Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengumuman/Perutusan/Makluman

Penundaan Tarikh Mesyuarat Agong Alumni SBPI Selandar

Assalamualaikum semua warga Alumni SBPI Selandar. Beberapa minggu yang lalu telah dibuat perbincangan secara dalam talian mengenai tarikh Mesyuarat Agong Alumni SBPI Selandar. Pelbagai cadangan dan maklum balas positif diterima daripada warga alumni. Kami pihak Alumni amat menghargai dan berterima kasih di atas kesungguhan secara keseluruhan warga Alumni di dalam segala perbincangan yang dibuat. Namun, di atas kekangan tenaga dan masa, mesyuarat yang dijangkakan akan diadakan pada hujung tahun ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh dan masa yang akan ditentukan kelak melalui perbincangan semula dengan semua warga Alumni. Diharapkan lebih ramai warga Alumni daripada semua batch spm tahun 2005 sehingga 2010 dapat terlibat dan membantu menyumbangkan idea, masa dan tenaga bagi menjayakan segala perancangan dan keputusan yang telah dipersetujui bersama di dalam perbincangan yang diadakan kelak. Sekian dahulu, semoga semua batch dapat memberikan sokonga...

Salam Ramadhan

Imej
Selamat menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan kepada semua Alumni SBPI Selandar di mana jua anda berada :) . Teruskan berhubung, Uniting the ALUMNI.

MAKLUMAN : Perpindahan Guru

Imej
Seramai 6 orang guru SBPIS akan berpindah/bertugas di sekolah yang baharu iaitu : Pn Zurinah Kasim - SM SAINS Kepala Batas,Pulau Pinang. Pn Mahfuzah Maarap-SMS Rembau NS, Pn Saliza Mad Isa - SMS Rembau NS, Al-Jefri Radzi Mustapa - SMS Rembau, En Hasbullah Salam dinaikkan pangkat sebagai GKMP Kemanusiaan di SMS Rembau berkuatkuasa 16/11/2009. Manakala. Cik Siti Azizah melanjutkan pelajaran Sarjana di UKM bidang Quran dan Sunnah . Kami warga SBPIS mendoakan agar dapat meneruskan perjuangan serta dapat berbakti dengan lebih di tempat baru. Amin..... P/S : Sedih pula rasanya bila dapat tahu guru yang rapat dgn kita bertukar.

Doakan Kejayaan SPM 2009

Imej
Salam exSBPIS, Pejam celik, pejam celik, rupanya SPM 2009 sudah datang menjengah. Terkenang daku akan SPM2005, 4 tahun yang lepas masih hangat di ingatan. Bersungguh-sungguh rakan-rakan bertungkus lumus untuk mencapai kejayaan. Alhamdulillah, semua nya dapat menyambung pengajian ke IPT. Begitu juga kpd rakan2 SPM2006, SPm 2007, dan SPM 2008, terlalu byk memori yg boleh dikongsikan. Namun, kali ini adik2 kita SPM 2009 pula akan menempuhi peperiksaan yang hebat ini iaitu bermula 18 Nov 2009. Jadi, marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka dan dipermudahkan di dalam segala urusan. Kerana sesungguhnya mereka adalah warga kita yang sedang berusaha. Moga, SPM 2009 akan menyambung kejayaan legasi SPM SBPI Selandar yang sentiasa mencatatkan kejayaan dan menempah nama di antara barisan SBP yang berjaya. Doakan semua STRAIGHT A1's kerana tiada apa yang mustahil di bumi SBPIS untuk mengeluarkan pelajar2 yang gemilang dan berwawasan. Sesungguhnya mereka adalah cerminan diri kita yang me...

EXAM DATANG LAGI!!

Imej
Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari Belajar Untuk Belajar -Jangan Takut Pada Peperiksaan -Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan -Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar. Kenal Pasti Cara Belajar -Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji -Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran -Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif. Teknik Belajar -Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab. -Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif. Sikap Di Dalam Kelas -Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar. -Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain. Masa Dalam Kelas Sangat Penting -Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru. -Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kel...

Bajet 2010 untuk Mahasiswa

Imej
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam sektor pendidikan di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkannya dalam Bajet 2010 berkata, kerajaan akan menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya. "Mereka ini akan dipilih untuk dihantar ke 10 buah universiti terbaik dunia. "Kerajaan juga akan menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010. "Bagi golongan pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah kerajaan akan memberi diskaun 50 peratus bagi perhidmatan keretapi KTMB jarak jauh kepada pelajar yang berumur 13 tahun ke atas selagi mereka bertaraf pelajar," katanya. Najib menambah, pelajar-pelajar ini akan diberikan kad diskaun pelajar 1Mala...

"SENDING OFF" TN HJ BAHARUDIN HUSIN

Imej
Aku terkaku seketika apabila membaca posting terbaru di SBPI Selandar BLOG, Baru kutahu, baru kusedari, baru ku terfikir kembali, yang perpisahan itu pasti, guru yang ku rasa amat dekat di SBPI Selandar, antara tokoh pengasas SBPI Selandar, yang sinonim dengan SBPI Selandar, Cikgu yang anak muridnya mesra memanggil Cikgu Bahar telah berpindah ke SMS Rembau(Sekolah Menengah Sains Rembau), N9.. Untuk menggalas tanggungjawab sebagai PK Akademik di sekolah baru. Kami anak didikmu mengucapkan tahniah cikgu. Macammana aku boleh terlepas berita ini,, Namun yang pasti perpindahan Cg Baha membuatkan SBPI Selandar kembali sepi tatkala ramai guru-guru yang bersemangat tinggi mencurahkan bakti juga telah berpindah. Teringat dahulu, tatkala matahari menjengah di waktu pagi, pasti Cg Baha ada untuk menggerakkan anak didiknya ke sekolah. Senyuman Cg Baha sentiasa terukir walaupun mungkin ada 1001 kerisauan terhadap masa depan anak didik SBPI Selandar. Namun, aku juga terasa berbangga.. Apabila penat ...

Hadiah Buatmu Guru

[Teks ini dibacakan sewaktu Sambutan Hari Guru SBPI Selandar 2009] Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, kita diberikan peluang untuk dipertemukan semula di hari yang begitu bermakna ini iaitu Hari Guru. Syukur yang tak terhingga juga kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang terbesar iaitu nikmat berada di atas muka bumi ini serta nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat dan mereka yang meneruskan risalah baginda. Guru-guru sekalian, Kami anak-anak didikmu dan bekas pelajar SBPI Selandar ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada Ayahanda Pengetua, En. Karim B Bayok, Guru-guru penolong kanan, serta guru-guru yang dikasihi sekalian. Pada hari yang bermakna ini juga kami ingin mengambil peluang di majlis ini untuk menyampaikan sedikit kata-kata dari Alumni SBPI Selandar. Guru sebagai pendidik memberi satu makna yang besar...

Selamat Hari Guru, Cikgu

Bersempena hari yang bermakna iaitu Hari Guru bertarikh 16 Mei, Alumni SBPI Selandar ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar, cikgu-cikgu SBPI Selandar yang sabar mengajar kami, melayani kerenah kami dan menasihati kami. Jasamu tidak akan kami lupakan cikgu. Doakan anak-anak didikmu yang berjuang di Menara Gading ini. Maafkan kami cikgu jika ada kesilapan yang kami pernah lakukan sehingga terguris hatimu. Terimalah dari kami : Terima Kasih Cikgu.