Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Imej
Assalamualaikum, ada yang bertanya mengenai kos geomatik. Jadi, sedikit maklumat diperolehi diharap dapat mengurangkan kerunsingan beliau mengenai kos ini. Untuk kursus pengajian ijazah Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara pengajian yang tertua dan telah diiktiraf sebagai pusat professional pengajian kejuteraan geomatics di Malaysia. Program yang telah diiktiraf sepenuhnya olah License Surveyors Board (LSB) Malaysia menepati kandungan pembelajaran dan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan Licensed Land Surveyors (LLS) di Malaysia. Selain itu, Jabatan Kejuruteraan Geomatik UTM merupakan ahli kepada International Federation of Surveyors (FIG). Graduan yang mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan Geomatik UTM layak untuk berdaftar sebagai ahli di dalam ISM (Institution of Surveyors of Malaysia). Maklumat Tambahan Daripada Agensi Kelayakkan Malaysia. Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)

Soal: Nak jadi Doktor (Dr) or Engineer (Ir)?

Imej
Soalan Daripada Ex-SBPIS Ziad Firdaus Zaid: ‎Soalan daripada Sydan Saiful... Nak jadi DR (doktor perubatan) atau IR (jurutera/engineer)? Tolong berikan pandangan rakan-rakan sekalian. Terima kasih. [pada 30hb Mei pukul 2.31 ptg] Jawapan dan respon: Syaz Waniey: IR!!! :) Ziad Firdaus Zaid: Kalau dapat bagi pros dan contranya pun lagi cun.. die malu nak tanya tuu... haha Sydan Saiful: ‎Syaz Waniey alasan ?? Izyan Zulaikha: Sr.  tak nak..?? Ziad Firdaus Zaid: Apa tuh Izyan Zulaikha? Izyan Zulaikha: Sedih kan..? Sr. stand for Surveyor abg Ziad Firdaus Zaid. Title..:) Izyan Zulaikha: Sydan Saiful ada masalah tolong dia lah. Dapat offer untuk engineering dan medik. Cadangan..? Omar Chems Norazmi: Amik je jadi super, super ap-apa keje kau pilih. Super engineer, super doctor, super peniaga pasar malam, super penulis. Asalkan kau sungguh-sungguh. Muhammad Azfar Rosli: Buat dua-dua.. DR IR.. :P joking,sorry.. Taufiq Firdaus: ‎Aiman Asyraf Muhammad ni ketu

Soal: Engineering Tak ada Masa Depan?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Wan Muhammad Najib Salam.  Teringat masa lepas dapat keputusan SPM dulu, 'family' macam tak galakkan sangat ambil kejuruteraan sebab katanya persaingan sangat sengit dan sampaikan ada yang terpaksa menganggur.  Adakah ianya benar? Mohon penjelasan senior-senior dan sahabat-sahabat yang ambil kejuruteraan atau sesiapa yang ada maklumat.  Terima kasih! [30hb Mei pukul 2.45 ptg berhampiran As Sarih, Irbid] Zatul Amrah: Salam, not really actually. Graduan-graduan engineering yang belajar diluar negara punya sedikit kelebihan berbanding yang belajar dalam negara especially dari negara-negara yang bukan berbahasa inggeris macam Korea, Jerman, Perancis etc. Sebabnya adalah syarikat-syarikat kejuruteraan sekarang memerlukan mereka yang boleh berbahasa asing untuk mengembangkan syarikat dan perindustrian masing-masing ke peringkat antarabangsa. Yang dalam Malaysia pun tak ada masalah rasanya untuk belajar bahasa asing, ada kemahuan ad

Soal: Kem Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia (YTM)?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Soalan ditanya Ashraf Syamim: Salam.. mahu tanya la... siapa-siapa yang tahu pasal kem pemilihan Biasiswa Yayasan Telekom (YTM)? Apa je yang dibuat masa masa kem tu ya? [pada 28hb Jun pukul 11.52 ptg] -------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Mohd Zaki Salleh: Senang jep.. die nak test EQ     Syimir Izaan Ibnu Sazman: Time kem pemilihan YTM tu,diorang wat kem cam biase je. just ada certain activity yang nak tengok character kita, camne kita interact dengan orang, camne kita kawal emosi. So,beware jela. It's my experience when attended the camp 2 years ago, tak tahu la sekarang camne. Ashraf Syamim: Kawal emosi? contohnya aktiviti yang camne Syimir Izaan Ibnu Sazman??? Syimir Izaan Ibnu Sazman: Haha. ko pergi je dulu. Baru suprise.hahha Mohd Zaki Salleh: Just nak share...  tips for the kem..  alhamdulillah.. tahun ni saya terpilih menerima biasiswa YTM ni.. Ok. sedikit tips for the camp. first of al

Soal: Kos di UKM Guna Bahasa Melayu?

Imej
Soalan Dalam Diskusi Ex-SBPIS Soalan ditanya Ashraf Syamim: Help2... nak tanya... semua kos kat UKM memang dalam Bahasa Melayu (BM) ke?? [hari Isnin, pada pukul 1.16 pagi] -------------------------------------- RESPON DARIPADA Ex-SBPIS Pijie Yahya: Universiti KEBANGSAAN Malaysia.. confirm2 BM.. tapi kalau ambil Pendidikan BI or TESLE , confirm in english. Ashraf Syamim: Ok2... aku tak tahu nak belajar science computer in Bahasa Melayu macam ne...xdpt bygkn... Nur Hidayah Isa: Aah dengar-dengar UKM memang in malay... Pijie Yahya: Ada ke yang senang bab-bab belajar ni? Ashraf Syamim: Tak la... kalau bahasa komputer belajar dalam BM kan payah tu... biasa dulu belaja dalam BI jer... Nur Hidayah Isa: Haah kan. banyak term-term yang kita dah biasa dalam BI. Susah gak kalau belajar dalam BM. Dapat 1 universiti je ke? Ashraf Syamim: Tahu tak apa... aah... 1 universiti jer... Nur Hidayah Isa: Ada gak yang dapat 2 kan... Ashraf Syamim: Memang ada... yang

Kenangan INTEL 2012 ke-5 (13-15 Julai 2012)

Imej
Assalamualaikum, pada 13-15 Julai 2012 telah diadakan program Interaksi Bersama Alumni (INTEL) di SBPI Selandar, Melaka yang telah diketuai oleh pengarah program, Saudara Mohammad Izuddin Azmi dan dibantu oleh Saudari Alyaa Sakinah. Di sini saya kongsikan beberapa gambar ihsan daripada fasilitator INTEL 2012 saudara Muhammad Asraf Mohamad Isa. Sebelum mendapat laporan penuh program, secara ringkasnya, gambar di bawah akan menceritakan keadaan ketika program sedang berlangsung sehingga selesai program. Alhamdulillah. Untuk gambar-gambar lain, boleh juga lihat ke album INTEL 2012 dalam Fan Facebook di Halaman Alumni SBPI Selandar - Kredit to Muhammad Asraf Mohd Isa. Semoga para pelajar tingkatan 5 tahun 2012 mendapat suntikan semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 nanti. Dan seterusnya dapat melakar kejayaan bagi memastikan kejayaan ke per

Taja: Cara Mohon Biasiswa Dalam Negara JPA

Imej
Assalamualaikum, saya mahu kongsikan bagaimana cara untuk anda memohon atau mendapatkan biasiswa dalam negara yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) kepada anda yang layak. Di bawah saya sertakan panduan untuk memohon yang disediakan oleh JPA sendiri.  PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT Awam dan IPT Swasta bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama. INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERLIBAT: (a) Universiti Malaya; (b) Universiti Kebangsaan Malaysia; (c) Universiti Putra Malaysia; (d) Universiti Sains Malaysia; (e) Universiti Teknologi Malaysia; (f) Universiti Malaysia Sabah; (g) Universiti Malaysia Sarawak; (h) Universiti Utara Malaysia; (i) Universiti Islam Antarabangsa; (j) Universiti Teknologi MARA; (k) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; (l) Universiti Teknikal Malaysia; (m) Universiti Sains Islam Malaysia; (n)

Tarikh Penting Kemasukkan ke IPTA sesi 2012/2013

Imej
Assalamualaikum, setiap tahun akan ada kemasukkan ke IPT bagi para pelajar untuk menyambung pengajian mereka. Namun kadang-kala kita terlupa ataupun terlepas pandang perkara yang paling penting iaitu tarikh untuk kemasukkan atau pendaftaran ke IPT tersebut.Jadi pada hari ini, saya ingin mengingatkan kepada semua pelajar-pelajar lepasan SPM khususnya pada tahun 2011 agar lebih peka dengan tarikh-tarikh tersebut. Oleh yang demikian, saya kongsikan tarikh-tarikh penting yang saya rasakan perlu dijadikan peringatan kepada anda yang sedang menunggu keputusan atau pun untuk membuat persiapan masuk dan mendaftar di IPT-IPT yang terpilih. Insya-Allah ianya dapat mengingatkan anda dan dapat membantu untuk membuat persiapan yang lebih teliti dan terancang. Tarikah yang Penting untuk masa terdekat ini ialah: Tarikh pendaftaran pelajar Program Sijil dan Diploma Kemasukan ke TEVT (Politeknik) dan ILKA ialah pada  01 - 15 Julai 2012. Tarikh pendaftaran pelajar baru Lepasan STPM/

INTEL 2012 Kembali Lagi

Imej
Assalamualaikum, pada 13, 14 dan 15 Julai 2012 ini akan berlangsung program tahunan Alumni SBPI Selandar iaitu Interaksi Bersama Alumni (INTEL) di SBPI Selandar, Melaka buat kali ke-5. Program pada kali ini akan dikelolakan oleh pengarah program, Saudara Mohammad Izuddin Azmi dan dibantu oleh Saudari Alyaa Sakinah.  Program tahunan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai halatuju selepas SPM serta berkongsi pengalaman para alumni sama ada mereka yang telah menamatkan pengajian, atau pun masih dalam pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Oleh yang demikian, pihak alumni menjemput para alumni yang mempunyai kelapangan masa untuk hadir dan memeriahkan program ini dengan berkongsikan dan memberikan suntikan semangat kepada pelajar SBPI Selandar untuk lebih bersemangat bagi memburu kecemerlangan dan kejayaan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan yang akan datang. Para alumni dialu-alukan datang w