Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Grafik Persediaan Ke Gerbang Perkahwinan

Imej
Assalamualaikum, Alhamdulillah semakin ramai yang sudah mendapat seru mendirikan rumah tangga. Mudah-mudahan murahlah rezeki pasangan-pasangan alumni yang telah berusaha ke arah kebaikkan di samping mengamalkan sunnah Rasulullah sallallahualaihiwassalam dan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga perkahwinan yang didirikan akan terus berbahagia dan dipanjangkan jodoh untuk bersama sehingga ke akhir hayat. Secara kasarnya seakan-akan mudah untuk mendirikan rumah tangga. Namun, ianya tidak seperti yang disangka.  Apa kata saya kongsikan satu ilustrasi grafik secara kasar bagaimana persediaan yang perlu dilakukan untuk menjalankan majlis perkahwinan seperti kebiasaan adat Melayu di Malaysia. Semoga memberikan kita peringatan dan juga idea untuk memulakan langkah mendirikan masjid. Insya-Allah.

Biasiswa SONY EMCS (M) Untuk Tahun Kedua dan Ketiga (Tutup: 28 September 2012)

Imej
Satu lagi biasiswa tajaan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk semua warganegara Malaysia yang berusia di bawah 25 tahun. Terbuka untuk semua yang sedang meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan juga IPTS untuk Tahun Kedua atau Tahun Ketiga pengajian. Sila rujuk Iklan di bawah:- Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. has over the years attained an outstanding reputation in the  global audio visual electronics industry. Our products have positively touched the lives of our precious consumers, pushing technology forward and making life more enjoyable and exciting. Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. is the place for talented people to bring out their creativity and  technological  skills  to  the highest  potential. We  place  high  value on diversity of  skills,  experience  and cultural  background  in  contributing  to  our  dynamic,  creative  &  enthusiastic  team.  With  this,  we  offer  scholarships and  career opportunities  for  students  who can channel  their unique  talent

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (Tutup 30 September 2012)

Imej
Kepada para alumni yang masih mencari dan mahu mendapatkan bantuan pelajaran untuk meneruskan pengajian, apa kata lihat dahulu tawaran daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman yang masih dibuka sehingga 30 September 2012 ini di sini. BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN Bantuan pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama. Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang daripada golongan miskin bagi menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). SYARAT-SYARAT PERMOHONAN (i) Warganegara Malaysia. (ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA. (iii) Berlatarbelakang keluarga miskin. (iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasio

Pengesanan Graduan Sebelum Konvokesyen 2012

Imej
Assalamualaikum, kepada semua yang bakal bergraduate di dalam negara, anda sebenarnya perlu menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen di institusi anda. Sila masuk login ke Link berikut Kajian Pengesanan Graduan 2012 :- Soal selidik ini sangat mudah untuk diisi dan tidak akan mengambil masa yang panjang. Ia tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, cuma jawapan yang berkaitan dengan anda. Semua maklumat yang diisi dalam sistem ini adalah rahsia. Tujuan pengesanan kajian ini Apakah tujuan /matlamat kajian ini? Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Imej
Assalamualaikum, tawaran kepada siswazah yang mempunyai diploma dan juga ijazah dalam pelbagai bidang, anda dipelawa untuk memohon program usahawantani kerjasama Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program yang terdiri daripada beberapa modul termasuk tanaman, akuakultur dan bioinfeneri yang mana akan dijalankan selama enam bulan dan bermula daripada 1 Januari 2013 sehingga 30 Jun 2013. Program ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengisi borang pemohonan di laman web UPM di Halaman Pendaftaran Program Inkubasi Usahawantani . Anda akan dimaklumkan selepas pendaftaran berjaya.   Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Program Inkubasi Usahawantani bagi melahirkan usahawan dalam kalangan graduan khususnya dalam bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk menambah bilangan usahawan muda. Melahirkan g