Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Temuramah : Ameerul Ashraf bin Harunarasid (11A+)

Imej
TEMURAMAH ALUMNI Tahniah diucapkan kepada anda kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. Kami dari Alumni SBPI Selandar Blog ingin mengambil peluang menemuramah anda bagi berkongsi pandangan, idea dan pendapat tentang kejayaan anda dan untuk mencapai kecemerlangan. Kami ingin menanyakan 12 soalan dan berharap anda dapat memberikan sokongan dalam memberi inspirasi dan tips-tips kepada warga SBPI Selandar khususnya adik-adik yang sedang meneruskan pembelajaran di SBPI Selandar.   1.Terangkan secara ringkas tentang diri anda. Nama: Ameerul Ashraf bin Harunarasid Kelas 09/10: al-razi Rumah: Petronas (Ketua Rumah 09/10) Keluarga: Anak sulung dari 5 adik beradik SPM: 11A+ 2. Apakah perasaan anda setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang ini? Alhamdulillah...yang paling utama saya amat bersyukur kepada Allah s.w.t diatas nikmat yang tak terhingga. Sudah tentu saya bangga dengan kejayaan ini kerana tidak pernah terduga pun untuk mendapat keputusa