Selasa, 13 Julai 2010

Program Interaksi Bersama Alumni 2010 (INTEL2010)

Oleh : Abu Hanifah B Zamberi

Alhamdulillah, program Interaksi Bersama Alumni (INTEL 2010) telah dilangsungkan dengan jayanya selama 3 hari dari 9-11 Julai 2010. Program tahun ini dihadiri oleh lebih kurang 20 orang alumni sebagai fasilitator dari batch SPM05, SPM06 dan SPM07 yang melapangkan masa bagi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan adik-adik F5 khususnya dan F3 amnya. Program kali ini telah mendapat sokongan padu dari Ayahanda Pengetua, En.Karim B Bayok, GPK HEM sekolah, Cikgu ramli b Abdullah dan unit kaunseling yang diketuai oleh Puan Rohani. Batch SPM06 yang diketuai oleh saudara Soleh telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan menjayakan program ini.

Pada hari pertama, jumaat malam sabtu, sesi ice breaking dimulakan dan pelajar-pelajar F5 dipecahkan kepada kumpulan kecil dan membuat perbincangan tetang sekolah impian. Sesi pembentangan pula diadakan selepas itu dengan abang-abang dan kakak faci sebagai juri penilai. Pada hari sabtu, riadhah pagi dilakukan dengan senaman ringan dan tarian poco-poco. Adik-adik F5 dan F3 begitu gembira kerana kali pertama melakukannya. Sepanjang pagi dan petang pula, sesi penerangan tentang universiti , halatuju selepas SPM dan bidang pengajian diberikan oleh semua alumni yang hadir. Sesi soal jawab juga diadakan dengan pelajar F5 sendiri pergi bertanyakan kepada abang2 dan kakak2 mengikut bidang yang mereka ingin ceburi. Dalam masa yang sama, program motivasi untuk F3 diadakan serentak selama sehari di surau dengan dikendalikan oleh batch SPM07 yang dipimpin saudara Syazwan Abdullah dan rakan-rakan.Selepas asar pula, riadhah bersama alumni diadakan dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara team wakil sekolah dengan team alumni untuk pelajar putera. Manakala, bagi pelajar puteri, program riadah diadakan di gelanggang tenis dengan dikendalikan oleh kakak-kakak fasi.

Pada malamnya pula, satu sesi LDK dilakukan yang dinamakan Game Saham dengan Saudara Tariq sebagai pengendali dan adik-adik F5 cukup terhibur. Sesi soal jawab disambung selepas itu dan pada tengah malam diadakan sesi muhasabah diri. Pada hari terakhir, Explorace diadakan dan setiap kumpulan yang telah dibentuk iaitu sebanyak 11 kumpulan perlu mencari 6 checkpoint dan melalui halangan-halangan yang ekstrim. Dalam pukul 11.30 pagi, majlis penutup diadakan dengan GPK HEM, Cikgu Ramli meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Penutup ini. Antara amanat Cikgu Ramli adalah supaya alumni sentiasa berhubung dengan lebih erat setiap masa dan mengharap generasi SBPI Selandar akan menjadi pemimpin negara.

Kesimpulan yang dapat dibuat dari 3 hari program ini adalah, program ini telah dilangsungkan dengan jayanya dan merapatkan lagi hubungan alumni , pihak sekolah dan adik-adik junior. Dari maklumbalas dan komen yang diberikan oleh adik-adik F5, mereka mencadangkan hari program dipanjangkan lagi dan sentiasa datang ke sekolah. Namun, banyak lagi ruang pembaharuan dan perkara yang boleh dibaiki bagi menjadikan program ini lebih berkesan dan berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara soleh dan semua rakan-rakan alumni yang hadir. Tanpa anda semua , program alumni ini mungkin tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Moga, pada tahun hadapan, program INTEL ini dapat diadakan dengan lebih baik dan lebih ramai alumni yang hadir.

Sedikit gambar dari Program Interaksi Bersama alumni (INTEL 2010)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner