Sabtu, 6 Julai 2013

Biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) (Tutup: 10 Julai 2013)

Assalamualaikum, anda mahu mendapatkan tajaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara? Saya kongsikan satu peluang untuk anda semua tajaan daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) yang telah dibuka dan akan ditutup pada 10 Julai 2013 yang mana selepas tamat pengajian, anda akan mendapat peluang kerja selama 10 tahun mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Antara kriteria yang dilihat adalah seperti yang tertera di bawah, dan tajaan dalam pelbagai bidang antaranya Perniagaan (Bussiness), Kejuruteraan, Undang-undang, Matematik dan ICT. Boleh dapatkan borang pada link yang diberikan di bawah.

BORANG PERMOHONAN: Click here to download the application form 
Laman Web Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

The candidates must fulfill the following general criteria:-
Citizen of Malaysia
Age at least 17 years old and not more than 23 years old.
Obtained straight As in Sijil Pelajaran Malaysia or equivalent.
Completed Pre-university/Foundation/Matriculation/ Diploma program and achieved at least 3As for A-Level program or minimum CGPA of 3.50 for Pre-University/ Foundation/Matriculation/Diploma studies.
Has secured a placement in selected leading overseas university in the preferred discipline.
Possess good interpersonal and communication skills.
Ability to demonstrate leadership qualities and potential.
Actively involved in extra-curricular activities and sports.
Applicants must not be a recipient of any other scholarship or award from other organizations/foundations.
To provide one surety.

Scholarship will be offered to students pursuing the following fields of study recognised by Malaysian Qualifications Agency (MQA):-
Business: Accounting, Banking & Finance, Business Administration, Human Resource Management, Economics.
Engineering and Technology: Engineering, Information Systems, Information and Communication Technology (ICT).
Other Banking-related Study: Law, Mathematics, Statistics.

Upon completion of studies, scholarship recipients will be bonded to serve the Bank for 10 years.

They will have the opportunity to undergo Graduate Development Programme and experience work exposure through internship within the various functions and subsidiaries of the Bank.




Click here to download the application form 

Submit your application form to us by 10 July 2013 to scholarship_app@bpmb.com.my or to the address below:

MALAYSIA DEVELOPMENT BANK SCHOLARSHIP AWARD 2013
Level 20, Menara Bank Pembangunan, Bandar Wawasan, No 1016 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

(only shortlisted candidates will be notified for interview)

Isnin, 1 Julai 2013

INTEL 13 Bantu Halatuju Pelajar

Alhamdulillah, program tahunan alumni Interaksi Bersama Alumni 2013 (INTEL 13) pada tahun ini telah berjalan dengan jayanya walaupun dalam keadaan cuaca berjerebu. INTEL 13 pada kali ini telah disusun oleh Batch SPM 2009 yang diketuai oleh saudara Afiq Muizzuddin bersama-sama rakan seangkatan dengannya untuk pelajar tingkatan 5 untuk SPM 2013. Tidak lupa juga dibantu oleh batch SPM 2010 yang mana mengikut perancangan awal akan menjalankan interaksi bersama para pelajar PMR 2013 namun disebabkan keadaan cuaca yang berjerebu, program bersama pelajar tingkatan 3 tidak dapat dijalankan.

Kekangan cuaca sememangnya tidak menjadi halangan kepada Alumni untuk melakukan program yang dirancangkan walaupun terpaksa dijalankan hanya di dalam dewan. Perancangan awal alumni sememangnya amat membantu dalam kelancaran program ini.


Secara ringkas, beberapa pengisian telah dibuat antaranya pendedahan mengenai perkongsian haluan selepas SPM, perkongsian persediaan untuk temuduga bagi mendapatkan biasiswa, perkongsian pengalaman ketika di IPT, perkongsian bidang dan kos yang berkaitan, membina minda yang kreatif dan inovatif, dan peringatan untuk menjadi seorang yang lebih bersahsiah tinggi. 



Perjalanan program yang santai membuatkan para pelajar lebih seronok dan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pelbagai maklumat daripada para alumni yang hadir daripada pelbagai latar belakang kos yang mereka pelajari. Antaranya dalam bidang kejuruteraan, kedoktoran, perakaunan, sains biologi, perundangan, penerbangan, sains aktuari, dan juga perkapalan. Kesemua alumni dilihat tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkaitan malah lebih bersemangat demi membantu adik-adik agar lebih jelas akan hala tuju pada masa yang akan datang.


Penglibatan alumni daripada pelbagai peringkat batch juga menjadikan INTEL 13 kali ini lebih menarik dan lebih menjadikan para pelajar teruja dengan kesungguhan para alumni yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program ini atas dasar kebertanggungjawaban untuk menyumbang kepada masyarakat. Hal ini diharapkan dapat memastikan agar prestasi sekolah akan dapat terus dikekal dan dipertingkatkan setiap tahun dengan sumbangan yang diberikan pihak alumni.


Para pelajar dilihat lebih bersemangat dan lebih mesra apabila dapat berinteraksi dengan para fasilitator yang hadir membantu mereka di dalam LDK walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Dan diharapkan ianya akan menjadi satu titik permulaan untuk adik-adik tingkatan 5 bagi menempoh peperiksaan SPM 2013 kelak. Program yang ditutup dengan ucapan ringkas oleh HEM Cikgu Ramli dan penyampaian cenderahati kepada semua fasilitator INTEL 2013 telah dilangsungkan secara ringkas dan santai sahaja. 

Kami pihak ALUMNI mendoakan agar anda semua dapat mengekalkan momentum semangat yang telah diperolehi sepanjang INTEL ini untuk menempuhi peperiksaan SPM dan juga untuk menghadapi laluan selepas SPM yang akan datang. Semoga doa yang dibacakan oleh saudara Tariq khas untuk adik-adik tingkatan 5 yang telah diaminkan bersama-sama akan dimakbulkan Allah dengan syarat usaha perlulah dilakukan seniring dengan doa kepada Allah s.w.t. InshaAllah. Akhir kata. 

Selamat berjaya dan selamat berjumpa di puncak kejayaan. Amin...

Untuk gambar sepanjang program INTEL 2013, anda bolehlah ke FB Alumni SBPI Selandar di SINI.

Sekian, Terima kasih.  


Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner