Catatan

Peluang Dalam Bidang Kejuruteraan Di Perancis

Imej
Assalamualaikum, sempena peluang terbuka untuk calon lepasan SPM yang baru-baru ini telah mendapat keputusan, satu perkongsian yang mahu dikongsikan oleh seorang alumni SBPI Selandar yang sedang belajar dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi pengajian tahun kedua di Université Sud Toulon Var, Toulon (USTV), Perancis. Kisah penceritaan ini yang dikongsikan oleh Abu Zarim Bin Mohamad dalam blognya , beliau berbesar hati mahu kongsikan pengalamnya selama beberapa tahun dalam pengajiannya di Perancis KHAS untuk blog Alumni SBPI Selandar dan kisahnya adalah seperti yang tercatat di bawah dengan sedikit edit untuk memudahkan entri ini dicari. Alhamdulillah... Saya mulakan entry kali ini dengan ucapan syukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi, dan diikuti dengan bait-bait kata daripada lirik lagu: "Kita hanyalah merancang, hanya tuhan menentukan." Semoga perancangan kita berada di bawah perancangan Allah.  :) InshaAllah. Dalam kehidupan, kita memang tak...

Peluang Pengajian Di Mesir Kemasukkan September 2013

Imej
Assalamualaikum, peluang menyambung pengajian di Mesir untuk kemasukkan September 2013 kini dibuka bermula 1 Mac 2013 lalu. Jika anda berminat, bolehlah dapatkan maklumat dan dengarkan taklimat di beberapa lokasi yang telah dijadual seperti yang di bawah. Anda akan penyambung pengajian di Akademi Al-Quran Medik Malaysia dengan kemasukkan yang akan bermula nanti dalam beberapa bidang pengajian. Boleh lihat maklumat lanjut di laman web di  http://www.aqm.my/new/ . Berikut maklumat ringkas berkaitan program dan taklimat tersebut untuk mereka yang berminat. Taklimat Peluang Pengajian di Mesir AQM akan mengadakan 'Taklimat Peluang Pengajian di Mesir'. Para pelajar lepasan SPM, calon SPM, para ibu bapa, guru-guru sekolah, dan orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat tentang peluang pengajian di bumi anbiya' Mesir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Ulum Islamiah. Maklumat pengajuran taklimat adalah seperti berikut:- ...

Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Tutup: 12 April 2013)

Imej
Assalamualaikum, tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012. Apa pun rezeki anda semua ada, dan bezanya hanya cepat dan lambat sahaja. "Man Jadda, Wa Jadda" maksudnya sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. InshaAllah.  Kali ini, saya kongsikan peluang Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera yang mana akan dibuka pada 25 Mac 2013 sehingga 12 April 2013. Kepada sesiapa yang mempunyai ciri-ciri berikut, anda layak:- Bumiputera Keputusan peperiksaan • SPM: 5A ke atas • STPM: 2A ke atas Pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan (dikaji dari masa ke semasa) Berkemahiran unik Berciri kepimpinan Dan bolehlah lihat maklumat lanjut di halaman yang di bawah ini atau ke Facebook Yayasan Peneraju Di sin i atau terus ke HALAMAN ( http://www.penerajuedu.com/Peneraju-Tunas.php ). Sebagai panduan anda untuk memohonnya kelak. Ianya adala program Peneraju Tunas Potensi. ...

Semoga Berjaya Keputusan SPM 2012 diumum 21 Mac 2013

Imej
Assalamualaikum, esok 21 Mac 2013, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012 bakal diumumkan. Pihak alumni SBPI Selandar, mendoakan agar semua calon SPM 2012 akan mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat meneruskan pengajian untuk menuntuk ilmu di peringkat yang lebih tinggi.  Apa pun keputusan yang bakal diterima esok, terimalah dengan hati yang terbuka dan handaklah sentiasa bersyukur kerana perjalanan hidup anda ke dunia realiti baru sahaja bermula. Kejayaaan atau pun kurang berjaya dalam SPM bukanlah penentu dan menjamin masa depan anda. Keputusan esok hari adalah sebagai tiket untuk anda bermula sahaja. Apa pun semoga berjaya dan jangan lupa kongsikan kepada kami warga ex-SBPIS. Kami juga ingin bersama-sama meraikan segala keputusan yang diperolehi dengan hasil usaha anda semua. InsyaAllah berjaya hendakya. Berikut kenyaatn akhbar keputusan SPM tahun 2012. KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2...

Jadual MUET Tahun 2013

Imej
Assalamualaikum, anda sudah ambil MUET? Jika anda belum ambil dan perlu ambil untuk kelayakkan menyambung pengajian, di sini saya kongsikan jadual MUET untuk Tahun 2013 ini. Pendaftaran MUET pada tahun ini akan dibuka pada 1 April 2013 sehinggalah 19 April 2013 untuk calon biasa manakala untuk calon yang ingin membaiki semula keputusan MUET mereka, anda boleh mendaftar bermula pada 6 Mei 2013 sehinggalah 13 Mei 2013. Jadi, anda perlu tahu tarikh-tarikh penting untuk bagi tahun ini untuk peperiksaan MUET yang diuruskan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sila lihat jadual di bawah untuk perancangan anda mengambil peperiksaan ini. Semoga, jadual ini dapat membantu anda membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan MUET ini. Sekian, Selamat Berjaya. Terima kasih.

Belajar English Dengan Gambar?

Imej
Mari kita belajar bahasa inggeris dengan gambar di bawah. Mudah je kan bahasa inggeris ni nak faham. Saja kongsi buat santaian minda. Kadang-kandang, kita sendiri keliru dengan penggunaan perkataan inggeris ni. Apa-apa pun, enjoy. Sekian, terima kasih.

Malaysian Pharma Komuniti Ahli Farmasi dan Masyarakat

Imej
Assalamualaikum, saya mahu kongsikan di mana kita semua boleh mendapatkan maklumat mengenai ubat dan perkongsian berkaitan ubat serta farmasi. Saya telah menemui satu laman web kendalian ahli farmasi di Malaysia. Saya menggalakkan anda semua untuk menyertai komuniti ini untuk mendapatkan dan berkongsi ilmu mengenai ubat-ubatan dan juga mengenai farmasi. Laman web ini ditubuhkan pada 22 Jun 2011 dan mensasarkan untuk mengumpulakan ahli farmasi bersama-sama masyarakat awam dalam satu komuniti. Disebabkan di Malaysia belum ada laman web yang membolehkan orang awam bertanya secara terus kepada ahli farmasi, laman ini mahu membantu orang ramai untuk mendapatkan maklumat secara terus. Inisiatif ini diambil supaya masyarakat akan mendapat nasihat dan maklumat yang betul terus daripada ahli farmasi dan pakar-pakar perubatan yang mana sumbernya lebih boleh dipercayai. Antara admin dan penulis di dalam MalaysianPharma.com ialah:- Admin:- 1. Mohd Jauze Komarudin - B. Pha...