GPS) - Mengukur kedudukan koordinat titik muka bumi
Aerial Photogrammetry - Pengukuran dari udara

Subjek subjek ni semuanya antara subjek wajib yang kena ambil. Jadi, dah nak masuk 5 tahun lebih aku jadi pelajar geomatik, gila lama dari diploma 3 tahun dan degree 2 tahun setengah, banyak ilmu dan pengalaman yang menarik telah dikutip dan dipelajari. Tapi still masih cetek juga ilmu dan perlu lebih banyak membaca dan mengimprovekan skill dan mengutip lebih banyak pengalaman dalam dunia kerja yang sebenar. Itu pun kalau tiba tiba aku rasa terlebih rajin.

Seronok belajar pengukuran di lautan. Macam cari gali petroleum tu kan, macam mana nak tau kedudukan dan nak kesan lokasi yang ada petroleum dekat tengah tengah laut lepas tu macam mana nak set up besi yang terapung dekat tengah tengah laut tu untuk kerja kerja penggalian minyak dan penyedutan minyak. Tak ke sangat seronok dan aku dah pun merasa pengalaman duduk atas boat untuk buat kerja pengukuran di laut. 

Sumber: 
http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2009/mac-2009/293-kerjaya/469-kerjaya-geofizik 
http://khadijahnas.blogspot.com/2011/06/geomatik.html

Soal: Nak jadi Doktor (Dr) or Engineer (Ir)?


Soalan Daripada Ex-SBPIS

Ziad Firdaus Zaid:
‎Soalan daripada Sydan Saiful... Nak jadi DR (doktor perubatan) atau IR (jurutera/engineer)? Tolong berikan pandangan rakan-rakan sekalian. Terima kasih.
[pada 30hb Mei pukul 2.31 ptg]


Jawapan dan respon:

Syaz Waniey:
IR!!! :)

Ziad Firdaus Zaid:
Kalau dapat bagi pros dan contranya pun lagi cun.. die malu nak tanya tuu... haha

Sydan Saiful:
‎Syaz Waniey alasan ??

Izyan Zulaikha:
Sr.  tak nak..??

Ziad Firdaus Zaid:
Apa tuh Izyan Zulaikha?

Izyan Zulaikha:
Sedih kan..?
Sr. stand for Surveyor abg Ziad Firdaus Zaid. Title..:)

Izyan Zulaikha:
Sydan Saiful ada masalah tolong dia lah. Dapat offer untuk engineering dan medik. Cadangan..?

Omar Chems Norazmi:
Amik je jadi super, super ap-apa keje kau pilih. Super engineer, super doctor, super peniaga pasar malam, super penulis. Asalkan kau sungguh-sungguh.

Muhammad Azfar Rosli:
Buat dua-dua..
DR IR.. :P
joking,sorry..

Taufiq Firdaus:
‎Aiman Asyraf Muhammad ni ketua kumpulan beast kt korea . hahhaha


Ellya Nabila:
Pilih la elok-elok. Buat homework sikit, study pathway kalau nak amek engineering/medik study berapa tahun. Then tengok gak kalau degree je cukup ke or kena sambung master pulak untuk survive dalam career. Cara ni nanti insyaAllah akan nampak kita lagi minat hidup sebagai Dr. or Ir. paling penting tanya diri sendiri dengan jujur, minat yang mana? pasal belajar senang susah tak payah kisah sangat, belajar anyam ketupat pun kalau asyik main-main je hancur gak... oh ye, sebab kamu lelaki, ada baiknye survey gak pasal gaji. Boleh sesuaikan dengan kehidupan yang kamu idamkan (haha). Tapi serius ni, kalau belum ada perancangan, gi baring kat katil, pandang dinding, dan start your dream~

Ziad Firdaus Zaid:
Waaaaa.. kalau nak baring atas katil dan dream sekarang sempat lagi tak kak Ellya Nabila..:p good advice cik ellya..:D

Ahmad Izzanee Ibrahim:
Ikut minat, insyaallah. understand the purpose of studying, acquiring knowledege, worth of education. jadi dua-dua kalau mampu, bukan tak bolehh, :D.

Diin Argh A'alekhsanzzer:
Da tak ada benda lain nak pkir kew dan? balik-balik IR dan DR... cari bnda baru la bhai...

Ziad Firdaus Zaid:
Bukan ape din.. sebab budak ni 4 flat matrix, fizik dan bio die power.. thats why lah bro..;)

Syazwan Abdullah:
Since result pun dah kuat...
My opinion, try go beyond medic and engineering...
Menyemak je ramai-ramai masuk stream ni...tapi depends gak...ko nak keja apa and camna dan untuk apa? look for far better choices Sydan Saiful can make...sentiasa cuba cari what makes you special than the rest...well..so far from above discussion...aku faham ko kuat both academics and cocuriculum... you deserve to demand scholarship mahal-mahal...
Kalau nak pursue kat oversea..tegok course ape paling cun kat negara tu...

E.g : German...memang stail amek engineering kat sana...tip top...
Selamat beristikharah...and tahniah btw...
p/s : ziad taching

Khalidah Amirah:
Ko ni ziad budak ni tak cakap apa-apa pun hang p tag aku pasai pa? ish ko ni..haha
Depends on minatlahdik... Takut nanti dah amek medic tak minat pastu berhenti tengah jalan.. dah rugi setahun dua.. ramai je member-member kat sini macam tu.. tiba-tiba tak minat p sambung kat Malaysia.. and mostly because parents yang pilihkan kos pada awalnya.. So choose your path wisely.. semua benda susah.. Tak ada bende yang senang dalam dunia ni.. anyway, medic is fun and now tengah study pasal peads so tetiba rasa bersyukur belaja medic sebab nanti boleh assess your child' development on your own..haha..

Ziad Firdaus Zaid:
Cool and magnificent advice from abg Syazwan Abdullah as usual...
aku tak taching lah..

Ziad Firdaus Zaid:
Waaaaa jarang kak Khalidah Amirah bagi opinion nih.. hehe.. erm asal aku macam moderator je kat post ni...-..-

Soal: Engineering Tak ada Masa Depan?

Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS

Wan Muhammad Najib
Salam.  Teringat masa lepas dapat keputusan SPM dulu, 'family' macam tak galakkan sangat ambil kejuruteraan sebab katanya persaingan sangat sengit dan sampaikan ada yang terpaksa menganggur.  Adakah ianya benar?

Mohon penjelasan senior-senior dan sahabat-sahabat yang ambil kejuruteraan atau sesiapa yang ada maklumat.  Terima kasih!
[30hb Mei pukul 2.45 ptg berhampiran As Sarih, Irbid]


Zatul Amrah:
Salam, not really actually. Graduan-graduan engineering yang belajar diluar negara punya sedikit kelebihan berbanding yang belajar dalam negara especially dari negara-negara yang bukan berbahasa inggeris macam Korea, Jerman, Perancis etc. Sebabnya adalah syarikat-syarikat kejuruteraan sekarang memerlukan mereka yang boleh berbahasa asing untuk mengembangkan syarikat dan perindustrian masing-masing ke peringkat antarabangsa. Yang dalam Malaysia pun tak ada masalah rasanya untuk belajar bahasa asing, ada kemahuan ada jalannya. Apapun, rezeki ALLAH itu luas. Hanya pendapat dari insan kerdil. WALLAHua'lam.
     
Muzakkir Afendi:
'Amik' je apa yang ko nak 'amek'.. ko minat 'amek' je.. pasal kerja, cerita kemudian..
      
Aiman Asyraf Muhammad:
‎Muzakkir Afendi masih cool seperti dulu hoho...

RafiqahLutfiah Rahman:
Budak proton memang cool..haha..

Khairul Anwar:
Alumni mechanical engineering UKM... they have awesome job...

Aqmal Hisyam Hamzah:
Yang penting nak belajar.. kalo amik apa-apa pun tak nak belajar tak jadi aper gak...

Muhammad Razzi:
'It depend on competency level' dekat orang tu:).. 'that means interpersonal skill or softskill' sangat main peranan dalam job hunting.. CGPA hanya tapisan untuk 'pi' interview sahaja.. so competition tu bukan competition dari segi CGPA semata-mata:).. that's why orang kata competition dalam bidang engineering ni sengit.. 'about job market' banyak je available.. for example macam bidang mining engineering yang aku amek ni.. job market not only dekat Malaysia jee.. worldwide dan sangat banyak.. Australia is no 1 mining country dan kat sana masih tak cukup lagi engineer dia nak pakai.. macam dekat Thailand dan Vietnam pun still tak cukup engineer.. then diorang amek mereka yang ada degree based on science then employ jadi engineer.. senior aku banyak yang kerja dekat luar.. classmmates aku ramai dapat buat intership dekat luar jugak.. dan aku percaya 'job market' untuk bidang engineering lain pun banyak je available.. dan lagi satu jangan kecik kan scope job market dekat dalam Malaysia je.
  


Nur Hidayah Isa:
Engineering ni luas. Industri kat Malaysia ni pun bukan kecil. Jadi memang banyak nak pakai engineer. Lepas habis kena pandai pasarkan diri untuk dapat kerja. Kalau ada rezeki InsyaAllah dapat. yang penting belajar je dulu :)

Wan Muhammad Najib:
Terima kasih yang merespon. Niat saya post pasal benda ni, bukan nak hasut adik-adik untuk tak amik engineering and amik dentistry ke apa. hehe. Cuma nak adik-adik jelas, apa yang diorang perlu ada kalau depa betul-betul nak minat engineer.

Bukan setakat engineer, hatta medic, dentist, architect mahupun kerjaya-kerja lain pun, sekarang realiti kita berada didalam dunia persaingan yang sengit. Mungkin nilai tambah macam softskill, aktif dalam persatuan, charity work dan etc yang tambah kan lagi saham kita bagi memudahkan untuk dapat kerja.

Sejujurnya, saya tak setuju, prinsip 'belajar je lah pape. yang penting kau habis belajar, dapat degree, settle semua. kerja settle kemudian'

Maaf kepada yang tak berstuju. sebab saya tengok perkara ni sebenarnya boleh sdikit sebanyak ada bawa kesan masa depan kita. Mungkin sesetengah orang tak kisah, tapi kalau saya sendiri, contohnya belajar dentist. Saya memang minat, tapi realitinya, market memang takde untuk graduan pergigian. End up, saya terpaksa cari kerja lain walaupun saya ada dgree dentistry yang saya belajar 5 tahun.

Jadi, nasihat saya, disamping minat, cuba tengok juga peluang kerja tu macam mana. Masih diperlukan ke macam mana. Mungkin ada bidang-bidang lain yang kita boleh terokai. Dan terakhir dari saya, bagi sesiapa yang ada tendency nak amik jurusan agama tu, (ambillah) bidang syariah seperti fiqh wa usul, usuluddin, perbankan Islam.

Sebab bila saya duduk dekat timur tengah ni, saya tengok apabila seseorang tu belajar agama, dia punya skop kerja bukan semata-mata jadi ustaz/ustazah dekat sekolah tu je. BANYAK LAGI sumbangan yang boleh disalurkan. saya amik contoh mudah, Dr MAZA, Ustas Zaharuddin, Ust Hasrizal (saifulislam), Dr Maszlee Malik, dan ramai lagi.

Sumbangan mereka kepada masyarakat Malaysia hari ni memang kita tak nafikan. Banyak pembaharuan pemikiran yang positif kita dapat lihat hasil sumbangan mereka. Saya sangat sangat berharap, disamping melahirkan insan-insan yang berjaya dalam kerjaya lain, SBPIS juga mampu menghasilkan golongan ustaz/ustazah yang mampu memberi impak kepada agama, bangsa, dan negara.

Selamaat! :)

Danial Azahan:
Panjang lg xleh najib? :P

Wan Muhammad Najib:
Hahahahah. i love essay! :P

Amirul Hadi:
Jadi lah seorang surveyor.

Muhammad Zahiruddin Bin Zainuddin:
Belajar kerana minat @ minat untuk belajar, yang mne sesuai ?_?

Amin Krabby:
Jangan fokus kepada courses yang famous je... Any kind of degree or any other kind of higher learning can obtain their places in the future career.... maybe some of the courses may not be as extravagant as medic, lawyer or engineering such as mine but I am satisfied with my achievements at UMT in Biological degree... It's up to our own guts and thinking to chart our own course of life... But you have to grit your teeth and face any incoming obstacles and hindrances in life... seek your own satisfaction with Allah's will and not only success.....Only then will you be truly satisfied. Just an opinion... Jangan ada yang terasa.. because we can still achieve something in life, even if we failed sometimes... the real courage lies in rising up again and again after falling down...

Pasal engineering kan... saya ada seorang sepupu... dulu dia ambik civil engineering kat UTM Johor.... CGPA quite good... already finished studying and now working at a Japan electrical company branch here in Malaysia....The thing is he got there after being fired once and he even quit once....so that means the opportunity will present itself and be wise about your choices when they present themselves... and don't be too comfortable with your current status.....That is our main problem as ex-boarding school students....

Ahmad Izzanee Ibrahim:
The two last sentences actually, for newly school leavers I suppose. After years graduated from school i don't think we're comfortable with the current status everything mostly changed. Never been the same.

Amin Krabby:
Yep....thanx for pointing that out....after going out to th real world in universities, I think almost everyone will MATURE....hehehehe

Ahmad Izzanee Ibrahim:
I would agree, as you go further, we'll learn. :)


Khamis, 19 Julai 2012

Soal: Kem Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM)?


Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS

Soalan ditanya Ashraf Syamim:

Salam.. mahu tanya la... siapa-siapa yang tahu pasal kem pemilihan Biasiswa Yayasan Telekom (YTM)? Apa je yang dibuat masa masa kem tu ya?
[pada 28hb Jun pukul 11.52 ptg]

--------------------------------------
RESPON DARIPADA Ex-SBPIS

Mohd Zaki Salleh:

Senang jep.. die nak test EQ
   
Syimir Izaan Ibnu Sazman:
Time kem pemilihan YTM tu,diorang wat kem cam biase je. just ada certain activity yang nak tengok character kita, camne kita interact dengan orang, camne kita kawal emosi. So,beware jela. It's my experience when attended the camp 2 years ago, tak tahu la sekarang camne.



Ashraf Syamim:
Kawal emosi? contohnya aktiviti yang camne Syimir Izaan Ibnu Sazman???

Syimir Izaan Ibnu Sazman:
Haha. ko pergi je dulu. Baru suprise.hahha

Mohd Zaki Salleh:

Just nak share...  tips for the kem..  alhamdulillah.. tahun ni saya terpilih menerima biasiswa YTM ni.. Ok. sedikit tips for the camp. first of all, just jangan cepat emosi dengan apa fasilitator tu buat.. sebab die nak tengok cmne kite response dan kawal kite punya emosi.. just buat cool jep.. dan banyak aktiviti dia berunsurkan emosi..  sometimes die 'saiko'..  sometimes die main touching-touching.. haha.. seriusly best kat sana.. just enjoy the 3 days of the camp.. secondly.. as for the interview.. just prepare dengan personal info..  dan make sure jangan main tipu-tipu ar.. nanti confirm tak dapat jawab.. termasuk waktu kat kem tu..by the way.. kem tu memang best.. be yourself.. dan good luck.

Ashraf Syamim:
Dia tak semua la kan yang kat kem tu dapat interview tu??

Mohd Zaki Salleh:
Yapp...

Syimir Izaan Ibnu Sazman :
Nak dapat interview senang jep, tapi kalau nak dapat scholar tu, memang payah sikit. Zaki, ko ambik kos apa?

Mohd Zaki Salleh:

Foundation management.

Ashraf Syamim:
Jap2... last nak tanya nie... time pendaftaran baju formal or t-shirt biasa pun boleh?

Mohd Zaki Salleh:
haha.. time 'ana' pergi 'ana' pakai suar jeans jep.. huhu.. tapi digalakkan pakaian formal la.. best of luck!

Syimir Izaan Ibnu Sazman:
Haha. pakai formal la senang. hee. Si Asyraf nie, kos apa lak?

Ashraf Syamim:
Muahahahaha... SO MUCH FUNNN LA KEM TUUUU!!!!!!!!!!!!!! Syimir Izaan Ibnu Sazman... kos software engineering..

Syimir Izaan Ibnu Sazman:
Ouhh. haha. memang best pun kem tuu.. dah dapat panggilan interview, bagi tahu la...

Ashraf Syamim:
Hahaha... kalau dapat la kan,... tak dapat senyap-senyap je la.

Syimir Izaan Ibnu Sazman:
Haha. nak dapat interview senang je,tapi kalau nak dapat scholar tu, payah sikit la bagi budak engineering. nanti aku bagi tips2 kat ko la. dulu aku tak tau pon apa yang interviewer tu nak tanye ape, main redah je, last minute baru dapat hint. memang payahlah. So,tak dapat scholar tu. haha

Ashraf Syamim:
Haaa..kalau aku dapat nanti ko bagitahu la tips-tips dia..

Aldo Conrad:
Baru balik dari kem ni ha. kem tu, biasa-biasa je. relax. pandai-pandai bawa diri, tonjolkan diri. takda yang nak push.
[Pada 6hb Julai pukul 10.21 pagi ]

Rujukan:
Yayasan Telekom Malaysia

Soal: Kos di UKM Guna Bahasa Melayu?


Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS

Soalan ditanya Ashraf Syamim:

Help2... nak tanya... semua kos kat UKM memang dalam Bahasa Melayu (BM) ke??
[hari Isnin, pada pukul 1.16 pagi]

--------------------------------------
RESPON DARIPADA Ex-SBPIS

Pijie Yahya:
Universiti KEBANGSAAN Malaysia.. confirm2 BM.. tapi kalau ambil Pendidikan BI or TESLE , confirm in english.

Ashraf Syamim:

Ok2... aku tak tahu nak belajar science computer in Bahasa Melayu macam ne...xdpt bygkn...



Nur Hidayah Isa:
Aah dengar-dengar UKM memang in malay...

Pijie Yahya:
Ada ke yang senang bab-bab belajar ni?

Ashraf Syamim:
Tak la... kalau bahasa komputer belajar dalam BM kan payah tu... biasa dulu belaja dalam BI jer...

Nur Hidayah Isa:
Haah kan. banyak term-term yang kita dah biasa dalam BI. Susah gak kalau belajar dalam BM. Dapat 1 universiti je ke?

Ashraf Syamim:
Tahu tak apa... aah... 1 universiti jer...

Nur Hidayah Isa:
Ada gak yang dapat 2 kan...

Ashraf Syamim:
Memang ada... yang tu mana yang mohon USM sekali...


Shinichi Shiro:
Kod C++ guna BM error bai sebab C++ tak boleh baca BM. So, don't worry, explain jer BM, tapi term-term masih BI. =) Akak dah grad dah daripada UKM. Tiada masalah pun belajar guna bahasa ibunda sendiri.

Ashraf Syamim:
Jap... tak faham...

Shaikh Ali:
Haha

Ashraf Syamim:
Aku tak faham sebab akak tu ada sebut perkataan 'bai'... tu jer...hahaha

Shinichi Shiro:
Abaikan bai tu. hahaha tertaip secara spontan =)

Ashraf Syamim:
Hahaha.. ok2...lambat tangkap...

Ezzati Abdul Karim:

MEDIC UKM... English
(hari Isnin, pada pukul 11.51 ptg)

Rujukan : Laman WEB UKM

Selasa, 17 Julai 2012

Kenangan INTEL 2012 ke-5 (13-15 Julai 2012)

Assalamualaikum, pada 13-15 Julai 2012 telah diadakan program Interaksi Bersama Alumni (INTEL) di SBPI Selandar, Melaka yang telah diketuai oleh pengarah program, Saudara Mohammad Izuddin Azmi dan dibantu oleh Saudari Alyaa Sakinah. Di sini saya kongsikan beberapa gambar ihsan daripada fasilitator INTEL 2012 saudara Muhammad Asraf Mohamad Isa. Sebelum mendapat laporan penuh program, secara ringkasnya, gambar di bawah akan menceritakan keadaan ketika program sedang berlangsung sehingga selesai program. Alhamdulillah.































Untuk gambar-gambar lain, boleh juga lihat ke album INTEL 2012 dalam Fan Facebook di Halaman Alumni SBPI Selandar - Kredit to Muhammad Asraf Mohd Isa. Semoga para pelajar tingkatan 5 tahun 2012 mendapat suntikan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 nanti. Dan seterusnya dapat melakar kejayaan bagi memastikan kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi demi untuk mencapai cita-cita. Insya-Allah.

Sekian, Wassalam...

Sabtu, 14 Julai 2012

Taja: Cara Mohon Biasiswa Dalam Negara JPA

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan bagaimana cara untuk anda memohon atau mendapatkan biasiswa dalam negara yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) kepada anda yang layak. Di bawah saya sertakan panduan untuk memohon yang disediakan oleh JPA sendiri. 

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT Awam dan IPT Swasta bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.


INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERLIBAT:

(a) Universiti Malaya;
(b) Universiti Kebangsaan Malaysia;
(c) Universiti Putra Malaysia;
(d) Universiti Sains Malaysia;
(e) Universiti Teknologi Malaysia;
(f) Universiti Malaysia Sabah;
(g) Universiti Malaysia Sarawak;
(h) Universiti Utara Malaysia;
(i) Universiti Islam Antarabangsa;
(j) Universiti Teknologi MARA;
(k) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
(l) Universiti Teknikal Malaysia;
(m) Universiti Sains Islam Malaysia;
(n) Universiti Malaysia Terengganu;
(o) Universiti Malaysia Perlis;
(p) Universiti Malaysia Pahang;
(q) Universiti Darul Iman;
(r) Universiti Tenaga Nasional;
(s) Universiti Multimedia; dan
(t) Universiti Teknologi Petronas.
(u) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


IKLAN DAN PERMOHONAN
Iklan penajaan akan dikeluarkan dalam beberapa akhbar utama tempatan dan laman web JPA pada bulan Jun/Julai. Permohonan boleh dibuat secara aplikasi atas talian (online) secara percuma mulai tarikh iklan disiarkan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi peringkat Diploma dan 24 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama pada 1 Julai tahun tawaran; dan
(iii) Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi seperti di perenggan 2 dan
kursus/program tersebut mestilah diiktiraf oleh JPA.

(b) Syarat Khusus
(i) Bidang bukan Perubatan/Pergigian/Farmasi
- Pelajar lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 7 mata pelajaran;
- Pelajar lepasan STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya Prinsipal B dalam 4 mata pelajran;
- Pelajar lepasan STAM perlu mendapat sekurang-kurangnya 4 mumtaz dan 5 jayyidJiddan serta mempunyai kelulusan SPM.
- Pelajar lepasan Matrikulasi dan lepasan Diploma perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30.
- Matrikulasi : 3.30
- Diploma : 3.50
(ii) Bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi (Peringkat Ijazah Pertama)
- Pelajar dalam bidang-bidang tersebut tidak tertakluk kepada syarat khusus
seperti di perenggan 4(ii).


PENGHANTARAN DOKUMEN SOKONGAN

Pelajar yang telah mengemukakan permohonan secara aplikasi dalam talian (online) dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan sebelum tarikh
tutup permohonan iaitu :

(a) Salinan keputusan peperiksaan bagi pelajar lepasan Diploma/Alpha/Foundationdan (STPM, STAM, SPM dan Matrikulasi bukan tahun semasa); dan
(b) Bukti pendapatan keluarga (slip gaji atau Borang J).





PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan biasiswa dalam negara, sila hubungi pegawai berikut :

Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan
Datin Madinah bt Mohamad
03-88853005
(madinah@jpa.gov.my)

Timbalan Pengarah Cawangan Operasi
Encik Zainal Abidin bin Ahmad
03-8885 3010
zainalaa@jpa.gov.my

Ketua Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan
Encik Jamalulail bin Abu Bakar
03-8885 3426
jamalulail.bakar@jpa.gov.my

Urusan Penawaran Pelajar Dalam Negeri
Encik Andinor bin Anuar
03-88853380
andinor.anuar@jpa.gov.my

ALAMAT SURAT MENYURAT

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P PUTRAJAYA
(u.p : Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Talian Utama :03-8885 3000
Hot-line : 03-8885 3049
Faks :03-8881 0745
E-mel :lspdn@jpa.gov.my


Jumaat, 13 Julai 2012

Tarikh Penting Kemasukkan ke IPTA sesi 2012/2013


Assalamualaikum, setiap tahun akan ada kemasukkan ke IPT bagi para pelajar untuk menyambung pengajian mereka. Namun kadang-kala kita terlupa ataupun terlepas pandang perkara yang paling penting iaitu tarikh untuk kemasukkan atau pendaftaran ke IPT tersebut.Jadi pada hari ini, saya ingin mengingatkan kepada semua pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya pada tahun 2011 agar lebih peka dengan tarikh-tarikh tersebut.

Oleh yang demikian, saya kongsikan tarikh-tarikh penting yang saya rasakan perlu dijadikan peringatan kepada anda yang sedang menunggu keputusan atau pun untuk membuat persiapan masuk dan mendaftar di IPT-IPT yang terpilih. Insya-Allah ianya dapat mengingatkan anda dan dapat membantu untuk membuat persiapan yang lebih teliti dan terancang.

Tarikah yang Penting untuk masa terdekat ini ialah:


Tarikh pendaftaran pelajar Program Sijil dan Diploma Kemasukan ke TEVT (Politeknik) dan ILKA ialah pada  01 - 15 Julai 2012.

Tarikh pendaftaran pelajar baru Lepasan STPM/ Setaraf ke IPTA ialah pada  01 dan 02 September 2012.   






Diharapkan ini dapat membantu anda untuk lebih peka dengan tarikh-tarikh penting ini. Semoga anda sentiasa dipermudahkan urusan dalam menempuhi perjalanan pembelajaran yang lebih mencabar ini. Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 12 Julai 2012

INTEL 2012 Kembali Lagi

Assalamualaikum, pada 13, 14 dan 15 Julai 2012 ini akan berlangsung program tahunan Alumni SBPI Selandar iaitu Interaksi Bersama Alumni (INTEL) di SBPI Selandar, Melaka buat kali ke-5. Program pada kali ini akan dikelolakan oleh pengarah program, Saudara Mohammad Izuddin Azmi dan dibantu oleh Saudari Alyaa Sakinah. 

Program tahunan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai halatuju selepas SPM serta berkongsi pengalaman para alumni sama ada mereka yang telah menamatkan pengajian, atau pun masih dalam pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Oleh yang demikian, pihak alumni menjemput para alumni yang mempunyai kelapangan masa untuk hadir dan memeriahkan program ini dengan berkongsikan dan memberikan suntikan semangat kepada pelajar SBPI Selandar untuk lebih bersemangat bagi memburu kecemerlangan dan kejayaan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan yang akan datang.



Para alumni dialu-alukan datang walaupun sebentar untuk meluangkan masa sebagai sokongan kepada program ini yang diadakan selama tiga hari ini. Difahamkan berkemungkinan terdapat beberapa orang alumni yang sudah bergraduat akan hadir bagi berkongsikan pengalaman kejayaan mereka. Insya-Allah.

Sekian, diharapkan program INTEL 2012 kali ini akan dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan para alumni nanti. Saya mendoakan agar perjalanan program dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Insya-Allah.

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner