Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Bajet 2010 untuk Mahasiswa

Imej
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sektor pendidikan di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkannya dalam Bajet 2010 berkata, kerajaan akan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya. "Mereka ini akan dipilih untuk dihantar ke 10 buah universiti terbaik dunia. "Kerajaan juga akan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010. "Bagi golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah kerajaan akan memberi diskaun 50 peratus bagi perhidmatan keretapi KTMB jarak jauh kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas selagi mereka bertaraf pelajar," katanya. Najib menambah, pelajar-pelajar ini akan diberikan kad diskaun pelajar 1Mala

Tahniah, Pelajar Cemerlang ex-SBPIS SPM 2005

Imej
Pelajar Cemerlang ex-sbpis spm 2005 PUTERI AZIZAH MEGAT ZAINON. Sumber :Bernama Seramai 266 Graduan PPUM Terima Diploma Pada Konvokesyen UM KUALA LUMPUR, 10 Okt — Seramai 266 graduan menerima Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di majlis konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-4 yang disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, pada Sabtu. Daripada jumlah itu, 23 menerima diploma lanjutan iktisas kejururawatan, 25 diploma teknologi makmal perubatan, 23 diploma radiografi dan 195 orang menerima diploma kejururawatan. Tuanku Zara turut menyampaikan anugerah cemerlang kepada enam graduan dalam bidang masing-masing. Seorang graduan cemerlang diploma teknologi makmal perubatan, Puteri Azizah Megat Zainon, 21, berkata minat yang mendalam terhadap bidang perubatan dan subjek Sains sejak di bangku sekolah telah membuatkan beliau tekad mengikuti pengajian dalam bidang itu. Puteri Azizah yang berasal dari Sepang, Selangor dan sering mendapat anugerah dekan berkata

"SENDING OFF" TN HJ BAHARUDIN HUSIN

Imej
Aku terkaku seketika apabila membaca posting terbaru di SBPI Selandar BLOG, Baru kutahu, baru kusedari, baru ku terfikir kembali, yang perpisahan itu pasti, guru yang ku rasa amat dekat di SBPI Selandar, antara tokoh pengasas SBPI Selandar, yang sinonim dengan SBPI Selandar, Cikgu yang anak muridnya mesra memanggil Cikgu Bahar telah berpindah ke SMS Rembau(Sekolah Menengah Sains Rembau), N9.. Untuk menggalas tanggungjawab sebagai PK Akademik di sekolah baru. Kami anak didikmu mengucapkan tahniah cikgu. Macammana aku boleh terlepas berita ini,, Namun yang pasti perpindahan Cg Baha membuatkan SBPI Selandar kembali sepi tatkala ramai guru-guru yang bersemangat tinggi mencurahkan bakti juga telah berpindah. Teringat dahulu, tatkala matahari menjengah di waktu pagi, pasti Cg Baha ada untuk menggerakkan anak didiknya ke sekolah. Senyuman Cg Baha sentiasa terukir walaupun mungkin ada 1001 kerisauan terhadap masa depan anak didik SBPI Selandar. Namun, aku juga terasa berbangga.. Apabila penat