Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Peluang Kerja Daripada MSC Malaysia

Imej
Assalamualaikum, saya mahu kongsikan apa yang telah saya perolehi kepada semua exsbpis. Artikel ringkas ini saya ambil daripada blog MINDA INSAN untuk perkongsian bersama. Kepada sesiapa yang mahukan pengalaman di samping meneruskan pengajian di dalam bidang yang diminati, saya cadangkan untuk menyertai mana-mana program MSC Malaysia yang dijalankan secara percuma bagi graduan Diploma dan juga Ijazah Sarjana Muda. Berikut antara petikan artikel yang saya kongsikan :- ------------------------Sumber : MINDA INSAN ---------------------------- Assalamualaikum, mencari kerja segera? kali ini saya ingin kongsikan satu peluang perkerjaan yang anda boleh perolehi di Scicom Academy. Jika anda masih belum berkerja dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Secara ringkasnya, saya ingin menyatakan bahawa di Scicom Academy antara tempat yang menyediakan peluang untuk anda dan di sana anda akan mempelajari sesuatu yang baru. Apa yang saya boleh katakan, anda akan mempelajari semuany

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. 1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 7. Pergaulan yang terbatas, tidak meng