Sabtu, 24 Oktober 2009

Bajet 2010 untuk Mahasiswa

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sektor pendidikan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkannya dalam Bajet 2010 berkata, kerajaan akan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya.

"Mereka ini akan dipilih untuk dihantar ke 10 buah universiti terbaik dunia.

"Kerajaan juga akan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

"Bagi golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah kerajaan akan memberi diskaun 50 peratus bagi perhidmatan keretapi KTMB jarak jauh kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas selagi mereka bertaraf pelajar," katanya.

Najib menambah, pelajar-pelajar ini akan diberikan kad diskaun pelajar 1Malaysia percuma melalui KTMB dan diskaun tambang ini akan bermula pada 1 Januari 2010.

"Kerajaan, akan turut menawarkan pakej netbook termasuk perkhidmatan broadband percuma kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun.

"Pakej ini adalah jauh lebih murah daripada harga semasa di pasaran dengan prioriti diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah," kata Najib lagi.

Najib menambah, sebagai permulaan, pakej tersebut akan ditawar oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula pada 1 Januari 2010.


Sumber : http://mstar.com.my/

Selasa, 13 Oktober 2009

Tahniah, Pelajar Cemerlang ex-SBPIS SPM 2005

Pelajar Cemerlang ex-sbpis spm 2005 PUTERI AZIZAH MEGAT ZAINON.
Sumber :Bernama

Seramai 266 Graduan PPUM Terima Diploma Pada Konvokesyen UM
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Seramai 266 graduan menerima Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di majlis konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-4 yang disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, 23 menerima diploma lanjutan iktisas kejururawatan, 25 diploma teknologi makmal perubatan, 23 diploma radiografi dan 195 orang menerima diploma kejururawatan.

Tuanku Zara turut menyampaikan anugerah cemerlang kepada enam graduan dalam bidang masing-masing.

Seorang graduan cemerlang diploma teknologi makmal perubatan, Puteri Azizah Megat Zainon, 21, berkata minat yang mendalam terhadap bidang perubatan dan subjek Sains sejak di bangku sekolah telah membuatkan beliau tekad mengikuti pengajian dalam bidang itu.

Puteri Azizah yang berasal dari Sepang, Selangor dan sering mendapat anugerah dekan berkata berbekal cita-citanya ingin berkhidmat kepada masyarakat menjadi faktor utama beliau mengikuti pengajian selama tiga tahun itu.

“Saya gembira dan bangga dianugerahkan sebagai graduan cemerlang. Ini semua berkat dorongan ibu-bapa dan bantuan pensyarah. Saya berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini ke peringkat ijazah,” katanya di sini, hari ini.

Bagi Armidawati Arifuddin, 22, graduan cemerlang yang menerima diploma kejururawatan pula berkata minat terhadap bidang itu mula bercambah ketika awal pengajian.

“Saya sebenarnya tidak begitu berminat dalam bidang ini tetapi lama-kelamaan, saya dapati bidang ini menarik dan sekaligus saya dapat berkhidmat, membantu masyarakat yang memerlukan penjagaan dan rawatan.

“Saya akui pada awalnya saya menghadapi tekanan dan kesukaran untuk memahami apa yang diajarkan tetapi atas bantuan pensyarah yang tak jemu mengajar, saya kini buktikan bahawa saya mampu melakukannya,” katanya.

Graduan dari Kluang, Johor ini berhasrat menyambung pengajian ke peringkat ijazah.

– BERNAMA

Jumaat, 9 Oktober 2009

"SENDING OFF" TN HJ BAHARUDIN HUSIN

Aku terkaku seketika apabila membaca posting terbaru di SBPI Selandar BLOG,
Baru kutahu, baru kusedari, baru ku terfikir kembali,
yang perpisahan itu pasti,
guru yang ku rasa amat dekat di SBPI Selandar,
antara tokoh pengasas SBPI Selandar,
yang sinonim dengan SBPI Selandar,
Cikgu yang anak muridnya mesra memanggil Cikgu Bahar telah
berpindah ke SMS Rembau(Sekolah Menengah Sains Rembau), N9..

Untuk menggalas tanggungjawab sebagai PK Akademik di sekolah baru.
Kami anak didikmu mengucapkan tahniah cikgu.

Macammana aku boleh terlepas berita ini,,
Namun yang pasti perpindahan Cg Baha membuatkan SBPI Selandar kembali sepi
tatkala ramai guru-guru yang bersemangat tinggi mencurahkan bakti juga
telah berpindah.
Teringat dahulu,
tatkala matahari menjengah di waktu pagi,
pasti Cg Baha ada untuk menggerakkan anak didiknya ke sekolah.
Senyuman Cg Baha sentiasa terukir walaupun mungkin ada
1001 kerisauan terhadap masa depan anak didik SBPI Selandar.
Namun, aku juga terasa berbangga..
Apabila penat lelah Cg Bahar dan guru-guru yang lain
dalam mencurahkan pengalaman, memperlihatkan
anak didik SBPI Selandar yang berada di pelusuk negara dan dunia
menimba ilmu setinggi yang mungkin dalam pelbagai bidang.

Terima Kasih Cg Baharuddin atas pengorbananmu.
Dirimu akan terus terukir dalam doa kami.
Ingat Kami dalam doamu.

Di bawah ini aku sertakan posting dari Blog SBPI Selandar :



Tarikh 1 OKTOBER 2009, merupakan tarikh Tuan Hj Baharudin PK HEM SBPIS ke SMS Rembau Negeri Sembilan sebagai PK Akademik .Warga SBPIS mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan diharapkan beliau dapat menjalankan tugas dengan jayanya dan cemerlang. Pada 5 OKTOBER pula, merupakan beliau diberi penghormatan yang terakhir di SBPIS dengan satu majlis "SENDING OFF" dan juga pemberian cenderamata dan salam salaman guru dan murid.

p/s : Kepada mereka yang ingin membuat ucapan penghargaan, atau apa-apa sahaja ucapan kepada cg Bahar bolehlah tulis di ruangan komen.

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner