Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Induksi Nuqaba' Ke-5 2017

Imej
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Insyaallah, bermula dari 18 Ogos 2017 sehingga hari ini sedang berlangsung program Induksi Nuqaba' Kali-5 2017. Program ini adalah kerjasama diantara Alumni SBPI Selandar dan Badan Dakwah & Rohani SBPI Selandar. Program ini adalah sebagai orientasi kepada para Naqib/Naqibah bagi menyediakan mereka untuk mengendalikan usrah di SBPI Selandar. Program ini telah berlangsung sejak tahun 2012. Para fasilitator terdiri daripada Alumni SBPI Selandar dari batch 2010 sehingga batch 2016. Semoga induksi ini berjalan deng an lancar dan dipermudahkan urusan oleh Allah. Tahniah kepada para EXSELian yang terlibat !

Pendaftaran Keahlian Alumni SBPI Selandar (EXSEL)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sehingga 20 Julai 2017, seramai 260 orang daripada 1500 bekas pelajar SBPI Selandar telah mendaftar sebagai Ahli Alumni SBPI Selandar yang telah ditubuhkan pada tahun 2015. Ini bermakna 89% daripada bekas pelajar belum mendaftar . Sila klik link di bawah bagi mengisi borang pendaftaran sebagai Ahli Alumni SBPI Selandar (EXSEL). http://goo.gl/forms/TDTUej5RlA Apakah manfaat menjadi Ahli Pertubuhan Alumni SBPI Selandar? 1. Anda mempunyai networking dan persaudaraan yang besar iaitu seramai 1500 orang dan semakin bertambah pada setiap tahun yang terdapat di seluruh negara. 2. Ahli alumni berasal dari latarbelakang bidang yang berbeza iaitu kejuruteraan, teknikal, perbankan, perubatan, kesihatan, kewangan, undang-undang dan banyak lagi. Ramai juga yang menjadi jurutera, doktor, peguan, akauntan, usahawan, pensyarah, pengurus dan lain-lain. Ini memberikan kelebihan kepada ahli untuk mendapat bantuan/khidmat nasihat dalam asp...