Hadiah Buatmu Guru
[Teks ini dibacakan sewaktu Sambutan Hari Guru SBPI Selandar 2009]
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, kita diberikan peluang untuk dipertemukan semula di hari yang begitu bermakna ini iaitu Hari Guru. Syukur yang tak terhingga juga kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang terbesar iaitu nikmat berada di atas muka bumi ini serta nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat dan mereka yang meneruskan risalah baginda.
Guru-guru sekalian,
Kami anak-anak didikmu dan bekas pelajar SBPI Selandar ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada Ayahanda Pengetua, En. Karim B Bayok, Guru-guru penolong kanan, serta guru-guru yang dikasihi sekalian. Pada hari yang bermakna ini juga kami ingin mengambil peluang di majlis ini untuk menyampaikan sedikit kata-kata dari Alumni SBPI Selandar.
Guru sebagai pendidik memberi satu makna yang besar. Apabila diletakkan dalam bahasa arab (murabbi) memberi makna yang lebih besar. Guru bukan sekadar tenaga pengajar yang telah diberi amanah untuk menyampaikan ilmu mengikut panduan yang telah ditetapkan. Tetapi guru memainkan peranan yang lebih hebat lagi iaitu sebagai wadah yang membentuk insan yang bakal menjadi pemimpin generasi masa hadapan.
Batu bernama si batu bata
Tempat hinggap si burung balam
Guru itu ibarat pelita
Memberi cahaya setiap malam
Sesungguhnya, profesion keguruan yang amat murni ini tidak pernah gagal menyumbang khidmat dan baktinya. Sebagai ahli kepada keluarga besar warga pendidik, setiap daripada insan yang bergelar guru pada hari ini perlu bermuhasabah diri, menilai apakah tahap komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab, sejauh mana iltizam dalam menjunjung imej dan kedudukan profesion ini, dan seterusnya adakah sumbangan memadai untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang sedang dan akan dicipta oleh profesion keguruan pada era ini. Ini kami anak-anak didikmu dapat lihat dalam tindak tandukmu guru, dengan semangat mendidik anak bangsa dan segala penat lelah yang engkau lalui hanya untuk untuk melihat masa depan kami yang cerah. Terima kasih cikgu.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang peguam yang menang bicara
Jika hari ini seorang penulis yang terkemuka
Jika hari ini siapa saja yang dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru yang biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Adik-adik SBPI Selandar sekalian,
Mustahil insan itu boleh dibina tanpa agama. Ilmu Al-Quran mengajar kita tentang adanya dua perkara dalam setiap insan itu yakni jasad dan roh. Membina roh insan adalah memberi faham kepada mereka tentang dosa dan pahala, adanya taat dan maksiat, adanya malaikat dan adanya iblis, adanya hisab dan adanya hari pembalasan, adanya Syurga dan adanya Neraka. Bawalah agama dalam dirimu dan hormatilah guru.
Adik-adik sekalian,
Taatilah guru-gurumu yang sanggup melayan kerenahmu sebagaimana kami mentaati guru-guru kami dahulu. Bantulah mereka untuk meningkatkan wajah SBPI Selandar ini di mata Negara. Sayangilah mereka dan hormatilah mereka. Banggakanlah mereka dengan kejayaanmu. Hal ini kerana, dengan pengorbanan mereka kami kini telah berjaya ke peringkat pengajian tinggi dengan tersemat segala nasihat dan kata-kata guru SBPI Selandar kami di sanubari.
Seorang guru itu diibaratkan sebagai perwira. Sekiranya di dalam kisah-kisah peperangan, gurulah sebagai panglimanya. Batalionnya bergerak berpandukan arahannya. Hebat panglimanya, maka akan membawa kepada kemenangan. Lemah panglimanya akan membawa kepada kekalahan dan kemusnahan.
Bersenjatakan pena keramat
Berbekalkan ilmu di dada yang sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu visi dan matlamat
Bagi mengangkat martabat ummat
Di pentas watan dan sarwajagat
Begitulah besarnya impak yang dibawa oleh seorang pendidik. Menjadi acuan kepada anak didik mereka. Guru itu adalah pelengkap kepada segalanya. Tanpa guru, pincanglah manusia. Tugas guru itu;
Agar dapat menokok barang yang kurang
Agar dapat menggulas mana yang senteng
Agar dapat menghubung mana yang pendek
Usang-usang minta diperbaharu
Lapuk-lapuk minta dikajangi
Yang singkat tolong sambungkan
Yang panjang tolong keratkan
Yang koyak minta ditampal.
Seorang guru mempunyai beribu-ribu anak didik. Kesabaran mereka menghadapi karenah setiap individu itu tiada bandingannya. Pada mereka, yang penting adalah menjalankan amanah iaitu membentuk anak-anak ini agar menjadi manusia yang berguna satu hari nanti. Kami sebagai bekas pelajar SBPI Selandar selalu mengingati kalian yang telah sabar mencurahkan ilmu tanpa penat jemu. Banyak kesilapan yang mungkin telah kami lakukan dulu, jadi, Alumni SBPI Selandar ingin memohon seribu kemaafan atas kenakalan kami dulu yang mendapat perhatian dan kasihmu.
Tidak terbayar jasa mu guru yang telah ditaburkan. Setiap kata dan nasihat menjadi mutiara yang tersimpan di sanubari kami. Hanya ini yang mampu kami beri.
Taman lagundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pokonya mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati
Tinggi bukit silang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Dalam hati kenang-kenangan
Akhir kalam, ingin kami hadiahkan seuntai madah yang tak seberapa sebagai gambaran penghargaan kami kepada setiap guru yang telah menabur bakti dalam mendidik anak bangsa.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah di Pinggir kota
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jadilah apapun di akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Terima kasih cikgu. Dari anak-anak didikmu bekas pelajar SBPI Selandar yang berjuang di :
Universi Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabansa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), University of Birmingham, UK. University of Surrey, UK. Fachochschule Bingen, Germany. Universitas Padjadjaran Bandung, Indonesia. Nizhny Novgorod State Medical University, Russia. Jordan University of Science and Technology, Jordan. Dongyang Technical College, Seoul, South Korea. Cairo University, Egypt. Mansoura University.

sgt menyentuh ht..
BalasPadambijak si pengarang bermadah..
smngat utk mnjadi seorg pndidik smkin berkobar2..
semoga Allah prmudahkn urursan kt smua..