Rabu, 15 Disember 2010

Penundaan Tarikh Mesyuarat Agong Alumni SBPI Selandar

Assalamualaikum semua warga Alumni SBPI Selandar. Beberapa minggu yang lalu telah dibuat perbincangan secara dalam talian mengenai tarikh Mesyuarat Agong Alumni SBPI Selandar. Pelbagai cadangan dan maklum balas positif diterima daripada warga alumni. Kami pihak Alumni amat menghargai dan berterima kasih di atas kesungguhan secara keseluruhan warga Alumni di dalam segala perbincangan yang dibuat.

Namun, di atas kekangan tenaga dan masa, mesyuarat yang dijangkakan akan diadakan pada hujung tahun ini terpaksa ditunda ke suatu tarikh dan masa yang akan ditentukan kelak melalui perbincangan semula dengan semua warga Alumni. Diharapkan lebih ramai warga Alumni daripada semua batch spm tahun 2005 sehingga 2010 dapat terlibat dan membantu menyumbangkan idea, masa dan tenaga bagi menjayakan segala perancangan dan keputusan yang telah dipersetujui bersama di dalam perbincangan yang diadakan kelak.

Sekian dahulu, semoga semua batch dapat memberikan sokongan yang padu kepada Alumni untuk manfaat bersama. Bagi batch yang belum melantik atau membentuk organisasi batch, diharapkan agar dapat berbuat demikian dan memaklumkan kepada pihak alumni senarai jawatankuasa batch anda supaya Organisasi Alumni akan menjadi lebih baik daripada yang sedia ada. Insya-Allah.

Segala informasi atau pertanyaan akan diupdates daripada semasa ke semasa di Yahoo groups, Facebook dan Blog. Sebarang sumbangan ataupun sukarelawan untuk alumni amat dialu-alukan. Sila hantarkan sebarang perkara berkaitan ke alamat email atau mesej facebook.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner