Bantuan/Pinjaman Zakat oleh Kerajaan Negeri untuk menyambung pelajaran ke luar negara

Bagi pelajar yang sangat berhasrat untuk belajar di luar negara tetapi gagal mendapat tajaan biasiswa jpa/mara, anda masih berpeluang untuk meneruskan hasrat anda kerana anda boleh memohon bantuan/pinjaman zakat negeri.

Bantuan/pinjaman zakat ada di disetiap negeri cuma ramai pelajar yang tidak tahu adanya perkaran ini. Untuk mendapatkan pinjaman/ bantuan zakat, seseorang pelajar itu perlu memohon kepada majlis ugama Islam negeri kelahirannya/pemukimannya dengan menunjukkan surat tawaran dari universiti berkenaan.

Bagaimana hendak mendapatkan surat tawaran dari universiti berkenaan, anda perlu mengisi borang di Kementerian Pengajian Tinggi, sedikit bayaran akan dikenakan untuk proses pengurusan tersebut dan anda akan mendapat surat tawaran dari universiti berkenaan dalam masa terdekat, dengan syarat anda melepasi syarat kelayakan minimum iaitu B3 bagi setiap subjek.

Majlis Agama Islam negeri memberi keutamaan kepada mereka yang berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah