Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Persahabatan: Basketball Alumni VS SBPI Selandar

Imej
Assalamualaikum. Alhamdulillah Sabtu lepas berlangsung satu lagi aktiviti alumni sekolah dengan jayanya. Pertamanya terima kasih rakan-rakan yang hadir, sama ada dari jauh dan dekat. Tidak lupa juga, Cikgu Ong (Jurulatih pasukan/Cikgu SBPIS) yang telah memberi keizinan untuk mengadakan perlawanan ini. Terima kasih banyak2 sekali lagi! Untuk makluman, keputusan perlawan adalah seperti berikut: Ex Ballers (40) vs SBPIS (49) Keputusan tidak berpihak pada ex ballers, walaupun tewas atas sebab-sebab tertentu,satu kebanggaan juga harus diberikan pada ex ballers kerana telah memberi saingan yang agak sengit pada wakil sekolah tahun ini, dan berjaya mencapai 40 mata walaupun sudah bertahun-tahun tidak main bersama. Tahniah diucapkan! Walau bagaimanapun, bukan menang atau kalah yang kita cari, apa yang penting, matlamat perlawanan ini untuk memberi satu motivasi pada pemain sekolah kita untuk mereka mengharungi HKSBP kelak. Mungkin tidak banyak il