Isnin, 8 Jun 2009

Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dalam Negara ( Deadline : 28 Jun 2009)

Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP) yang diuruskan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi adalah satu program bagi menyediakan bekalan tenaga pengajar terlatih untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan, UTP, MMU dan UNITEN sahaja.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SLTP DI DALAM NEGARA ( Tawaran dibuka sekali setahun sahaja) :


1. Tawaran hanya sah kepada Warganegara Malaysia sahaja;
2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan;
3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 tahun dan ke atas;
4. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada 01 Januari 2010 ;
5. Mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.75 dan ke atas di peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/STPM ;
6. Belum mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain ;
7. Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM ;
8. Mendapat sekurang-kurangnya Band 3 dalam peperiksaan MUET ;
9. Aktif dalam kegiatan kokurikulum serta aktiviti kemasyarakatan ; dan
10. Mempunyai minat dan kecenderungan untuk berkhidmat sebagai pendidik.


PEMILIHAN


Proses pemilihan akan diadakan dalam dua peringkat iaitu:-

1. Hanya calon-calon yang memenuhi semua syarat yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki Ujian MeDSi yang akan dikendalikan oleh BAHAGIAN LATIHAN KERJAYA, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
2. Calon-calon yang berjaya dalam ujian tersebut akan dipanggil untuk pemilihan dalam sesi temuduga yang akan diurusetiakan oleh BAHAGIAN LATIHAN KERJAYA, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


KONTRAK PERKHIDMATAN


Pemohon yang menerima tawaran Biasiswa ini dikehendaki berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Politeknik atau Kolej Komuniti dan sekiranya enggan, tuntutan gantirugi akan dikenakan mengikut kos tertentu atau perbelanjaan sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam perjanjian.


PERMOHONAN / PERTANYAAN


1. Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun.
2. Permohonan secara atas talian (online) sahaja akan dibuka pada 9 Jun 2009 di laman web mohe.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Jun 2009.
4. Bidang kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut (bergantung kepada keperluan Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti) :

SENARAI KURSUS : Sila lihat di laman web rasmi.

http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pengajar_PoliKK.php

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :


UNIT BIASISWA
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 4, BLOK 1, MENARA PjH,
PRESINT 2
62100 PUTRAJAYA

( u.p. : Cik Zanariah / Encik Zulfadli / Cik Siti Bahirah )

Tel. : 03-8884 4600 / 4678 / 200
Faks : 03-8884 4701
E-mel : bspra@mohe.gov.my
zanaz@mohe.gov.my
zulfadli@mohe.gov.my

Laman Web

Source : http://malaysia-scholarship.net/



1 ulasan:

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner