Selasa, 26 Mac 2013

Senarai 60 SBP mengikut Ranking SPM 2012 di Malaysia

Assalamualaikum, sekadar perkongsian, kedudukan terkini Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Daripada 60 buah SBP di Malaysia mengikut keputusan SPM yang telah diumumkan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012. 

Kedudukan sekolah ini adalah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) 2012. Untuk maklumat alumni SBPI Selandar, kedudukan SBPI Selandar untuk SPM pada tahun 2012 adalah ditangga yang ke 42 daripada 60 buah sekolah. Namun, GPS SBPI Selandar pada tahun 2012 adalah 2.0564 dan diharapkan ianya dapat dipertingkatkan lagi pada tahun 2013 nanti inshaAllah.

Ini bermakna, setiap keputusan yang diumumkan akan memberikan cabaran yang baru pada calon-calon yang akan datang bagi memastikan peningkatan daripada yang sedia ada atau pun sekurang-kurangnya dapat mengekalkan apa yang telah dicapai. Itulah cabaran yang agak sukar. Tetapi tidak mustahil.

Sumber maklumat yang diperolehi untuk kedudukan terkini SBP ini dirujuk daripada Facebook ini.

    Kedudukan / Nama Sekolah / GPS 2012 / GPS 2011 

  1. SEKOLAH SERI PUTERI 171 1.0422 0.9842
  2. SM SAINS TUANKU MUNAWIR 294 1.0620 1.1764
  3. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 133 1.1607 0.9230
  4. SM SAINS ALAM SHAH 288 1.1870 1.4357
  5. SEKOLAH TUN FATIMAH 149 1.2275 0.9390
  6. K. ISLAM SULTAN ALAM SHAH 323 1.2976 1.3553
  7. SBP INTEGRASI GOMBAK 182 1.3417 1.2214
  8. SM SAINS MUAR 313 1.4349 1.5782
  9. THE MCKK 139 1.4593 1.4579
  10. SM SAINS SULTAN MAHMUD 115 1.4928 1.4743
  11. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 170 1.5032 1.1155
  12. SM SAINS KUBANG PASU 182 1.5105 1.7889
  13. SM SAINS MUZAFFAR SYAH 144 1.5327 1.5117
  14. SM SAINS KUCHING 98 1.5327 1.8194
  15. SM SAINS HULU SELANGOR 187 1.5410 1.7331
  16. SM SAINS TAPAH 190 1.5719 Baru
  17. SEK TUANKU ABDUL RAHMAN 138 1.6755 1.3709
  18. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 128 1.6960 1.4508
  19. SM SAINS JOHOR 146 1.7003 1.5482
  20. SM SAINS KOTA TINGGI 142 1.7295 1.9143
  21. SM SAINS MACHANG 127 1.7527 1.6890
  22. SM SAINS SERI PUTERI 188 1.7575 1.6488
  23. SM SAINS REMBAU 198 1.7705 1.3006
  24. SM SAINS KUALA TERENGGANU 132 1.7862 1.8529
  25. SM SULTAN ABDUL HALIM 140 1.7924 1.6345
  26. SBP INTEGRASI RAWANG 168 1.8046 1.5281
  27. SM SAINS SELANGOR 133 1.8393 1.5927
  28. SM SAINS BAGAN DATOH 140 1.8516 1.6011
  29. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 142 1.8568 1.3747
  30. SM SAINS KEPALA BATAS 146 1.8608 1.9455
  31. SMAP KAJANG 155 1.8733 1.8264
  32. SM SAINS LAHAD DATU 102 1.8845 1.8230
  33. SMS TG MUHD FARIS PETRA 172 1.8966 1.5269
  34. SM SAINS TUANKU JA`AFAR 179 1.9069 1.8131
  35. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 136 1.9194 1.7893
  36. SM SAINS KUALA SELANGOR 174 1.9233 1.5681
  37. SBP INTEGRASI JEMPOL 155 1.9714 1.6416
  38. SM SAINS SABAH 105 2.0031 2.1303
  39. SM SAINS TENGKU ABDULLAH 140 2.0110 1.9303
  40. SBP INTEGRASI GOPENG 169 2.0294 2.1467
  41. SM SAINS PASIR PUTEH 162 2.0407 2.0000
  42. SBP INTEGRASI SELANDAR 169 2.0564 1.7763
  43. SM SAINS HULU TERENGGANU 168 2.0714 Baru
  44. SMS RAJA TUN AZLAN SHAH 169 2.0826 2.2329
  45. SM SAINS SULTAN ISKANDAR 166 2.1225 1.9024
  46. SBP INTEGRASI TEMERLOH 145 2.1259 1.9355
  47. SM SAINS MIRI 85 2.1281 1.8608
  48. SBP INTEGRASI KUBANG PASU 187 2.1703 1.7997
  49. SM SAINS LABUAN 80 2.1944 2.0362
  50. SMS TUN SY SHEH SHAHABUDIN 160 2.2702 2.4882
  51. SBPI TUN ABDUL RAZAK 154 2.3165 2.0353
  52. SBP INTEGRASI BATU RAKIT 128 2.3241 1.7082
  53. SM SAINS TELUK INTAN 138 2.3538 2.4284
  54. SM SAINS POKOK SENA 159 2.4486 2.2281
  55. SBP INTEGRASI KUANTAN 163 2.4664 2.0950
  56. SMS SULTAN MOHAMMAD JIWA 164 2.4746 2.1711
  57. SMS SULTAN HJ AHMAD SHAH 147 2.5014 2.3938
  58. SM SAINS DUNGUN 139 2.7316 2.4557
  59. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 152 2.7573 2.1966
  60. SULTAN HAJI AHMAD SHAH 161 2.8244 2.0980
Kejayaan yang datang adalah dengan usaha. Tidak semua rezeki akan diberikan segera. Mungkin rezeki kita lambat sedikit berbanding dengan orang lain.

Jadikan pembakar semangat untuk kita lebih berjaya lagi. InshaAllah.

Tajaan JPA ke Luar Negara (Tutup: 1 April 2013)

Assalamualaikum, mahu melanjutkan pengajian ke Luar Negara di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman? Peluang masih lagi terbuka untuk anda. Jom isi borang JPA ini untuk ke luar negara. Sebelum itu, berikut antara syarat umum untuk memohon tajaan ini. Sila perhatikan maklumat lanjut dahulu seperti di bawah.

Telah dibuka dari 25 MAC 2013 sehingga 1 APRIL 2013. Pastikan klik pada borang permohonan DALAM TALIAN di sini untuk terus memohon Tajaan daripada pihak JPA untuk program ke luar negara yang ditawarkan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TAJAAN PROGRAM KHAS JPA TAHUN 2013 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 (LIHAT SINI UNTUK PENUH)

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012; dan
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

II. Syarat-syarat khusus permohonan:-


Diharapkan semua maklumat yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan pembiayaan dan tajaan daripada JPA untuk melanjutkan pengajian di luar negara kelak. InshaAllah. Pasti berjaya.



Sekian, selamat mencuba.





Isnin, 25 Mac 2013

Biasiswa UNITEN Luar Negara Kemasukkan Mei 2013 (Tutup: 28 Mac 2013)

Assalamualaikum, mahu mencari penaja atau biasiswa untuk pengajian ke luar negara? Yayasan Tenaga Nasional menawarkan biasiswa untuk anda. Jom tengok apa yang YTN tawarkan. Sila pilih tawaran di bawah. Tarikh tutup adalah 28 Mac 2013. Jadi, cepat-cepatlah mohon ye. InshaAllah, ada usaha, ada rezeki. Jika mohon, ada ada dua jawapan. Kalau tak mohon, anda hanya ada satu jawapan.

Sila pilih tawaran dibawah :
1.Tawaran Biasiswa Luar Negara & UNITEN dan Pinjaman Boleh Ubah UNITEN bagi kemasukan Mei 2013
Tarikh Tutup Biasiswa                     : 28-3-2013
Tarikh Tutup Pinjaman Boleh Ubah : 03-04-2013
2.Tawaran Pinjaman Boleh Ubah IPTA bagi Kemasukan Feb 2013
Tarikh Tutup Pinjaman Boleh Ubah IPTA : 27-03-2013

BIASISWA YAYASAN TENAGA NASIONAL 2013
Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2013.

1) BIDANG PENGAJIAN

a) Program Universiti Luar Negara

(i) Ijazah Sarjana Muda:-
 Kejuruteraan Elektrik Kuasa
 Kejuruteraan Mekanikal
 Kejuruteraan Awam
 Perakaunan

b) Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

(i) Asas Kejuruteraan:-
 Kejuruteraan Elektrik Kuasa
 Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 Kejuruteraan Mekanikal
 Kejuruteraan Awam

(ii) Asas Bukan Kejuruteraan:-
 Sains Komputer
 Teknologi Maklumat
 Perakaunan
 Kewangan
 Pengajian Bisnes

2) SYARAT AM
a) Program Universiti Luar Negara
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2013
  2. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  3. Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  4. Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN




b) Program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  1. Berumur tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2013
  2. Sama seperti (2), (3) dan (4) di atas.
3) SYARAT & KELAYAKAN AKADEMIK
a) PROGRAM UNIVERSITI LUAR NEGARA

i) Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus peperiksaan SPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah


Perakaunan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • 3 subjek pilihan dari berikut:- Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi 
  • dan 1 subjek pilihan dari berikut:- Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah


Calon-calon yang terpilih akan mengikuti kursus persediaan dalam negara. 

ii) Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Lulus peperiksaan STPM 2012 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
  •  Pengajian Am
  •  Fizik
  •  Kimia
  •  Matematik T / Matematik Lanjutan T

Perakaunan
  •  Pengajian Am
  •  Perakaunan
  •  2 subjek pilihan lain

Serta lulus SPM 2010 dengan mencapai sekurang-kurangnya A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A serta mendapat aggregat tidak melebihi 5 (≤5) dalam 4 subjek berikut:-
  •  Bahasa Melayu
  •  Bahasa Inggeris
  •  Sejarah
  •  Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah 
b) PROGRAM UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
Lulus peperiksaan SPM 2012 dengan memperolehi sekurang-kurangnya A dalam subjeksubjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta mendapat sekurang-kurangnya A- dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan
 Bahasa Melayu
 Matematik Tambahan
 Fizik
 Kimia

Bukan Kejuruteraan
 Bahasa Melayu
 dan 3 subjek pilihan dari berikut:-
Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Pendidikan Islam / Pendidikan Moral / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

4) CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” laman web YTN seperti berikut:


5) TARIKH-TARIKH PENTING
 Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mac 2013.
 Sila semak laman web YTN bagi pemakluman perkara-perkara berikut :
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Bengkel Pemilihan Program Universiti Luar Negara mulai jam 2 petang, 1 April 2013
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Temuduga Program Universiti Luar Negara mulai jam 10 pagi, 8 April 2013 
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Bengkel Pemilihan Program UNITEN mulai jam 2 petang, 4 April 2013
  • Calon-calon yang disenarai pendek bagi Temuduga Program UNITEN mulai jam 10 pagi, 22 April 2013

Biasiswa FELDA 2013 Luar Negara (Tutup: 7 April 2013)


Assalamualaikum, mari cuba dapatkan Biasiswa daripada Felda Global Ventures Holding (FVGH) pula bagi sesiapa yang berminat dalam bidang yang tersenarai seperti (kejuruteraan, bioteknologi, perakaunan, kewangan, teknologi maklumat dan pemasaran antarabangsa. 
Permohonan ini dibuka sekarang sehingga 7 April 2013. Jangan berlengah lagi, isi dahulu. Peluang ada, mesti cuba. Sila lihat laman web FELDA dan iklan di bawah:-
Boleh KLIK di sini untuk terus ke borang permohonan ONLINE BIASISWA FELDA.




Felda Global Ventures Holding Berhad (FVGH) mempelawa pemohon-pemohon yang layak untuk memohon Biasiswa Felda Global Ventures 2013 bagi mengikuti pengajian di universiti ternama di luar negara di dalam bidang seperti berikut :
  1. Kejuruteraan
  2. Bioteknologi
  3. Perakaunan
  4. Kewangan
  5. Teknologi Maklumat
  6. Pemasaran Antarabangsa

Kelayakan Akademik

1. Kejuruteraan dan Bioteknologi
     Kelayakan Akademik:
  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Fizik/Kimia/Biologi dan mana-mana matapelajaran berkaitan dengannya.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.
2. Perakaunan, Kewangan, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Antarabangsa
    Kelayakan Akademik:
  • Keputusan SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya 9A termasuk subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik Moden/Perakaunan/Matematik Tambahan, Sains/Fizik/Kimia/Biologi dan Sejarah/Geografi.
  • Berumur tidak melebihi 18 tahun pada 31.12.2013.
  • Menonjolkan kemahiran kepimpinan melalui penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Terma dan Syarat

  • Jawatankuasa Pemilihan Felda Global Ventures Holdings Berhad berhak memilih calon-calon yang layak dan semua keputusan adalah muktamad.
  • Pemilihan kursus adalah terhad kepada jurusan yang ditawarkan dan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan berhak untuk meminda/menukar kriteria kelayakan bilamana perlu.
  • Calon-calon yang tidak layak, permohonan yang tidak lengkap dan permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Cara Memohon

  1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web http://www.feldaglobal.com/
  2. Permohonan secara online ini dibuka sehingga 7 April 2013.
  3. Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  4. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawabersama semasa menghadiri sesi temuduga.
  6. Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
  7. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk Biasiswa Felda Global Ventures 2013 akan ditutup pada 7 April 2013.
Selamat mencuba ya. Semoga berjaya mendapat pembiayaan daripada FELDA. Sekian, terima kasih.


Permohonan MARA Dalam dan Luar Negara 2013 (Tutup: 28 Mac 2013)


Salam, MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) telah membuka permohonan untuk mendapatkan biasiswa PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012 untuk tahun ini bermula pada 21 Mac 2013 sehingga 28 Mac 2013. Berikut maklumat berkaitan permohonan lepasan SPM dalam dan luar negara.

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bagi melanjutkan pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2013. 

Calon-calon yang berkelayakan akan mengikuti pengajian peringkat Persediaan ataupun Diploma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang tersenarai dalam pelbagai bidang yang ditawarkan MARA berdasarkan syarat-syarat berikut: 


1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN 

1.1 Terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia dimana salah seorang ibu ATAU bapa mestilah berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia. 

1.2 Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 buat kali pertama. 

1.3 Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama. 

1.4 Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. 


2.0 SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN MARA 

2.1 Sila rujuk kod pada Senarai Program dan Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 – Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang IPMa untuk tujuan rujukan, pemilihan program dan permohonan. 

2.2 MARA juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dimana terdapat kursus-kursus yang ditawarkan melalui MARA adalah di bawah penajaan JPA. Sila rujuk Senarai Program dan Syarat Program Khas Lepasan SPM 2012 Kerjasama MARA-JPA untuk tujuan rujukan, pemilihan program dan permohonan. 

3.0 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM 

3.1 Syarat kelayakan akademik minimum untuk mengikuti pengajian yang ditawarkan dinyatakan secara khusus di setiap program yang ditawarkan. 

3.2 Calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan minimum program tidak akan dipertimbangkan. 



4.0 PERMOHONAN 

4.1 Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my atau melalui laman Facebook rasmi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (www.facebook.com/Post-SPM-2013) mulai 21 Mac 2013 hingga 28 Mac 2013. 

4.2 Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 11 April 2013 di laman web MARA http://www.mara.gov.my atau di laman Facebook rasmi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (www.facebook.com/Post-SPM-2013). 

4.3 Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Program Diploma Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 10 Mei 2013 di laman web MARA http://www.mara.gov.my atau di laman Facebook rasmi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 (www.facebook.com/Post-SPM-2013). 

4.4 Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 28 Jun 2013 adalah dianggap tidak berjaya. 

5.0 PERTANYAAN 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi: 
Pengarah 
Bahagian Penganjuran Pelajaran 
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 
21 Jalan Raja Laut 
50609 Kuala Lumpur 
(u.p: Cawangan Penajaan - Unit Program Khas) 
Telefon : 03-2613 2044 / 2060 / 2120 / 2063 / 4372 / 2085 / 2110 / 2014 / 2075 / 2061 
Talian Teknikal : 03-2613 2044 / 2060 / 2120 / 2063 
Waktu pejabat : 9.00 pagi hingga 5.00 petang 
Email : infobpp@mara.gov.my 


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
PROGRAM PENAJAAN KHAS JPA
UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2012 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2012; dan
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
II. Syarat-syarat Khusus Permohonan:-



Untuk Dapatkan salinan syarat-syarat di atas, sila klik di sini.

Semoga permohonan anda berjaya. Sekian, terima kasih.



Biasiswa Telekom Malaysia (TM) (Tutup: 30 Mac 2013)

Anda lepasan SPM 2012? Mahukan kelainan? Biasiswa Yayasan TM menawarkan biasiswa dalam dan luar negara untuk anda yang mahu melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dengan biasiswa TM.

Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan Biasiswa TM. Dibuka dari 21 Mac 2013 sehingga 30 Mac 2013. MOHON DI SINI.

KLIK SINI UNTUK BORANG LUAR NEGARA
KLIK SINI UNTUK BORANG DALAM NEGARA



Tawaran Biasiswa Yayasan TM 2013 bagi peringkat pengajian tinggi.

Yayasan TM komited untuk membina negara menerusi kecemerlangan pendidikan.
Yayasan TM dengan sukacitanya ingin mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia tahun 2013.


Borang Permohonan
Syarat dan Kelayakan Memohon
PENGAJIAN DALAM NEGARA (Klik di sini)
1. Peringkat Pra Universiti (Universiti Multimedia)
2. Peringkat Diploma (Universiti Multimedia & Kolej Multimedia)
3. Peringkat Ijazah Pertama
PENGAJIAN LUAR NEGARA (Klik di sini)
1. Peringkat Pra Universiti
2. Peringkat Ijazah Pertama
KEMASKINI PERMOHONAN ANDA (Klik di sini)

Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi pegawai kami yang berikut:

Bahagian Penajaan:
1. Khairul Izam Kamsiran (03-2240 1582)
2. Norliana Yunos (03-2240 0635)
3. Ihsan Said (03-2240 1594)
4. Mohd Rozaimi Ariff Arshad (03-2240 0661)


Bantuan Teknikal/Sistem:
1. Abdul Salam Musa (03-2240 1273)
2. Noraini Mansor (03-2240 1744)

Tarikh tutup permohonan dalam talian : 30 Mac 2013




Biasiswa Dalam Dan Luar Negara

Yayasan TM mempelawa pelajar-pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum untuk memohon Biasiswa Yayasan TM bagi mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara.

Biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bidang/kursus Kejuruteraan, Pengurusan dan Teknologi Maklumat peringkat pengajian seperti berikut:
  1. Biasiswa Persediaan ke Luar Negara
  2. Biasiswa Ijazah Pertama ke Luar Negara
  3. Biasiswa Pra-Universiti (Alpha) di Universiti Multimedia (MMU)

  4. Biasiswa Diploma di Universiti Multimedia (MMU)
  5. dan Kolej Multimedia (MMC)
  6. Biasiswa ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Kelayakan & Syarat Permohonan

Pengajian Luar Negara
  • Peringkat Pra-Universiti

    1. o Terbuka kepada lepasan SPM 2012.
      o Memperolehi A dalam 8 subjek termasuk 5 subjek wajib berkaitan kursus*
  • Peringkat Ijazah Pertama

    1. o Kelulusan cemerlang di peringkat A-Level, Matrikulasi atau kelayakan yang setaraf.

Pengajian Dalam Negara
  • Peringkat Pra-Universiti di Universiti Multimedia

    1. o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 sahaja.
      o Memperolehi minima A dalam mana-mana 4 subjek wajib berkaitan kursus*
  • Peringkat Diploma di Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Multimedia (MMC)

    1. o Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun satu peringkat Diploma.
      o Memperolehi minima B dalam 5 subjek wajib berkaitan kursus* atau minima CGPA 3.00
  • Peringkat ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

    1. o Kululusan cemerlang di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma atau kelayakan yang setaraf.
      o Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3.
Perhatian: Sila gunakan keputusan CGPA yang terkini sekiranya keputusan akhir masih belum di perolehi.

*Subjek Wajib Mengikut Bidang/Kursus


Bidang Pengajian/Kursus


Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
    o Bahasa Inggeris
    o Matematik
    o Matematik Tambahan
    o Fizik
    o Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan

Pengurusan
    o Bahasa Inggeris
    o Matematik
    o Matematik Tambahan/Fizik/Kimia/Teknologi Maklumat/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/Biologi/Sains.
    o Geografi/Ekonomi Asas/Prinsip Ekonomi/Prinsip Akaun/Perdagangan/Sejarah.

Cara Memohon
Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web Yayasan TM. Calon lepasan SPM hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan. Calon hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.

Semoga berjaya anda semua. Sekian, terima kasih.

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) (Tutup: 28 Mac 2013)

Permohonan untuk Biasiswa Bank Negara Malaysia Sesi Akademik 2013 / 2014 telah dibuka untuk calon lepasan SPM 2012 daripada 17 Mac 2013 sehingga 28 Mac 2013 (7 hari selepas keputusan SPM 2012 diumumkan).
Sistem permohonan dalam talian untuk Biasiswa BNM 2013 / 2014 akan dibuka kepada umum mulai jam 10 pagi hari Ahad 17 Mac 2013. Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan, bidang pembelajaran dan cara memohon, sila layari laman berikut untuk memohon: http://bit.ly/BNM_Scholarship2013
Iklan Biasiswa Bank Negara adalah seperti di bawah:-

Antara maklumat lanjut berkaitan biasiswa ini adalah seperti berikut (MAKLUMAT LANJUT):-
A. Pre-University (Kijang Emas & Kijang scholarship)
(Application will be closed 7 days after the SPM 2012 results is released)Click here to apply ]
Cambridge A-Level and American Degree Foundation Program

For the Pre-University level, there are two (2) types of scholarship available for eligible candidates:
Kijang Emas Scholarship
Kijang Emas scholarship is awarded to the top SPM 2012 students.
The Kijang Emas recipients are given the freedom to pursue their own field of study in top universities in any country of their choice.
Requirements for Kijang Emas Scholarship include:
  1. Straight A+ in 2012 SPM examination
  2. Not exceeding 19 years of age on 1 July 2013
  3. Strong leadership qualities, high teamwork capabilities, excel in both extra-curricular activities and sports
  4. Exceptional interpersonal and communication skills
Sponsorship to pursue Bachelor Degree (Honours) will be extended subject to meeting the Bank's approved criteria.
Kijang Scholarship
Kijang scholarship is awarded to eligible individuals to pursue pre-university and subsequently undergraduate studies in Economics, Accounting, Finance, Actuarial Science and Law at selected leading universities locally and globally.
Requirements for Kijang Scholarship include:
  1. Minimum 8As (A and A+ only) in 2012 SPM examination
  2. Not exceeding 19 years of age on 1 July 2013
  3. Strong leadership qualities, high teamwork capabilities, excel in both extra-curricular activities and sports
  4. Exceptional interpersonal and communication skills
Sponsorship to pursue Bachelor Degree (Honours) will be extended subject to meeting the Bank's approved criteria.
 
B. Undergraduate (Honours) 
(Application will be closed 7 days after the SPM 2012 results is released)Click here to apply ]

The Undergraduate Scholarship is awarded to eligible individuals to pursue, or are currently pursuing Undergraduate studies in Economics, Accounting, Finance, Actuarial Science and Law at selected leading universities locally and globally.
Candidates must fulfill the following minimum requirements:
  1. STPM / A-Level - at least 2 A and 1 B ; or
  2. Diploma / Matriculation - Cumulative Grade Point Average (CGPA) of at least 3.50 ; or
  3. South Australian Matriculation - ATAR of at least 85% ; or
  4. American Foundation Program - SAT1 score of at least 1200 ; or
  5. For candidates currently pursuing Undergraduate - Current CGPA of at least 3.50
  6. Passed SPM with credits in Bahasa Melayu and English subjects
  7. Not exceeding 25 years of age on 1 July 2013
  8. Obtained a conditional offer to pursue Undergraduate studies in 2013 from the Bank's list of approved universities
Additional requirements include:
  1. Strong leadership qualities, high teamwork capabilities, excel in both extra-curricular activities and sports
  2. Exceptional interpersonal and communication skills
 
C. Postgraduate (Master and PhD) 
(Application will be closed 7 days after the SPM 2012 results is released)
Click here to apply ]

The Postgraduate Scholarship is awarded to eligible individuals to pursue, or are currently pursuing Postgraduate studies in the following field of studies at selected leading universities locally and globally:
  1. Economics
  2. Econometrics
  3. Monetary Economics
  4. International Economics
  5. Banking and Finance
  6. International Finance
  7. Quantitative Finance
  8. Law
  9. Banking and Finance Law
  10. International Law
  11. Risk Management
  12. Forensic Accounting
  13. Islamic Finance
Candidates must fulfill the following minimum requirements:
  1. Obtained a First Class (Honours) Bachelor / Master's Degree from recognised local and overseas universities
  2. Not exceeding 30 years old for Master and 35 years old for PhD on 1 July 2013
  3. Passed SPM with credits in Bahasa Melayu and English subjects
  4. Obtained a conditional offer to pursue postgraduate studies in 2013 from the Bank's list of approved universities
Additional requirements include:
  1. Strong leadership qualities, high teamwork capabilities, excel in both extra-curricular activities and sports
  2. Exceptional interpersonal and communication skills
 
Those who fulfilled the minimum requirements are required to apply online via Bank Negara Malaysia's website. For postgraduate application, please submit one (1) page thesis summary of your proposed research to the following address:
Scholarship Section
Strategic Human Capital Department, Level 11C
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Only shortlisted candidates will be notified for interviews

Pengambilan UTP Mei 2013 (Tutup: 29 Mac 2013)

Assalamualaikum, mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Malaysia? Ini iklan untuk kemasukkan ke UTP 2013. Akan dibuka daripada 21 Mac 2013 sehingga 29 Mac 2013.

Peluang Pendidikan Bertaraf Dunia Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), sebuah universiti bereputasi tinggi dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, kini mempelawa pelajar-pelajar yang layak untuk menyertai program pengajian asas dan program sarjana muda di UTP untuk pengambilan Mei 2013.

Kami menyediakan platform untuk anda mengikuti persekitaran pembelajaran yang unggul termasuk 7 bulan latihan industri berstruktur dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam program-program Kejuruteraan dan Teknologi yang menepati keperluan industri. Lebih daripada 90 peratus daripada graduan kami ditawarkan pekerjaan di dalam dan di luar negara dalam jangkamasa 6 bulan selepas tamat pengajian.

SILA MOHON DI SINI. BORANG PERMOHONAN.


Semoga anda mendapat peluang di tempat yang anda impikan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. InshaAllah. Sekian, selamat memohon.

Ahad, 24 Mac 2013

Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SSP1M) Untuk Degree dan Master (Mula 2013)

Salam, satu lagi peluang pembiayaan daripada Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M) untuk pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Jika anda mahukan pembiayaan tambahan, anda bolehlah memohon bantuan ini.

Bantuan kewangan tambahan kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke arah ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang berkualiti dalam bidang-bidang dan kursus-kursus yang diakredetasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di institusi pengajian tinggi awam atau swasta tempatan seperti yang disenaraikan dalam SETARA '11 atau setaraf dan di universiti terkemuka di luar negara (100 teratas dalam senarai QS). Bantuan kewangan tambahan ini akan bertindak sebagai dana "top up" kepada dana atau biasiswa yang sedia ada.


Sedikit Maklumat

Pinjaman ini layak untuk:-
  • Semua warga Malaysia dan 
  • Tiada cagaran serta 
  • Mempunyai penjamin maksimum 2 orang.

Jumlah pembiayaan: Jumlah sebenar yang perlu dijamin adalah sama dengan kos tuisyen sebenar ditolak pinjaman PTPTN dan biasiswain / geran / pinjaman / simpanan.

Jumlah pinjaman maksimum bagi program:

  • RM150k untuk Perubatan (Klinikal, Penerbangan Perubatan, Pergigian)* dan Farmasi (lepasan ijazah).
  • RM100K untuk Perniagaan dan Perundangan (Kewangan, Perbankan, Insurans, Perakaunan dan Percukaian, Undang-undang dan Undang-undang Syariah), Kejuruteraan, Seni Bina, Sains dan Sains Komputer **

* Surat Pekeliling daripada Ketua Pengarah Kesihatan Bil 15/2012
** Seperti yang dinyatakan dalam Kod Pendidikan Nasional


Tempoh bayaran balik: Sehingga kepada 20.5 tahun (termasuk, sehingga 5 tahun tempoh pengajian, sehingga 6 bulan tempoh tangguh dan tempoh pembayaran balik sehingga 15 tahun).


Untuk Maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di bawah:-

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) adalah sebuah skim berunsurkan dana 'top up' kepada dana atau biasiswa sedia ada yang akan memanfaatkan golongan pelajar rakyat Malaysia. Skim ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan tambahan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang layak untuk meneruskan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang berkualiti di universiti tempatan dan luar negara. Skim ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak pada 6 Februari 2013.
Iklan SPP1M: Sila klik di sini.
Lampiran fakta: Sila klik di sini.
Senarai Universiti dan Kolej Universiti yang disenaraipendek untuk SPP1M:
• Tempatan – Tier 4 & 5 dari senarai ini.
• Luar negara – 100 teratas dari senarai ini.
Soalan lazim: Sila klik di sini.
Terma dan syarat umum SPP1M: Sila klik di sini.
Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan daripada www.maybank2u.com.my.
Untuk maklumat lanjut mengenai SPP1M, sila emelkan ke spp1m@penerajuedu.com.

Selamat memohon kepada yang layak. Semoga dipermudahkan urusan anda. InshaAllah.

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner