Ahad, 24 Ogos 2014

Lebih 36 Senarai Tawar Biasiswa Tahun 2014

Assalamualaikum, sedikit maklumat jika masih belum terlambat kepada adik-adik sekalian untuk mendapatkan biasiswa bagi pengajian dan pembiayaan anda tahun 2014. Mohonlah jika layak dan cubalah jika belum mencuba ye. Rezeki itu ada di mana-mana, jika anda sudah berusaha pasti belum tahu keputusannya. Jika belum berusaha, sudah tahu keputusannya.

Bagi memudahkan adik-adik yang bakal memasuki Universiti. Berikut senarai biasiswa, anda boleh mohon. Jangan takut untuk mohon. Rezeki Allah yang bagi.

1. JPA (http://esilav2.jpa.gov.my/)
2. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (www.yayasantar.org.my)
3. Albukhari scholarship award
4. Shell (http://www.shell.com.my/)
5. UEM (http://www.uem.com.my/social/scholarship.html)
6. Sime Darby (http://www.simedarby.com/ )
7. TM (http://ytm.tm.com.my/)
8. TNB (http://yayasan.tnb.com.my/sam/)
9. SCM (http://www.sc.com.my/)
10. PNB (http://www.pnb.com.my/ )
11. Gamuda Berhad (www.gamuda.com.my)
12. 8 TV scholarship fund
13. Putra Foundation Fund 2012
14. Yayasan Pelajaran Mara (http://jadypm.edu.my/)
15. Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)
16. JAKIM (http://www.islam.gov.my/ )
17. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (www.sabah.gov.my/jpan)
18. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (www.psc.sarawak.gov.my)
19. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor www.selangor.gov.my
20. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (www.biasiswa.sabah.gov.my)
21. Pusat Zakat Sabah www.zakat.sabah.gov.my
22. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (www.maiamp.gov.my)
23. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak (www.perak.gov.my)
24. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (tapem.melaka.gov.my)
25. Lembaga Zakat Selangor (www.e-zakat.com.my)
26. Bank Rakyat Malaysia Berhad (www.yayasanbankrakyat.com.my)
27. Yayasan Negeri Sembilan (www.yns.gov.my)
28. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia (www.mosti.gov.my)
29. Yayasan Pahang (www.yp.org.my)
30. Yayasan Sabah (www.ysnet.org.my)
31. Yayasan Selangor (www.yayasanselangor.org.my)
32. Yayasan Terengganu (www.ytrg.terengganu.gov.my)
33. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN ) (www.yakin.kelantan.gov.my)
34. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ ) (www.johordt.gov.my/ypj)
35. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (yayasansarawak.org.my)
36. Biasiswa Yayasan Tun Rahah (www.yayasancemerlang.org.my)


Sekian, selamat mencuba.

Ahad, 3 Ogos 2014

Alumni SBPI Selandar Dalam Rancangan Saham-saham Akhirat 2014 Episod 3

Salam Eidulfitri, untuk perkongsian pihak alumni mengucapkan tahniah kepada alumni SBPI Selandar Kauthar Ruslan pelajar perubatan di Jordan yang terlibat dalam menjadi sukarelawan untuk menziarah dan membantu pelarian Syiria di Jordan di dalam Rancangan Saham-saham Akhirat Episod 3 pada 30 Julai 2014 di TV3. 

Sekadar berkongsi aktiviti dan perkembangan alumni kita di seluruh dunia. Pihak Alumni amat mengalu-alukan sumbangan maklumat daripada anda semua untuk berkongsikan perkembangan rakan-rakan alumni untuk dikongsikan kepada semua sebagai satu sokongan kepada mereka dan pendorong kepada alumni lain untuk menyumbang dalam pelbagai bidang.


Sedikit rakaman yang sempat saya ambil daripada rancangan tersebut. Rakaman penuh boleh didapati di tonton - Saham-saham Akhirat 2014 - Episode 3 untuk rancangan penuh.

Berikut sedikit saya kongsikan sedikit rakaman.


Rakaman penuh boleh didapati di tonton - Saham-saham Akhirat 2014 - Episode 3 untuk rancangan penuh

Semoga menjadi pendorong kepada yang lain untuk terus menyumbang kepada masyarat di seluruh dunia khususnya di bumi Malaysia ini. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.



Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner