Tahniah SBPI Selandar SPM 2010


Assalamualaikum semua warga exSBPI Selandar. Setelah keputusan SPM diumumkan, SBPI Selandar telah mendapat 28 orang semua A iaitu masing-masing 7 orang 11A, 5 orang 10A dan 16 orang 9A dengan Gred purata 1.90. Ini memberikan kedudukan SBPI Selandar kedua selepas Sekolah Sains Muzaffar Shah dengan Gred puratanya 1.71. Selain itu, SBPI Selandar juga terus melakar nama diperingkat negeri apabila seorang daripada calon SPM 2010, saudara Ameerul Ashraf Harunarasid yang merupakan salah seorang calon daripada dua orang yang telah berjaya mendapat semua 11 A+ di negeri Melaka. Pada saya, setinggi tahniah kepada warga SBPI Selandar yang masih lagi mampu menunjukkan kesungguhan dan kemampuan di dalam mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM 2010. Hal ini kerana mereka mampu untuk menempuh dan mengatasi segala masalah ketika menjalani sesi pembelajaran sepanjang tahun lepas yang penuh cabaran suasana pembelajaran yang sedikit mencabar.

Saya juga secara peribadinya sungguh teruja dengan kesungguhan mereka kerana bagi saya di dalam keadaan sekolah yang masih dalam proses pembaikan beberapa blok, para pelajar masih lagi mampu menunjukkan prestasi yang sangat baik dan membanggakan pihak sekolah dan Alumni SBPI Selandar. Alhamdulillah, rezeki Allah untuk anda. Sekalung tahniah daripada wakil Alumni kepada anda. Semoga anda juga dapat membantu adik-adik pada masa akan datang demi kebaikkan bersama untuk menyumbang bakti kepada sekolah dan negara. Insya-Allah. Berikut antara petikan yang saya perolehi daripada beberapa akhbar online yang boleh diakses.

Petikan daripada sumber Bernama :

Di MELAKA, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Juliah Leman berkata seramai 318 pelajar memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada SPM tahun lepas berbanding 309 pelajar pada tahun 2009.

"Daripada jumlah itu seramai 21 pelajar memperoleh A+ dalam semua mata pelajaran," katanya.

Beliau berkata dua orang pelajar lelaki, Ameerul Ashraf Harunarasid dari SBP Integrasi Selandar dan Tan Chun Hao dari SMK Gajah Berang, muncul pelajar terbaik setelah masing-masing memperolehi 11 A+.

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah muncul sebagai sekolah terbaik pada SPM kali ini dengan memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.71 diikuti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Selandar (1.90) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah (2.72).

Berita PENUH berkaitan juga boleh dirujuk di :-

Berikut juga sumber daripada Atiff Ibn Noordin daripada Group Facebook Alumni SBPI Selandar mengenai Ranking antara SBP setakat 23/3/2011. Sebagai informasi bersama sahaja. SBPI Selandar di Ranking ke 26 antara SBP seluruh Malaysia.


Terima kasih kepada semua penyampai berita dan informasi. Tahniah sekali lagi kepada pelajar SPM 2010 di atas kejayaan yang telah diperolehi. Semoga lebih berjaya di peringkat pengajian tinggi anda nanti. Insya-Allah. Amin.



Tahniah sekali lagi kepada pihak sekolah, guru-guru, warga SBPI Selandar dan juga warga Alumni yang tidak putus menyokong sekolah dalam penganjuran program bersama sekolah untuk pelajar-pelajar. Alhamdulillah, setakat ini semua program bersama pihak sekolah berjalan dengan lancar sekali.

Sekian, Terima kasih.

Gambar (sumber NST) :




Ulasan

  1. Tahniah!!!...
    Moga adik2 dpt cipta kejayaan yg lebih membanggakan pd masa akn dtg...
    Kepada yg dapat keputusan yg x memuaskan hati, Insyaallah, cuba lagi di masa hadapan. Banyak lagi kejayaan yg boleh dicipta. Jadikan kegagalan sebagai sebahagian dr kejayaan. Jangan jdikan kegagalan sbg putus asa. Terus bangkit.

    BalasPadam
  2. tahniah adik2. seriusly bangga dengan korang semua. papepun, spm ni bukan segala galanya. banyak lagi ujian lain lepas ni. kena kena banyak ready. yang tak dapat apa yang diidamkan tu. stay strong. yakin Allah telah bagi yang terbaik. yakin kepada Allah, semua akan baik belaka.

    good luckkk!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?