Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Memori SBPI Selandar

Selamat Hari Guru 2011

Imej
SELAMAT HARI GURU!!! Kepada semua, selamat berjuang dalam jalan menuju Allah. Moga ALLAH merahamati kalian dalam bulan Ramadhan kali ini. RAMADHAN KAREEM!!! Kemaafan dipinta andai diri pernah membuat salah pada kalian apatah lagi hutang piutang yang mungkin belum langsaikan. Maafkanlah dan sesungguhnya orang yang memberi itu lebih baik daripada orang ynag menerima!

Tahniah SBPI Selandar SPM 2010

Imej
Assalamualaikum semua warga exSBPI Selandar. Setelah keputusan SPM diumumkan, SBPI Selandar telah mendapat 28 orang semua A iaitu masing-masing 7 orang 11A, 5 orang 10A dan 16 orang 9A dengan Gred purata 1.90. Ini memberikan kedudukan SBPI Selandar kedua selepas Sekolah Sains Muzaffar Shah dengan Gred puratanya 1.71. Selain itu, SBPI Selandar juga terus melakar nama diperingkat negeri apabila seorang daripada calon SPM 2010, saudara Ameerul Ashraf Harunarasid yang merupakan salah seorang calon daripada dua orang yang telah berjaya mendapat semua 11 A+ di negeri Melaka. Pada saya, setinggi tahniah kepada warga SBPI Selandar yang masih lagi mampu menunjukkan kesungguhan dan kemampuan di dalam mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan SPM 2010. Hal ini kerana mereka mampu untuk menempuh dan mengatasi segala masalah ketika menjalani sesi pembelajaran sepanjang tahun lepas yang penuh cabaran suasana pembelajaran yang sedikit mencabar. Saya juga secara peribadinya sungguh teruja d...

Nite Of Golden Memory (SPM2007)

Salam semua exsbpis, Mari kita saksikan dan tonton persembahan multimedia batch SPM2007 semasa jamuan mereka.. Huhu, best2 dan kreatif..cayalah Bro Diupload oleh Burn.

Hari Guru The Movie 2008 SBPIS

Salam to all ex-SBPI Selandar, Tengah ak search di you tube, tetibe lak jumpa video ni. Video ni kalau tak salah dihasilkan oleh batch SPM 2008. Sedikit drama sebabak yang tidak begitu seram (tontonan Umum) sempena hari guru 2008. Apepun, good job guyz & girlz. Lepas ni, banyakkanlah buat video cmni lagi pada mereka yang masih bersekolah. Kenangan tu. Apapun, pada siapa yang x pernah melihat drama sebabak ini, meh kita layan drama ni di blog Alumni kita ni. Hanya boleh didapati di You Tube & blog Alumni. Layannn... PART 1 PART 2 Komen boleh diberikan di bahagian pandangan. Huhu...

Form 5 2005 SBPI Selandar

Video ini dihasilkan oleh jawatankuasa majlis makan malam form 5 2005. Untuk tontonan semua, khususnya pelajar spm 2005. Telah ditayangkan pada malam tersebut dan dipertontonkan kepada semua warga sbpi selandar. Setinggi penghargaan kepada semua f5 2005, guru-guru, para pelajar f1, f2, f3, f4(2005) dan warga sekolah termasuk seluruh hadirin kerana telah menjayakan majlis tersebut. Walaupun dalam segala kekurangan peralatan dan kemudahan. Namun, segala usaha mengatasi segalanya. Syabas form 5 2005 SBPI Selandar Melaka. Form 5 2005 SBPI Selandar (part 1) Form 5 2005 SBPI Selandar (part 2) Kredit untuk Saudara Farid Aspar kerana telah mengupload video ini. Alumni terus bersatu.