Hala Tuju Lepas SPM (Pro dan Kontra) - Kemaskini

Assalamualaikum, di sini saya telah mengeditkan beberapa pandangan untuk panduan yang mana telah diperolehi daripada sumber yang dikongsikan dalam Facebook untuk calon-calon lepasan SPM untuk anda mempertimbangkan dalam pemilihan haluan anda selepas SPM nanti. Kesemua yang dikongsikan ini antara yang mungkin dapat membantu anda. Sama ada anda mahu ke :-
  • MATRIKULASI
  • ASASI/FOUNDATION/PRA-U
  • DIPLOMA
  • FORM 6/STPM
  • SIJIL
Kesemuanya di tangan anda, anda pasti tahu apa yang anda mahu dan kehendaki.
 


MATRIKULASI
PRO
KONTRA
1.       Dibawah kerajaan – PERCUMA, Dapat elaun.
2.       Pengajian singkat (1 Tahun) – Terus sambung degree.
1.       Susah nak masuk.
2.       Jadual padat.
3.       Kurang ada praktikal.
4.       Perlu result gempak, kalau tidak kena tendang.
5.       Kalau dapat pointer 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh.
6.       Sijil matrikulasi tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kerja.



ASASI/FOUNDATION
PRO
KONTRA
1.       Yuran pengajian percuma seperti di UM dan dapat biasiswa untuk duit poket.
2.       Kalau lulus (di Asasi IPTA) tempat untuk sambung degree lebih terjamin seperti di UIAM, UM dan UiTM.
3.       Pengajian singkat dan terus sambung degree.
1.       Kalau under IPTS, perlu bayar sendiri, atau pinjaman PTPTN atau MARA.
2.       Nak masuk susah juga.
3.       Praktikal kurang.
4.       Result kena gempak kalau tak kena tendang.
5.       Sijil asasi tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kerja.



DIPLOMA
PRO
KONTRA
1.       Lebih praktikal berbanding Asasi, Matrik dan Form 6.
2.       Lebih mempunyai peluang kerja, jika (matrik dan ijazah) vs (diploma dan ijazah) –(diploma dan ijazah) akan menang.
3.       Ilmu lebih banyak daripada asasi dan matrik. Kadang-kadang minor course lagi banyak dari major.
4.       Pembelajaran lebih relax.
5.       Diploma boleh digunakan untuk mendapatkan kerja.
1.     Masa pembelajaran lebih panjang – Biasanya 3-4 tahun. Tapi sambung degree hanya 2 tahun.
2.     TAHMIDI (USIM Sahaja) – sama macam matrikulasi dan asasi, khas untuk lepasan sekolah agama sahaja dan perlu power Bahasa Arab.






FORM 6 STPM
PRO
KONTRA
1.       Tempoh pengajian singkat.
2.       Kalau score 4 flat dalam kelas aliran sains, pasti boleh masuk apa-apa course sains yang dikehendaki.
3.       Mudah nak fly ke mana-mana kalau result 3.5 untuk science stream. Sudah tentu senang dapat MARA.
4.       STPM antara peperiksaan yang sukar di Asia.
5.       Calon STPM akan sentiasa diutamakan berbanding matrikulasi.
6.       STPM science stream kalau dapat 2.75 pun mungkin dah dapat kalahkan matrik yang pointernya 3.2-3.4.
1.       Pembelajaran sukar dan padat.





SIJIL
PRO
KONTRA
1.       Sijil boleh digunakan untuk mencari pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik.
1.       Pra-U
2.       Tempoh pengajian lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, kemudian sambung diploma dalam 2 – 1 ½ tahun, kemudian degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minimum.
3.       Sesuai untuk orang yang nak masuk bidang yang baru. Contohnya anda daripada bidang sains nak masuk ke bidang akaun, anda patit ambil sijil akaun.






Anda juga boleh semak syarakat kelayakkan anda untuk ke IPTA dengan klik halaman di bawah:-


Sekian, terima kasih. Semoga berjaya dalam membuat pilihan pengajian lanjutan anda.

Sila buat homework lanjutan untuk mendapatkan lebih maklumat yang berkaitan.

Ulasan

  1. i think sapa rasa serius dengan pelajaran baik ambil matrik bab cepat dapat masuk degree... tak la susah sangat kat matrik if u study smart dan tak lalai you kan get 4.00 but bila rasa diri tak serius sangat dengan pelajaran ambil la diploma its better @ PDT kat matrik ... bab PDT kat matrik tak la padat sangat jadual dia lagipun mcm diploma gak 2 tahun .... by

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah