Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Tahniah Hoki SBPIS

Imej
Tengah belek-belek surat khabar Metro Ahad tadi, secara tak sengaja terbaca lak berita Hoki SBPIS bawah 16 tahun Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan. Jadi ucapan tahniah kepada pasukan hoki bawah 16 tahun SBPIS, daripada pihak Ex-SBPIS. Jadi berikut adalah keratan akhbar tersebut untuk dikongsi bersama :- Harian Metro Oleh NAZRI ABU BAKAR PASUKAN hoki lelaki Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, (SBPIS) Melaka muncul juara Kejohanan Hoki Bawah 16 tahun Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Zon Selatan kali keempat selepas menewaskan Sekolah Menengah Sains Seremban (SMSS) 1-0, baru-baru ini. Perlawanan yang berlangsung di padang hoki Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Durian Tunggal, itu menyaksikan jaringan tunggal Muhammad Rasydan Saiful meletakkan SBPIS muncul juara sekali gus mengulangi pencapaian 2006 yang pernah diraih mereka. Dua pasukan itu juga secara automatik layak beraksi di peringkat kebangsaan pada pertengahan Jun depan. Bagi kategori perempuan

HKSBP 2009

HKSBP datang lagi!! Huhu, teringat kenangan HKSBP 2005. Tapi, kali ini Hari Kecemerlangan SBP 2009 (HKSBP 2009) akan dilangsungkan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya pada 28 Mei-2 Jun 2009 . Huhu, kalu x silap, esok sampai hari selasa depan la. Ini antara maklumat yang aku dapat dari page web HKSBP 2009 : Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah diberi penghormatan oleh Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kluster untuk menganjurkan Hari Kecemerlangan SBP (HKSBP) yang akan berlangsung pada 28 Mei - 2 Jun 2009 di SSP @ Cyberjaya dan SSAS @ Putrajaya. HKSBP merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 35 tahun yang lalu dan kini tibalah masanya untuk SSP Cyberjaya menggalas amanah menunaikan hasrat lebih daripada 2000 orang peserta daripada 54 buah SBP untuk menjadikan HKSBP Ke-36 tahun 2009 antara yang paling meriah. HKSBP mempertandingkan dua cara utama iaitu Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pertandingan Bola Keranjang (Lelaki & Perempu

Hadiah Buatmu Guru

[Teks ini dibacakan sewaktu Sambutan Hari Guru SBPI Selandar 2009] Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahnya, kita diberikan peluang untuk dipertemukan semula di hari yang begitu bermakna ini iaitu Hari Guru. Syukur yang tak terhingga juga kerana masih lagi dikurniakan nikmat yang terbesar iaitu nikmat berada di atas muka bumi ini serta nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga, sahabat dan mereka yang meneruskan risalah baginda. Guru-guru sekalian, Kami anak-anak didikmu dan bekas pelajar SBPI Selandar ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada Ayahanda Pengetua, En. Karim B Bayok, Guru-guru penolong kanan, serta guru-guru yang dikasihi sekalian. Pada hari yang bermakna ini juga kami ingin mengambil peluang di majlis ini untuk menyampaikan sedikit kata-kata dari Alumni SBPI Selandar. Guru sebagai pendidik memberi satu makna yang b

Student Melayu

Assalamualaikum wbt. Mauduk post kali nie - student melayu.. saya mgkin tidak sepetah saudara kopiah_alrazi dalam memberikan hujah dalam perdebatan umum, tp dengan sedikit pengalaman sebagai mahasiswa, saya ingin mengajak sahabat2 sekalian membicarakan mengenai mengapa mahasiswa melayu selalu tersungkur di menara gading walhal ada antara mereka adalah pelajar cemerlang dan datang dari sekolah-sekolah yang terkenal. sepanjang pemerhatian saya, ramai dalam kalangan kita (orang melayu) yang selalu menganggap diri sendiri sudah cukup hebat berbanding dengan yang lain, lantas meletakkan diri di bawah tempurung yang dicipta sendiri. Dengan kata lain, mecipta suatu sempadan antara diri kita dengan rakan-rakan yang lain, yang tanpa kita sedari sebenarnya lebih maju atau hebat daripada kita ini adalah penyakit yang amat sinonim dengan mahasiswa yang berasal daripada sekolah berasrama penuh. Saya mempunyai seorang rakan (software engineering) dan terlalu bangga dengan title 'engineering&

Selamat Hari Guru, Cikgu

Bersempena hari yang bermakna iaitu Hari Guru bertarikh 16 Mei, Alumni SBPI Selandar ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua tenaga pengajar, cikgu-cikgu SBPI Selandar yang sabar mengajar kami, melayani kerenah kami dan menasihati kami. Jasamu tidak akan kami lupakan cikgu. Doakan anak-anak didikmu yang berjuang di Menara Gading ini. Maafkan kami cikgu jika ada kesilapan yang kami pernah lakukan sehingga terguris hatimu. Terimalah dari kami : Terima Kasih Cikgu.

Warga SBPI Selandar Seantero Dunia

Mari lihat siapa rakan-rakan kita yang belajar di oversea : SPM 2005 1. Mohd Yusri B Yusop - bun_iz@yahoo.com.my - Bsc. Physics - University of Birmingham, UK. 2. Nuruljannah Shamsuri - ex_sinaians88@yahoo.com - Bsc Math - University of Surrey, UK SPM 2006 3. Azwa Laila Azman - azwaazman@gmail.com - Electrical engineering - Fachochschule Bingen, Germany 4. Nur Emalina Mohd Ali - ponyluvgummies@live.com - Medic - Universitas Padjadjaran Bandung 5. Nur Fatin Liyana Asri - Lyn_frick@yahoo.com - Medic - Universitas Padjadjaran Bandung 6. Nur Fadhilah yanti Abd manaff - Padeel_comey@yahoo.com - Bsc in mathematics - University of birmingham, UK. 7. Saidatul Fatiha Abd Ghafar - saigeniustkp@yahoo.com.my - Medic - nizhny Novgorod State Medical University, Russia. 8. Muhammad hafiz Shamsuri - Apis_aj@yahoo.com - Dentistry - Jordan University of Science and Technology 9. Zatul Amrah Mohammad Nazri - Amrah5774@yahoo.com - Electronic enginee

Menempa Sejarah Masuk Final Cup

Imej
Tahniah kepada pasukan ragbi sbpis 7`s yang telah berjaya mengharumkan nama pasukan ragbi Sbpis kerana berjaya melangkah masuk ke final Cup Piala Presiden pada 2-3 Mei 2009.Pasukan ragbi Sbpis telah berjaya menumpaskan pasukan seperti SMK Bukit Baru(17-0) ,Mrsm Terendak ( 21-0) dan Mhs( 5-5) untuk menjuarai kumpulan ..berjaya dalam separuh akhir menumpaskan Smk Dang Anum( 12-0) dan seterusnya memberikan saingan yang sengit kepada pasukan KYS walaupun seorang pemain diberi sin bin menyebabkan lawan mempunyai kelebihan pemain.. syabas dan tahniah kepada pemain2 yang telah berjaya membawa pasukan ragbi sbpis ke final cup untuk kali pertama walaupun tewas tipis 19-17 ..Semoga berjaya menjadi juara suatu masa kelak ..Insyallah.. Sumber : http://rugbysbpis.blogspot.com/