Selasa, 17 November 2009

Pasukan Ragbi SBPIS ke Peringkat Kebangsaan


Pasukan ragbi sbpis telah terpilih menjadi wakil melaka ke pertandingan ragbi u-15 kebangsaan yang akan di adakan di kelantan pada 20-23/ 11/ 2009.


Sesi latihan pagi dan petang telah diadakan untuk persediaan ke kejohanan .Semoga pasukan ragbi akan berjaya mengharumkan nama Melaka seterusnya menaikan imej SBPIS sebagai pasukan elit ragbi negeri melaka yang baru .Selamat maju jaya di ucapkan..doa pengetua , pk1, pk hem, pk koku dan guru-guru mengiringi pelajar-pelajar yang membawa nama sbpis ke kejohanan tersebut.

Sumber : http://rugbysbpis.blogspot.com/

Jumaat, 13 November 2009

Doakan Kejayaan SPM 2009


Salam exSBPIS,

Pejam celik, pejam celik, rupanya SPM 2009 sudah datang menjengah.
Terkenang daku akan SPM2005, 4 tahun yang lepas masih hangat di ingatan.
Bersungguh-sungguh rakan-rakan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan.
Alhamdulillah, semua nya dapat menyambung pengajian ke IPT.
Begitu juga kpd rakan2 SPM2006, SPm 2007, dan SPM 2008,
terlalu byk memori yg boleh dikongsikan.

Namun, kali ini adik2 kita SPM 2009 pula akan menempuhi peperiksaan yang
hebat ini iaitu bermula 18 Nov 2009.
Jadi, marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka dan dipermudahkan
di dalam segala urusan.
Kerana sesungguhnya mereka adalah warga kita yang sedang berusaha.
Moga, SPM 2009 akan menyambung kejayaan legasi SPM SBPI Selandar
yang sentiasa mencatatkan kejayaan dan menempah nama di antara barisan
SBP yang berjaya.
Doakan semua STRAIGHT A1's kerana tiada apa yang mustahil di bumi SBPIS
untuk mengeluarkan pelajar2
yang gemilang dan berwawasan.

Sesungguhnya mereka adalah cerminan diri kita yang mempunyai
banyak persamaan.

Go Strike for The Succes SBPI Selandarian
May Allah With You.

SPM 2006

Selasa, 10 November 2009

EXAM DATANG LAGI!!


Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari
Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

Mendengar Secara Berkesan
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

Belajar Merancang Masa
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

Bosan,Bosan Apa Ubat nya
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

Strategi Ulangkaji
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan

Teknik Membaca
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

Buat Nota Dengan Baik
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

Manfaatkan Bahan Rujukan
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi Persoalan Seperti
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.

Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.


Sumber : Cg Muzakkir (Mozac)


Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner