Ahad, 23 September 2012

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (Tutup 30 September 2012)

Kepada para alumni yang masih mencari dan mahu mendapatkan bantuan pelajaran untuk meneruskan pengajian, apa kata lihat dahulu tawaran daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman yang masih dibuka sehingga 30 September 2012 ini di sini.

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Bantuan pelajaran yang diberi nama Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini diwujudkan untuk mengenang sifat perihatin Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman ini dikhususkan untuk pelajar yang berlatarbelakang daripada golongan miskin bagi menampung kos sara hidup semasa mengikuti pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(iv) Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional layak memohon.

KADAR BANTUAN DAN CARA BAYARAN
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman dan disalurkan melalui pihak pejabat Hal Ehwal Pelajar IPTA.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2012.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.


Rujukan di sini: Yayasan Tunku Abdul Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner