Pelajar Cemerlang ex-sbpis spm 2005 PUTERI AZIZAH MEGAT ZAINON. Sumber :Bernama Seramai 266 Graduan PPUM Terima Diploma Pada Konvokesyen UM KUALA LUMPUR, 10 Okt — Seramai 266 graduan menerima Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di majlis konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-4 yang disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, pada Sabtu. Daripada jumlah itu, 23 menerima diploma lanjutan iktisas kejururawatan, 25 diploma teknologi makmal perubatan, 23 diploma radiografi dan 195 orang menerima diploma kejururawatan. Tuanku Zara turut menyampaikan anugerah cemerlang kepada enam graduan dalam bidang masing-masing. Seorang graduan cemerlang diploma teknologi makmal perubatan, Puteri Azizah Megat Zainon, 21, berkata minat yang mendalam terhadap bidang perubatan dan subjek Sains sejak di bangku sekolah telah membuatkan beliau tekad mengikuti pengajian dalam bidang itu. Puteri Azizah yang berasal dari Sepang, Selangor dan sering mendapat anugerah dekan berkata ...