Jumaat, 5 Mac 2010

Keputusan SPM, STAM diumumkan Khamis ini

KUALA LUMPUR 4 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada
Khamis ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan
akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui
pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam
kenyataan, di sini hari ini.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat
peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16
Disember lepas, katanya.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat
peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas. - Bernama

Sumber : Utusan Online

p/s : Selamat berjaya dengan cemerlang adik2 sekalian. So,,tingkatkan
kan doa dan solat hajat k. kitorg sentiasa mendoakan kejayaan korang :).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner