Persahabatan: Basketball Alumni VS SBPI Selandar

Assalamualaikum. Alhamdulillah Sabtu lepas berlangsung satu lagi aktiviti alumni sekolah dengan jayanya. Pertamanya terima kasih rakan-rakan yang hadir, sama ada dari jauh dan dekat. Tidak lupa juga, Cikgu Ong (Jurulatih pasukan/Cikgu SBPIS) yang telah memberi keizinan untuk mengadakan perlawanan ini. Terima kasih banyak2 sekali lagi!

Untuk makluman, keputusan perlawan adalah seperti berikut:
Ex Ballers (40) vs SBPIS (49)


Keputusan tidak berpihak pada ex ballers, walaupun tewas atas sebab-sebab tertentu,satu kebanggaan juga harus diberikan pada ex ballers kerana telah memberi saingan yang agak sengit pada wakil sekolah tahun ini, dan berjaya mencapai 40 mata walaupun sudah bertahun-tahun tidak main bersama. Tahniah diucapkan!










Walau bagaimanapun, bukan menang atau kalah yang kita cari, apa yang penting, matlamat perlawanan ini untuk memberi satu motivasi pada pemain sekolah kita untuk mereka mengharungi HKSBP kelak. Mungkin tidak banyak ilmu yang dapat dicurahkan pada mereka, tetapi pengalaman bermain bersama itu penting untuk mereka gunakan masa perlawanan sebenar nanti.




Untuk makluman, HKSBP zon selatan, MOZAC akan jadi tuan rumah dan akan bermula pada 6 Mac 2014 (Khamis) ini. Maklumat lanjut perlawanan tidak diketahui lagi, mungkin akan di beri tahu di group (basketballsbpis) . Siapa yang ada kelapangan itu bolehlah datang untuk beri sokongan pada team sekolah kita. yang tidak dapat hadir itu, kita doakan kejayaan adik-adik kita, supaya menang dan mencatat sejarah baru untuk sekolah kita.


Akhir kata, ribuan terima kasih pada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung .Moga-moga aktiviti ini boleh dibuat sebagai acara tahunan seperti mana yang dicadangkan. Semoga sukan sekolah kita boleh melangkah lebih jauh dan seterusnya mengharumkan nama SBPIS. Sekian.

Dilaporkan oleh: Nazif Hakim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?