Isnin, 22 Jun 2009

Tahniah, Interaksi Bersama Alumni ( INTEL 09)

Salam, alhamdulillah, semalam tamatlah sudah program rasmi kita di
sekolah pada tahun ini.

Nampaknya program ini mencapai kejayaan yang membanggakan dengan adanya
kerjasama dari semua bekas pelajar SPM05, SPM06, dan SPM 07. Syukran
jazilan kepada semua fasilitator yang terlibat. korang semua memang
best. Gambar-gambar yang telah ditangkap pada program tersebut akan
diupload dalam yahoo group kita ni sedikit masa lagi.

Antara respons pelajar F5, diorang kate memang best, minta sambung lagi,
best sangat, akak-akak dan abang2 sporting sangat, telah mula nampak
tempat yang hendak dituju, ingin diadakan lagi, menganggap program ni
program yg terbaik pernah diadakan di sekolah, x pernah dapat
facilitator yang best seperti abg2 dan akak2 , seronok
jumpa senior-senior dan banyak lagi. Banyak lagi sebenarnya, farid, tlg tambahkan lagi
ek respon2 yang telah dak2 F5 berikan ek. Bukan aku yg respon ek,
diorang yang menjadi peserta kata. Tapi bg aku, semua alumni telah beri
kerjasama terbaik, walaupun pada last minute, kita berjaya menganjurkan
explorace yang mencabar. tahnniah buat korang sekali lagi.

Terima kasih buat ainuddin atas menyumbang kepakaran dan khidmatnya
dalam fotografi program kita kali ni. Jadi, siapa yang ada ambil gambar utk program kita ni, bolehlah upload dalam yahoo group untuk dikongsi bersama k. Jumpa lagi di tahun depan dalam INTEL '10 untuk berkongsi ilmu dengan lebih banyak lagi. Program
tahun depan akan diketuai oleh alumni SPM06 yang dipimpin oleh soleh.
Jadi, korang buat yang terbaek ye.

Ilal liqa'

2 ulasan:

  1. aik.sudah habis ka?

    BalasPadam
  2. Ha ah, untuk tahun ni punye.
    jumpa lagi di tahun hadapan

    BalasPadam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner