Sabtu, 13 Jun 2009

Temuramah : Wan Muhammad Najib bin Mohd Daud ( 11 A1)



Tahniah kepada anda kerana memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2008. Kami dari Alumni SBPI Selandar Blog ingin mengambil peluang menemuramah anda bagi berkongsi pandangan, idea dan pendapat anda untuk mencapai kecemerlangan. Kami ingin menanyakan 12 soalan dan berharap anda dapat memberikan sokongan dalam memberi inspirasi dan tips-tips kepada warga SBPI Selandar khususnya adik-adik yang sedang meneruskan pembelajaran di SBPI Selandar.


Terangkan secara ringkas tentang diri anda.

Nama Penuh: Wan Muhammad Najib bin Mohd Daud
Tempat tinggal: Shah Alam
Kelas: 5 Al-Razi
Anak Ke-3 daripada 5


Apakah perasaan anda setelah mendapat keputusan SPM yang cemerlang ini?
Bersyukur dan sudah tentulah rasa gembira.Kepuasan? belum lagi. ^_^


Siapakah yang menjadi pendorong kepada kejayaan anda?
Keluarga,guru-guru, senior-senior, kawan-kawan dan junior-junior


Apakah perkara yang memotivasikan anda dalam menempuh dugaan dan cabaran semasa pengajian di SBPI Selandar sehingga mendapat keputusan SPM yang cemerlang ini?
Pada awal tahun 2008, saya telah menerima banyak aduan daripada guru-gura yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pencapaian akademik saya.
Alhamdulillah, mereka tegur saya dengan cara yang baik sehinggakan saya nekad untuk bangkit dan membuktikan bahawa saya juga mampu untuk mencapai straight As dalam SPM saya.


Apakah prinsip kehidupan yang anda pegang untuk terus memajukan diri dan memacu kejayaan?
doa senjata mukmin
loser always give excuses
no pain no gain
usaha tangga kejayaan
impossible is nothing


Pada pandangan anda, apakah kelebihan yang terdapat di SBPI Selandar berbanding Sekolah Berasrama Penuh ( SBP) yang lain?
Guru-guru,
Walaupun muda, mereka memiliki kemahiran mengajar yang sungguh hebat.Menandingi guru-guru yang berpengalaman.

Kesederhanaan,
Bagi pendapat saya, kesederhanaan penting bagi memangkin semangat untuk belajar. Harap2, dalam masa akan dating, Kalau alumni dah kaya, budak-budak sekolah tu jangan dimewah-mewahkn sangt.hehe.nanti dorang lalai.




Bagaimanakah SBPI Selandar boleh mempertingkatkan lagi usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi pelajar yang mendapat straight A’s ?
Bangkitkan kesedaran individu. Kebanyakan pelajar masih lupa tujuan asal mereka untuk datang ke sekolah.
banteras ‘couple’. Bagi saya, tidak ada apa-apa benefit pun kalau couple2 ni masa sekolah. Lebih baik kita stay single. Dapat tumpu belajar. Tak mati kot kalau tak couple kan? Jodoh tak lari ke mana pun bagi saya. Walauapapun, saya sekadar cuba untuk mengingatkan diri saya yang lemah ini juga. ;)
utamakan budaya yang ISLAMIK dalam semua hal. Sensitiviti dalam hal agama perlu ada dalam diri setiap individu.insyaAllah.


Adakah anda melihat aktif dalam kokurikulum memberi kesan kepada kecemerlangan anda? Bagaimana?
Ya, Menyebabkn kita akan berusaha 2 kali ganda daripada pelajar-pelajar lain.
Kita akan sanggup korban masa lapang kita-stay up, rehat, etc. semata-mata untuk kejar silibus yang kita tertinggal. So, bagi saya, dalam hal ini, ilmu akan lebih banyak yang menyerap dalam minda kita kerana kita betul-betul usaha untuk menuntut ilmu ni berbanding sekadar menunggu cikgu ‘suap’ dalam mulut kita masa kelas. (bukan maksud saya belajar dekat kelas tak masuk dlam kepala eh. Ini hanya pendapat semata-mata.harap faham ^_^)


Bagaimanakh anda membahagikan masa anda di sekolah untuk mencapai kejayaan? Bolehkah anda berkongsi bersama kami .
Herm. Undescribable la. Actually saya pun tak reti sangat bahagi masa ni. Kalau ada masa saya cuba belajar. Jangan lah malas nak stay up kalau agak-agak diri tuh selalu sibuk. Jangan anggap bila kita ada jawatan yg besar-besar, cikgu n student2 lain akan kesian dekat kita dan korang boleh jadikan jwtan tuh sebagai alasan besar korang tak boleh belajar. Kalau kami boleh buat, kenapa tidak anda?
Ingatlah, walau sesibuk manapun kita dekat sekolah, takda alasan untuk kita tak boleh buat ibadah2 untk taqarrub diri dkat Allah-solat sunat, baca quran,dhuha, qiamullail dan etc. Percayalah, kalau korang gagah kan diri untuk spend masa korang ingt n dekatkn diri dekat Allah, Nescaya Allah akan permudah kerja korang. Don’t worry lah. Saya jamin.Insya Allah.
Lagi satu, bila dah form 5. Budaya melepak harus dihapuskan. Say no to ‘Lepak’.Lepak same2 untuk belajar takpe. Tapi stakat cerita kosng2 tuh baik tak payah. Buang masa dan tambah dosa sahajaa. ;)


Dalam perancangan anda, kemanakah hala tuju pengajian (Bidang pengajian) yang anda ingin pilih dan universiti manakah yang anda bercadang untk melanjutkan pelajaran ?
InsyaAllah saya bercadang untuk mengambil bidang pergigian sebagai langkah saya yang seterusnya. Kalau rezeki saya dekat luar Negara, saya inginkan di Jordan. Saya nak ikut senior2 sy yang lain yang berada di JUST (Jordan University Science and Technology). Kalau rezeki saya dekat dalam Negara, saya ingin sambung belajar di UIA, takpun UM, takpun UiTM.mane2 pun tak kisah.asalkn saya boleh sambung belajar. insyaAllah doakn saya dapat pergi jauh dalam bidang ni.


Apakah nasihat anda kepada adik-adik Junior yang sedang berjuang di SBPI Selandar supaya dapat menjadi pelajar cemerlang dan gemilang?
Pegang pada D.U.I.T

-Doa: tiap-tiap masa kita kena berdoa. Lepas solat tu jangan mals nk tadah tangan mintak daripada Allah. Jangn jd mcm cacing kepansan, lepas bagi salam je terus bangkit sbb nk pegi main bola.tak logikkn? Kita dah lah hamba Allah tapi lagak mcm dah power sangt je tanpa berdoa kepada Allah. Doa dkat Allah agar dosa kita terampun, dipermudah segala urusan, dan segala ap yang kita hajati (jgn asik doa untuk dapt kn gf/bf jee.hehe)

-Usaha: Usaha lbeh korang. Jangan jadi pemalas.Nak seribu daya, tanak seribu dalih.tu jee. Jumpe cikgu kalau tak faham.tanye kawan kalu tak faham dkat dorm.jgn ego.even dengan junior pn bleh kita rjuk.latihan?buat laa.tkkan nk bagi buku tuh putih melepak je.kan membzir tuh. 

-Ikhtiar: Ikhtiar ni mse nzak la. Mse nk dkat2 SPM, macam sy dlu. Antra Ikhtiar yg saya buat ialah mase nk SPM tu mst la ade spot question. Korang akn dpt byk sngt spot. Tugas korang ialah analisis la sndiri utk plih yg mane.Pndai2 la agak. Kalu rase diri dah hebat sngt takyah tgk spot takpela.Tp jgn plak 100 peratus depends on spot. Make sure diri korang dh prepare habis-habisan sebelum lihat soalan spot.

Spot qstn tu korang kne bdoa je la masuk. Skit2 masuk pn jdlah.Nak2 ade yg kita tak cover lagi. Mcm bio ke or pape je laa.

-Tawakal: Tawakal ni hanya boleh dilakukan mase masuk dewan peperiksaan je. Korang mke sure tawakal habis2an dkat Allah. Try niat, “ya Allah aku dah bsedia sebaik mngkin, Sekrang aku serahkn segala2nya kepada-Mu untuk menentukan apa yang terbaik untuk hambu-Mu ini”. Niat lain pun takpe la,janji tawakal. Tawakal untk orang yang berusah tau.kalu tak usaha. Tak dpt la kot.hehe.
Usaha dlu baru leh cite pasl tawakal taw?kay..


Sila berikan ucapan atau penghargaan anda sebelum mengakhiri sesi temuramah kita pada kali ini.
Terima kasih kepada semua (guru2,staff skolah, senior2, kawan2 dan junior2) kerana tidak pernh berhenti memberi sokongan serta dorongan untuk saya dan kawan2 saya yang lain. Doa anda semua juga antara pembekal penting bagi kejayaan kami. Alhamdulillah



Terima kasih atas kesudian anda untuk ditemuramah oleh kami dari Alumni SBPI Selandar Blog, Media Interaktif Alumni SBPI Selandar. Sesi temuramah ini akan dipaparkan dalam blog Alumni (http://exsbpiselandar.blogspot.com/) . Syabas dan tahniah sekali lagi atas kejayaan anda dalam keputusan SPM 2008 dari warga Alumni SBPI Selandar. Semoga, anda dapat terus menyumbang bakti kepada SBPI Selandar dan terus mengukir kecemerlangan. Sekian.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Pencapaian SPM SBPI Selandar makin baik dan bermutu...Tahniah!!
    Congrate to Najib!!! dan juga kpd yg lain2...!!!
    Go SBPI Selandar!!!

    BalasPadam
  2. Congrates!! moga SISME dpt hasilkan lebih banyak pelajar yg berkualiti pada masa akan dtg... ;)

    BalasPadam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner