Selasa, 16 Februari 2010

LAPORAN MESYUARAT ALUMNI DI SBPIS

ASSALAMMUALAIKUM WBT...

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZIN DAN KEHENDAK-NYA
MESYUARAT RASMI ALUMNI UNTUK PROGRAM YANG AKAN DATANG TELAH BERLANGSUNG DI BILIK
PENGAWAS SBPI SELANDAR PADA HARI AHAD, 7 FEBRUARI, JAM 9 PAGI.

ANTARA BARISAN ALUMNI YANG HADIR MESYUARAT IALAH:
1. MUHAMMAD HUZAIFAH
2. NOOR AZMIZAM
3. SYAFIQ KAMARULZAMAN
4. AHMAD SYAMIM BATCH SPM 2009
5. AIMAN NAWAWI
6. AISHAH MOGNI
7. ATIQAH RAWI

PERTEMUAN BEBERAPA ORANG BARISAN ALUMNI BERSAMA-SAMA KEPIMPINAN TERTINGGI
SEKOLAH IAITU SYED, ADIBAH DAN HAWA TELAH MENCUNGKIL SEDIKIT SEBANYAK MASALAH
YANG SEDANG MEREKA HADAPI DALAM KEPIMPINAN TAKLIFAN MEREKA. KAMI TURUT MEMBANTU
SEKADAR DAYA KAMI BAGI MEMBANTU MEREKA MENYELESAIKAN BEBERAPA MASALAH YANG
DIKONGSIKAN BERSAMA KAMI.

SUKACITA DIMAKLUMKAN JUGA, PADA PERTEMUAN YANG SANGAT SINGKAT TERSEBUT TELAH
MEMBUAHKAN BEBERAPA PERMUAFAKATAN DALAM GERAK KERJA PROGRAM INI. BERIKUT ADALAH
BEBERAPA PERSETUJUAN YANG TELAH DIAMBIL:

NAMA PROGRAM : MAFATIHUL MAHABBAH (PEMBUKAAN KEPADA UKHWAH)
TEMA : UKHWAH

ATAS CADANGAN CIKGU ARNIZAM, SASARAN PROGRAM DAN PENGISIAN ADALAH SEPERTI
BERIKUT:

1. TINGKATAN 1 (70 ORANG)> MOTIVASI PENGURUSAN DIRI DI ASRAMA
2. TINGKATAN 4 KESELURUHAN (152 ORANG)> MOTIVASI KEPENTINGAN BERADA DALAM SISTEM
SBP ( kebanyakan pelajar tingkatan 4 yang baru masuk beranggapan bahawa bakat
mereka sewaktu di sekolah lama terkubur sebaik memasuki sekolah yang baru) DAN
PENDEDAHAN AWAL KEPIMPINAN
3. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)> PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ( selain
melaksanakan tanggungjawab rutin, bagaimana untuk menyerlahkan peranan mpp di
sekolah?)
4. PENGAWAS > BAGAIMANA UNTUK MENYERLAHKAN KEPIMPINAN PENGAWAS DI SEKOLAH (gerak
kerja pengawas lebih menonjol di peringkat asrama daripada di sekolah)

CADANGAN PENGISIAN

MPP DAN PENGAWAS
1. MENGADAKAN FORUM BERDASARKAN BEBERAPA ISU YANG DIBANGKITKAN
2. KULIAH DARIPADA PANEL PENCERAMAH YANG TERDIRI DARIPADA PARA ALUMNI

TINGKATAN 1 DAN 4
1. HALAQAH BERSAMA FASILITATOR (PARA ALUMNI)

CADANGAN CIKGU UNTUK TENTATIF PROGRAM :

JUMAAT MALAM > PROGRAM BERSAMA MPP DAN PENGAWAS
SABTU > PROGRAM BERSAMA ADIK-ADIK TINGKATAN 1 DAN 4
AHAD > JAMUAN

CADANGAN INI MASIH LAGI TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN. OLEH ITU, KAMI MENERIMA
SEBARANG CADANGAN DAN PEMBAIKAN DARIPADA PARA ALUMNI SEKELIAN UNTUK MENG'UPDATE'
MODUL DAN PENGISIAN PROGRAM INI.


ALHAMDULILLAH, RASANYA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT YANG
LEPAS TELAH SAYA MAKLUMKAN DI SINI. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, MESYUARAT YANG LALU
TAK BANYAK PERKARA YANG DIPUTUSKAN LANTARAN PARA ALUMNI YANG HADIR MASIH PERLU
DIPERKENALKAN DENGAN TERPERINCI TENTANG PROGRAM INI. TAMBAHAN PULA, KAMI LEBIH
BANYAK BERDISKUSI BERSAMA PIMPINAN SEKOLAH.

OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI BARISAN TENAGA GERAK KERJA PROGRAM 'MAFATIHUL MAHABBAH'
AKAN MENGADAKAN MESYUARAT SUSULAN KEDUA PADA :

15 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
9.00 PAGI

CADANGAN TEMPAT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. PERPUSTAKAAN NEGERI (BUKIT BHARU)
2. DATARAN PAHLAWAN
3. FOOD COURT MAHKOTA PARADE

LOKASI MESYUARAT AKAN DIPUTUSKAN 1-2 HARI SEBELUM MESYUARAT BERLANGSUNG.



AGENDA MESYUARAT SETERUSNYA :

1. ORGANISASI PROGRAM
2. MODUL DAN PENGISIAN
3. TENTATIF PROGRAM
4. HAL-HAL LAIN


SEBELUM TERLUPA, SEBUAH BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG BERDAFTAR ATAS NAMA
'MYCONCERN' TELAH MENYATAKAN HASRAT MEREKA UNTUK MENGADAKAN KERJASAMA DENGAN
PROGRAM 'MAFATIHUL MAHABBAH' INI. TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN. SEBARANG
MAKLUMAT BERKAITAN BADAN NGO INI BOLEH DIDAPATI DI SALAH SATU LAMAN WEB BERIKUT:

1. FACEBOOK > TAIP 'MYCONCERN' DI RUANGAN SEARCH
2. www.mysoff01.blogspot.com
3. www.mysoff02.blogspot.com

AKHIR KALAM, DIHARAP LEBIH RAMAI LAGI PARA ALUMNI BERMINAT UNTUK TURUT SAMA
MENJAYAKAN PROGRAM 'MAFATIHUL MAHABBAH'.

"INTANSURULLAHA WA YANSURUKUM WA YUTHABBIT AQDAMAQUM"

JIKA KAMU MEMBANTU DI JALAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MEMBANTU KAMU DAN MENGUKUHKAN
KEDUDUKANMU.



SEKIAN, WASALAM.

'SUPPORT US'

Ahad, 14 Februari 2010

Intel Scholarship for Malaysian

Introduction

Intel Scholarship

The Intel Penang Design Center (PDC), established in 1992, is one of the largest and most advanced Intel Design and Development centers in the Asia Pacific region. Intel PDC designs Intel® Core™2 processors, Intel® Atom™ processors, and Advanced IA Platform Chipsets.

Our Design Engineers architect and create innovative IP and features for the next platform system-on-a-chip solutions on 45nm (nanometer) and 32nm process technology. Intel PDC grants R&D scholarships every year to outstanding students from local universities throughout the country.

Eligibility

To be eligible for the Intel Penang Design Center Scholarship, an applicant must:

  • Be a Malaysian citizen
  • Be a full-time student in a local university studying in the fields of Electrical and Electronics, Mechatronics, or Computer Engineering
  • Not hold any other scholarship from other companies, organizations, or Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)**

Have one or more of the following:

  • SPM with A1 for mathematics and all science subjects
  • STPM with grade A for a minimum of three subjects
  • Matriculation with a minimum cumulative GPA of 3.5 and above
  • For university undergraduates, a minimum cumulative GPA of 3.5 is required

**Note: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) loan holders are allowed to apply.

Scholarship Package

Each scholarship package includes:

  • Tuition fee of RM10,000 per year for undergraduate students
  • Tuition fee of RM13,000 per year for postgraduate students
  • Partnership with a Senior Design Engineer to mentor and guide your studies and career planning
  • Industrial training opportunities at Intel

Deadline

Each year, scholarship applications are accepted between July 1 and August 31. Bumiputeras are encouraged to apply. If you are interested in applying:

Website

For details, please visit INTEL or

http://www.intel.com/jobs/malaysia/students/programs/scholarships.htm


Source : http://malaysia-scholarship.net/

Jumaat, 5 Februari 2010

Biasiswa SHELL 2010, Deadline : 30 Mac 2010


Posted: 21 Jan 2010 03:44 AM PST

Shell Scholarship is one of the most sought after scholarship. Every year, Shell offer a number of scholarships to support students in achieving their personal goals and ambitions. The scholarship is awarded to Malaysian students for pursuing full-time undergraduate studies (1st degree course) tenable at recognized universities in Malaysia or overseas, and Pre-University studies in Malaysia.

Shell also award 2 scholarships to study Msc in Geosciences with University Technology Petronas Scholarships for Post-Graduate Studies.

Fields of Study

  • Engineering (Petroleum, Chemical, Electrical and Mechanical)
  • Sciences (Geosciences, Chemistry and Physics)
  • Business Administration / Economics
  • Finance & Accounting
  • IT (includes Business / Management IT)
  • Master of Science (MsC) in Geosciences

Eligibility


Students who have completed their SPM / O-Level, STPM / A-Level / Foundation Year / Diploma or currently in their final semester of Matriculation studies or in the private / public University who meet the following criteria are eligible to apply for the ShellMalaysia Scholarship Awards:

  • Excellent academic achievement with emphasis in English
  • Demonstration of leadership skills through active participation in extra-curricular activities. e.g. societies and clubs, sports, etc.
  • Strong academic record and realistic expectation of a high CGPA or its equivalent
  • For MSc in Geosciences, candidate must posses a good Honours Degree or equivalent in the relevant field from a recognized university.

Applicants who are Malaysian citizens must possess a credit in Bahasa Melayu at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level or an equivalent qualification. Foreign and local students are required to have English proficiency in both written and spoken by the meeting one the following requirements:

  • Minimum TOEFL score of 550 OR
  • Minimum IELTS score of 6.0 OR
  • Minimum ELTS score of Band-6 OR
  • Minimum MUET score of Band-4.

Applicants who are native English speakers or holding a degree with English as the medium of instruction may be exempted from this requirement.

How to Apply


All applications including the application form must be submitted online. Applications may be submitted based on the latest semester results (for Matriculation students) or trial examination results (for SPM, STPM students). ShellMalaysia reserves the right to verify the above. Shell Malaysia aims to reflect diversity of the communities it works in and will award the scholarships on this basis.

  • Interview is compulsory.
  • Only shorlisted candidates will be notified.
  • Incomplete Application Form and late submission will be rejected.

Deadline for pplication is 30 March 2010.

For details visit SHELL Scholarship page. or click :

http://www.shell.com/home/Framework?siteId=my-en&FC2=/my-en/html/iwgen/zzz_lhn.html&FC3=/my-en/tailored/careers_recruitment/jobs_careers/students_graduates/students_scholarship/whats_it_all_about/dir_pda_whatitsabout_ga_22122006.html


Source : http://malaysia-scholarship.net/

Rabu, 3 Februari 2010

Fasa 2 UPU dibuka dari 2 Februari 2010 hingga 31 Mac 2010

Salam kepada semua ex-SBPIS. Memandangkan fasa kedua untuk permohonan ke IPT telah dibuka semula. Sukacitalah untuk sesiapa yang bakal mengisi borang tersebut untuk mengambil perhatian mengenai SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA yang saya petik 100 peratus daripada epanduan portal Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jangan lupa untuk mengisi dengan betul pilihan tepat anda demi memastikan anda tidak kecewa di masa hadapan kelak. Insya-Allah. Diharap dengan makluman ini, tiada sesiapa yang akan terlepas untuk mengisinya di laman APLIKASI DALAM TALIAN UPU

Permohonan

1. Bilakah pelawaan iklan Permohonan Kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 :-
1. Lepasan Diploma/Setaraf : 03 Januari 2010
2. Lepasan STPM/STAM : 31 Januari 2010
3. Lepasan SPM/Setaraf : 31 Januari 2010

2. Bilakah Pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011 boleh dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Januari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari)
2. Lepasan STPM/STAM : 02 Februari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari)
3. Lepasan SPM/Setaraf : 02 Februari 2010 (capaian mulai 12 tengah hari)

3. Bilakah tarikh tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :-

1. Lepasan Diploma/Setaraf : 04 Februari 2010
2. Lepasan STPM 2009 : 30 Mac 2010
3. Lepasan STAM 2009,2008,2007 : 30 Mac 2010
4. Lepasan SPM : (Kategori B, C dan D) 30 Mac 2010
5. Lepasan SPM 2009 : 30 Mac 2010

4. Bagaimanakah mendapatkan borang permohonan kemasukan ke IPTA ?
Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan.

5. Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan Kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

6. Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Ya. HANYA bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C dan D (Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf).

Calon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah disahkan ke IPTA pilihan.

7. Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011 diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu ketiga Jun 2010
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2010

8. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA Bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
TIDAK. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.

9. Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM /Setaraf - Ijazah Pertama?
YA. Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam Talian di upu.mohe.gov.my

10. Adakah saya dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod program pengajian selepas tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

11. Adakah saya dibenarkan menukar program pengajian yang telah ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
TIDAK DIBENARKAN.

12. Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima tawaran?
TIDAK DIBENARKAN.

13. Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil kelahiran atau sijil kelahiran hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

14. Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2010/2011?
Pemohon perlu mendapatkan Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf - Ijazah Pertama di IPTA.

Untuk mengikuti program pengajian Perubatan, Farmasi dan Pergigian calon perlu mencapai sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dan Tahap 4 (Band 4) bagi mengikuti Program Pengajian TESL, Undang-undang dan Kesusasteraan Inggeris.

Hebahan/Pertanyaan

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU program pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui 3 kaedah berikut :

1. Internet :
- http://upu.mohe.gov.my
- http://www.jpt.uum.edu.my
- http://www.jpt.utm.my
2. SMS Taip UPU
RESULTNO KP dan hantar ke 15888
3. Hotline : 03-8883 5858 (10 Talian


16. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.


Sebarang aduan/pertanyaan sila e-mel kepada:
webmaster@ptptn.gov.my

Sila hubungi PTPTN HOTLINE - 03-2092 7788 untuk sebarang kemusykilan.
Faks : 03- 2092 1925

Aplikasi Dalam Talian

17. Apakah elemen yang perlu dimasukkan semasa mengemukakan permohonan?
Elemen yang WAJIB diisi ialah No. Kad Pengenalan/My Kad, No. Unik ID, Kata Laluan, Nama Ibu dan Kod Imej.

18. Bagaimanakah saya menjana 5 elemen wajib di atas?
i- Nombor Kad Pengenalan/My Kad - menggunakan No.KP yang sah
ii- Nombor Unik ID - yang dibeli di BSN
iii- Kata Laluan - dicipta sendiri perlulah ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga lapan (8) aksara (alphanumeric) .
iv- Nama Ibu - perlulah ringkas dan mudah untuk diingati.
v.Kod Imej - berdasarkan Imej yang tertera.

19. Sekiranya saya terlupa Kata Laluan dan Nama Ibu yang dimasukkan semasa permohonan, apakah langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan proses kemaskini atau semakan permohonan?
Anda boleh menghubungi BPKP JPT dengan memberi No.KP dan nombor rujukan permohonan untuk mendapatkan semula Kata Laluan atau Nama Ibu yang telah dimasukkan.

Lepasan Matrikulasi - Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu memaklumkan kepada Kaunselor Kolej Matrikulasi, PASUM dan Koordinator Asasi UiTM untuk penyelarasan dengan pihak BPKP JPT.

20. Adakah kemungkinan berlaku persamaan pada Nombor Unik ID yang dijana oleh BSN?
YA. Namun bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Unik ID, Kata Laluan dan Nama Ibu. Ini menunjukkan anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang berbeza.

21. Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal pasti dengan adanya tanda (#) di bahagian akhir nama program. Contoh adalah seperti berikut:

KH03 - Sarjana Muda Senibina #

22. Saya ingin mencetak semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak setelah anda selesai mengemukakan permohonan iaitu setelah klik butang "Sah & Hantar". Cetakan daripada laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem.

Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh anda.

23. Bagaimanakah saya boleh mengetahui permohonan saya telah selamat diterima oleh sistem ?
Anda boleh mengetahui permohonan telah diterima oleh sistem dengan membuat semakan melalui [Menu Semakan].

24. Semasa permohonan Fasa 1 saya belum memiliki keputusan akhir Matrikulasi/ KPM/PASUM/ASASI, bagaimanakah cara membuat pilihan program pengajian bagi kemasukan ke IPTA?
Anda boleh membuat pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 1 berdasarkan keputusan Semester Pertama. Setelah keputusan semester akhir diketahui, anda boleh membuat pengemaskinian pilihan program pengajian semasa permohonan Fasa 2 dibuka.

Perlu diingatkan program pengajian yang mempunyai ujian dan temu duga tidak boleh diubah semasa Fasa 2 sekiranya calon telah membuat pilihan program bertemu duga semasa Fasa 1.

25. Saya berminat mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTA. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?
Calon yang ingin mengikuti Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Hanya calon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

26. Bilakah Ujian MEdSI dan Temu Duga dijalankan bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan?
Hebahan mengenai ujian MEdSI boleh disemak mulai minggu kedua April 2010 di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my dan panggilan temu duga pada minggu kedua Mei 2010 di laman web upu.mohe.gov.my.

27. Bagaimanakah saya mendapat surat tawaran dari IPTA?
Anda boleh mendapat surat tawaran melalui laman web IPTA. Anda juga WAJIB menyatakan setuju terima tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

28. Bagaimanakah saya mengemukakan rayuan sekiranya gagal mendapat sebarang tawaran ke IPTA?
Anda WAJIB mengemukakan permohonan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Rayuan). HANYA calon yang GAGAL mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan e-Rayuan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

29. Bilakah keputusan rayuan diumumkan?
Keputusan rayuan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada minggu ketiga Julai 2010 selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru di IPTA. Sekiranya tidak mendapat sebarang tawaran sehingga 31 Julai 2010, permohonan rayuan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

30. Adakah BPKP JPT melaksanakan Ambilan Semester Kedua (Disember)?
TIDAK. Walau bagaimanapun terdapat beberapa IPTA tertentu melaksanakan Ambilan Semester Kedua. Sila layari laman web IPTA berkaitan untuk maklumat lanjut.

Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila kemukakan ke alamat e-mel kami upu@mohe.gov.my atau kunjungi kami di Karnival Pengajian Tinggi Negara - JOM MASUK U Tahun 2010 di 10 lokasi terpilih mulai minggu pertama Januari hingga Akhir Mac 2010. Maklumat lanjut sila layari laman web upu.mohe.gov.my



Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner