Program Interaksi Bersama Alumni 2009

Salam to all ex-SBPIS,

Di sini ade satu pengumuman, iaitu Program Interaksi Bersama Alumni 2009 dtg lagi pada tahun ini. Program ini adalah program yang dianjurkan oleh Alumni SBPIS untuk pelajar F5 SBPIS 2009. Pada tahun lepas program ini berjalan dengan penuh lancar sekali yang diketuai oleh Mohd Farid Aspar (SPM 2005) , dan dibantu oleh Tariq ( SPM 2005) , Siti Aminah (SPM 2005) dan ramai lagi bekas pelajar SPM 2005 yang menjadi Facilitator. Tenaga alumni pada program tersebut adalah lebih kurang 30 orang.

Pada tahun 2009 ini, kita akan mengabungkan 3 batch iaitu SPM 2005, SPM 2006 & SPM 2007 untuk menjayakan program kita ini. Dan diberi kelebihan kepada SPM 2006 untuk kuota yang terbanyak dalam facilitator. Jadi, apa tunggu lagi, mari semua alumni SBPIS kita tengok jadual harian kita dan luangkan masa untuk program ini pada :

Tarikh : 19-21 Jun 2009 (Jumaat- Ahad)

Tempat :
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka

Tema :
" Melangkah ke Menara Gading: Realiti & Cabaran"

Facilitator Diperlukan : 38 orang ( Makan & Tempat tinggal disediakan)

Objektif :

1. Memberi pendedahan awal berkaitan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

2. Memberi galakkan supaya pelajar berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

3. Memberi motivasi kepada pelajar agar mempunyai persediaan dalam menempuh alam kampus dan dunia luar yang lebih mencabar.

4. Sebagai program motivasi untuk pelajar SBPI Selandar lebih bersedia untuk mencipta kejayaan pada SPM.


Perlawanan bola sepak persahabatan antara Alumni dan Wakil Sekolah SBPIS juga akan diadakan. Kertas kerja program boleh didapati dalam Alumni Group. Untuk sesiapa yang hendak menyertai program alumni ini, boleh hubungi wakil2 berikut :

1. Abu Hanifah (017-2821348)- untuk SPM 2005
2. Siti
Aminah (013-2643854)- untuk SPM 2005
3. Soleh(SPM 2006) - untuk SPM 2006

4. Azfar
(SPM 2007) - untuk SPM 2007
7. Mas (SPM 2007) - untuk SPM 2007


Di sini ade sdikit klise tentang Program Alumni Tahun Lepas. Amat meriah dan menarik . layan....

Ulasan

  1. Salam..
    Nak tnya,still ade ruang utk jadi faci??

    BalasPadam
  2. Masih ade lagi,
    hubungi wakil batch masing-masing ek.

    Yang penting ckup dr kurang.

    BalasPadam
  3. uhh.. smpi hati x tunggu...
    emm, xpe2, gud luck eh utk sape yg g sn t...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah