Pencipta : En. Karim bin Bayok Konsep · Keseluruhan lencana ini berkonsepkan kesepaduan ilmu dari buku – buku yang disusun bertingkat. Buku merupakan sumber ilmu yang utama. Rekabentuk lencana menggabungkan 3 elemen penting iaitu buku, bulatan bergerigi dan bikar. · SBPI Selandar menawarkan gabungan 3 aliran iaitu aliran sains tulen,aliran sains teknikal dan agama. · Integrasi ini merupakan satu konsep yang akan membawa kecemerlangan pendidikan pada masa hadapan. · Warga SBPI Selandar bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempunyai wawasan kearah merealisasikan WAWASAN NEGARA selaras dengan Falsasafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Sekolah Berasrama Penuh. Keterangan Logo Sekolah Berasrama Penuh integrasi Selandar Lambang Buku yang bertingkat terbuka : · Buku merupakan sumber ilmu yang membawa kepada kecemerlangan pendidikan. Bu...