Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Biasiswa Peneraju Lepasan Matrik, Asasi dan PraU (Tutup: 3 Julai 2013)

Imej
Assalamualaikum, keputusan peperiksaan matrikulasi, asasi dan pra-Universiti untuk tahun 2013 hampir diumumkan, oleh yang demikian, sudahkah anda mempunyai pembiayaan untuk melanjutkan pengajian anda untuk kemasukkan akan datang? Jika belum, Yayasan Peneraju mempelawa anda untuk memohon biasiswa ini. Dibuka daripada 25 Jun 2013 sehingga 3 Julai 2013. Mengenai Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera merupakan satu inisiatif di bawah Hala Tuju Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh TERAJU di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang bertumpu untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Antara objektif Yayasan ini termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha Kerajaan dalam menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik dan juga vokasional. Tugas Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera adalah