Permohonan Lanjutan Pelajaran Ke Perubatan Timur Tengah
Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua. Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir. Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul. Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi. 1) Muat turun borang permohonan: http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_medic_mesir.pdf 2) Permohonan juga perlu disertakan de