Taja: Cara Mohon Biasiswa Dalam Negara JPA

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan bagaimana cara untuk anda memohon atau mendapatkan biasiswa dalam negara yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) kepada anda yang layak. Di bawah saya sertakan panduan untuk memohon yang disediakan oleh JPA sendiri. 

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan program penajaan biasiswa kepada pelajar-pelajar IPT Awam dan IPT Swasta bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama.


INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERLIBAT:

(a) Universiti Malaya;
(b) Universiti Kebangsaan Malaysia;
(c) Universiti Putra Malaysia;
(d) Universiti Sains Malaysia;
(e) Universiti Teknologi Malaysia;
(f) Universiti Malaysia Sabah;
(g) Universiti Malaysia Sarawak;
(h) Universiti Utara Malaysia;
(i) Universiti Islam Antarabangsa;
(j) Universiti Teknologi MARA;
(k) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;
(l) Universiti Teknikal Malaysia;
(m) Universiti Sains Islam Malaysia;
(n) Universiti Malaysia Terengganu;
(o) Universiti Malaysia Perlis;
(p) Universiti Malaysia Pahang;
(q) Universiti Darul Iman;
(r) Universiti Tenaga Nasional;
(s) Universiti Multimedia; dan
(t) Universiti Teknologi Petronas.
(u) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


IKLAN DAN PERMOHONAN
Iklan penajaan akan dikeluarkan dalam beberapa akhbar utama tempatan dan laman web JPA pada bulan Jun/Julai. Permohonan boleh dibuat secara aplikasi atas talian (online) secara percuma mulai tarikh iklan disiarkan.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi peringkat Diploma dan 24 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama pada 1 Julai tahun tawaran; dan
(iii) Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi seperti di perenggan 2 dan
kursus/program tersebut mestilah diiktiraf oleh JPA.

(b) Syarat Khusus
(i) Bidang bukan Perubatan/Pergigian/Farmasi
- Pelajar lepasan SPM perlu mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam 7 mata pelajaran;
- Pelajar lepasan STPM perlu mendapat sekurang-kurangnya Prinsipal B dalam 4 mata pelajran;
- Pelajar lepasan STAM perlu mendapat sekurang-kurangnya 4 mumtaz dan 5 jayyidJiddan serta mempunyai kelulusan SPM.
- Pelajar lepasan Matrikulasi dan lepasan Diploma perlu mendapat CGPA sekurang-kurangnya 3.30.
- Matrikulasi : 3.30
- Diploma : 3.50
(ii) Bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi (Peringkat Ijazah Pertama)
- Pelajar dalam bidang-bidang tersebut tidak tertakluk kepada syarat khusus
seperti di perenggan 4(ii).


PENGHANTARAN DOKUMEN SOKONGAN

Pelajar yang telah mengemukakan permohonan secara aplikasi dalam talian (online) dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan sebelum tarikh
tutup permohonan iaitu :

(a) Salinan keputusan peperiksaan bagi pelajar lepasan Diploma/Alpha/Foundationdan (STPM, STAM, SPM dan Matrikulasi bukan tahun semasa); dan
(b) Bukti pendapatan keluarga (slip gaji atau Borang J).





PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan biasiswa dalam negara, sila hubungi pegawai berikut :

Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan
Datin Madinah bt Mohamad
03-88853005
(madinah@jpa.gov.my)

Timbalan Pengarah Cawangan Operasi
Encik Zainal Abidin bin Ahmad
03-8885 3010
zainalaa@jpa.gov.my

Ketua Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan
Encik Jamalulail bin Abu Bakar
03-8885 3426
jamalulail.bakar@jpa.gov.my

Urusan Penawaran Pelajar Dalam Negeri
Encik Andinor bin Anuar
03-88853380
andinor.anuar@jpa.gov.my

ALAMAT SURAT MENYURAT

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P PUTRAJAYA
(u.p : Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Talian Utama :03-8885 3000
Hot-line : 03-8885 3049
Faks :03-8881 0745
E-mel :lspdn@jpa.gov.my


Ulasan

  1. erm,,,penghantaran dokumen pngesahan secara pos ke email?

    BalasPadam
  2. one ques, :) cmne nak tgok dah keluar ke blom?

    BalasPadam
  3. bile pemohonan bkak?? lau taun lepas 1 ogos dah bkak.. tp xjumpe pon web permohonan..

    BalasPadam
  4. biasenye permohonan jpa nie bukak bulan 8 ea?

    BalasPadam
  5. mmg pn, xjmpe pm laman web utk memohon.

    BalasPadam
  6. Satu soalan. Kalau pelajar tu berada di semester 3 diploma, bleh ke dia apply? Layak?

    BalasPadam
  7. hai semua.saya lonely

    BalasPadam
  8. Nape uitm xde dlm list..Mmg xlej yer

    BalasPadam
  9. Salam
    Saya jurusan bidang perubatan sem 1
    Jika saya sudah terlambat untuk memohon JPA tahun ini memandangkan tarikhnya sudah tutup
    Adakah saya boleh memohonnya pada tahun hadapan??

    BalasPadam
  10. Saya pelajar diploma managment technology ,saya ingin mencari biasiswa untuk menampung bagi pembayaran2 di dalam kolej teknologi sarawak,
    Namun saya tidak tahu bagaimana hendak memohon biasiswa apa2 sahaja..

    BalasPadam
  11. Bagaimana saya hendak mendapatkan biasiswa dari jpa ini. ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah