Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Kedudukan Antara SBP Bagi Percubaan SPM 2013

Imej
Assalamualaikum, kedudukan terkini ini sebagai dorongan kepada adik-adik SPM 2013 SBPI Selandar untuk lebih memberikan tumpuan dan meningkatkan usaha untuk SPM 2013 pada peperiksaan sebenar yang akan bermula pada 6 November 2013 nanti. Oleh itu, saya kongsikan kedudukan untuk percubaan SPM 2013 antara SBP di Malaysia yang telah dijalankan baru-baru ini. Walaupun kedudukan SBPI Selandar berada di kedudukan ke-46, saya yakin ianya akan lebih baik untuk peperiksaan sebenar nanti, InshaAllah. ((RANKING PERCUBAAN SPM SBP MALAYSIA 2013)) KEDUDUKAN SEKOLAH                                  Calon                     GPS 1 SEKOLAH TUN FATIMAH                               148                      1.9463 2 SM SAINS TUANKU MUNAWIR                       269                      2.7898 3 SEKOLAH SERI PUTERI                                 171                      2.8012 4 SM SAINS ALAM SHAH                                 274                      2.8416 5 SM SAINS JOHOR    

PEMBAYARAN MAKAN MALAM ALUMNI DIBUKA

Imej
Assalamualaikum, Tuan/Puan/Encik/Saudara/ Saudari warga Ex-SBPI Selandar, Dijemput ke Majlis Makan Malam Alumni Sempena Ulang Tahun ke-10 SBPI Selandar, Melaka dengan butiran seperti berikut:- Tarikh: 26 Oktober 2013 (Sabtu) Bertempat: Hotel Equatorial, Melaka. Masa: 6:30 Petang - 11:30 Malam. Bayaran:  RM 70/orang dewasa;  RM 120/(Suami Isteri);  RM 55/anak (atas 10 tahun). Cara Pembayaran: 1. Bank-in Jumlah bayaran melalui salah satu akaun Farid bin Aspar Setiausaha Majlis Makan Malam: 164333292278 (Maybank) 03100074246589 (CIMB) 2. Sila lengkapkan maklumat anda di sini selepas pembayaran  https://docs. google.com/forms/d/1yuqX- CwZY1UY2MWCnTqtEGXf0- YdWudnjfv_55HsdlM/viewform Loading... ATAU Hantarkan bukti pembayaran salinan resit atau pun bukti transaksi, a) Nama, b) Batch SPM, c) Nama Bank d) Jumlah bayaran, e) Tarikh f) Masa exsbpis @ gmail.com  atau 017 364 7442 3. Nama pembayaran akan dikemaskini setiap hari di dalam Diskusi Ex-SBPIS. 

Servey Awal Kehadiran Ex-SBPI Selandar di Majlis Makan Malam

Imej
Assalamualaikum, kepada semua EX-SBPI Selandar, anda diminta untuk mengisikan borang ini sama ada akan hadir atau pun tidak atau pun tidak pasti. Pihak Alumni mahu mendapatkan jumlah awal kehadiran bagi menempah bilangan meja untuk Majlis Makan Malam Ulang Tahun SBPIS ke-10 pada 26 Oktober 2013 nanti. Nama Majlis: Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-10 SBPI Selandar Bersama Alumni Tempat: Hotel Equatorial, Bandar Melaka. Tarikh: 26 Oktober 2013 Masa: 6:30PM - 11:00PM BUAT PEMBAYARAN DI SINI Maklumat lanjut akan menyusul dalam masa terdekat. Loading...

KHAS Untuk Pelajar Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam di Mesir

Imej
Assalamualaikum, satu lagi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di Mesir. Hal ini berkaitan mengenai pengurusan risiko bagi pelajar Malaysia di Mesir. Berikut adalah kenyataan yang diberikan untuk para pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir. KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENGURUSAN RISIKO BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR   DALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN,   FARMASI DAN PENGAJIAN ISLAM 18 SEPTEMBER 2013 1. Kemelut politik yang melanda negara Mesir sejak akhir bulan Jun 2013 hingga kini telah mencetuskan keadaan yang tidak stabil sehingga mewujudkan ketidaktentuan dalam pelbagai aspek. Memandangkan Mesir merupakan salah satu destinasi utama bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke luar negara, maka kemelut ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap ibu bapa dan para pelajar daripad