Soal: Pernah ambil A-Level? Senang tak?

Soalan Dalam Diskusi Exsbpis (25hb Mac 2012)

Syeikha Zulaikha :
Siapa pernah ambil A-level? Senang tak? :)


-------------------------------------------------------


Amir Fadzil:
Belajar best.. tapi exam tak senang sangat... tapi sangat-sangat membantu masa di universiti nanti..
By the way, compare to IB, A- level relax sikit.. Tak busy sangat..

Syeikha Zulaikha:
Ouh. Exam tuh susah sangat ke? ramai tak yang dapat score..
IB nak apply macam mana?

Amir Fadzil:
Erm.. kena apply dulu scholarship-scholarship macam MARA, JPA, PETRONAS dan lain-lain.. then tengok la company-company tu taja program apa.. macam MARA, JPA, PETRONAS, diorang taja dua-dua program.. Check dalam surat khabar and internet pasal iklan-iklan scholarship.. selalu diorang buka seminggu je dari tarikh keluar result.. kena apply cepat-cepat..
A -level punya exam suka belit-belit sikit soalan dia.. tapi rasanya IB pun sama gak.. tapikan, soalan exam mana-mana pun mesti ada belit-belit gak.. tak ramai yang fail lah.. kat kolej dulu, siap ada orang dapat straight 100% lagi.. melayu plak tu.. don't worry la..
Tapi "mamat" tu memang study 24/7 la..

Izzanee Ibrahim:
Sape ek?  Azman?
Wajib kerja keras, pergi mana-mana pun sebenarnya, :D.

Aiza Abd Rahman:
‎Amir Fadzil awak ke "mamat" tu? hehehe....

Syeikha Zulaikha:
Haha. private tak ada? macam tak lepas je scholar tu. haha
Dia memang all based on exam ek? tak da sumbangan dari benda lain macam kuiz ke, apa-apa?

Muhammad Hanafi Roslan:
IB - International Baccalaureate, kalau lepasan SPM akan masuk IB Diploma Programme (2 tahun).  Jarang dengar student private buat IB. Kebanyakkan student private akan ambil A-level (1.5 atau 2 tahun) ataupun program-program lain yang setaraf seperti AUSMAT, SAM, dan sebagainya. Kalau serius nak ambil IB, senarai IB World School di Malaysia ada kat webpage IB. Untuk IB, result final (6 subjek) akan dicampur dengan Internal Assessment(macam folio), lab report, essay Theory of Knowledge, Extended Essay dan CAS(macam koku). Ini yang buat IB ini sedikit busy macam Amir Fadzil cakap. Tak ada la busy mana pun. :p

Izzanee Ibrahim:
A-level ada private, yes. final results memang based on exam.  Macam SPM.

Muhammad Hanafi Roslan:
Tapi Syeikha Zulaikha nak buat A-level ni nak masuk course apa?


Ameerul Ashraf:
Nak amek A-level kat intec pun boleh...meh2..haha

Amir Fadzil:
Boleh je jadi private student ni..tapi jangan main-main la ye.. mahal gak kena bayar.. kena study sungguh-sungguh la.. nnti nak masuk Universiti lepas A-level nanti boleh apply gak scholarship..

Syeikha Zulaikha:
‎Muhammad Hanafi Roslan saya nak masuk course medic kot. nak ikut abg pergi UK insyaAllah lah.. haha.minta terkabul la hajat. tapi IB macam best je.tak suke laa exam semata. nak gak buat keje lain. takkan hadap buku je. nak muntah laa.
Ameerul Ashraf saya ada apply. tak tau laa dapat ke tak? abang masuk bayar sendri ke tajaan? saya dengar budak-budak kita INTEC macam tough je persaingan.
Amir Fadzil insyaAllah. takkan la nak sia-siakan duit. duit kot*mate duitan.haha

Ameerul Ashraf:
Tajaan JPA... mana-mana belajar memang persaingan kuat.... pe kos skali pun

Syeikha Zulaikha:
Ouh.amk utk msk medic ek.?intec ble msk gne duit sdri kan.maklumlah org tak bpe nk lyk tajaan

Ameerul Ashraf:
Boleh je pakai duit sendiri...nak2 kat shah alam...laju je duit keluar...

Syeikha Zulaikha:
Okay.part laju je duit keluar.*merisaukan pulak.haha.dia tak main tendang-tendang budak kan kalau pointer rendah. (masuk akal ke soalan nih?)

Ameerul Ashraf:
Tak pasti r....tp dah masuk tak kan nak main-main kan??..tapi parent-lecture meeting tu memang ada la...haha

Syeikha Zulaikha:
Okay. minta-minta la dapat. amin.ouh. abang intec ada apply online dan manual. sama je ke dua2 tuh.


Ameerul Ashraf:
mohon je dua-dua....tapi aku rasa sama jer

Syeikha Zulaikha:
Okeh!:) thanks

Ameerul Ashraf:
Tak tahu sangat...dapat tawaran JPA...tau-tau masuk intec...hehe

Syeikha Zulaikha:
Bdk top la katakan.haha.

Muhammad Hanafi Roslan:
Hahaha. Tak ada la UK sangat. IB bound to india. :) Ok macam ni la. Kalau betul2 serius nk buat preparation program n jadi private student, alevel o SAM better dr IB. Sbb dr segi cost n practicality, IB tu lebih dari double cost die berbanding alevel o SAM. Tp xsalah jugak kalau nak masuk program dalam negara, sbb course medic dapat tajaan jpa, insyaAllah.

Syeikha Zulaikha:
Ala.berterabur la otak nih.mne2 dtg dlu amek je la.sng cerita.haha
Ha bljr dlm negare je laa.sng.takya pikir ib ke Alevel ke SAM ke.
Ouh jpa da tak tje bdk spm agy an?sy rse laa.haritu ad p kat page dye.kne recheck nih

Muhammad Hanafi Roslan:
Haha. Istikharah dahulu. :D Pilih betul2 supaya jangan menyesal. Paling penting restu parents. Semua program ad kelebihan masing2, xkiralah alevel, ib, sam, ausmat, icpu, asasi sains, matriculation, foundation, stpm. Tu semua ilmu pun yang berguna. Xrugi pun kalau belajar dalam ap2 program. Janji niat kita betul. :) kalau ad ap2 lagi boleh tnya. :)

Syeikha Zulaikha:
Okay first time tahu pasal ICPU. Apa tuh. Macam mana programnya?

Muhammad Hanafi Roslan:
Ni saja-saja bagi tahu. Tapi jangan serabut sangat. :) Icpu- international canadian pre-university.
     
Faiz Yusof ‎:
:) prog terbaik! hehehehe
Tak payah bgtau pun Napi oi..kalo appply scholar..dieorg yg anta sesuka je nnt..kite just kene accept je..huhuhu
    
Muhammad Hanafi Roslan:
Haha. Jangan nak serabut sangat la paiz. Ko tu budak engine. Die nak amek medic. Haha

Faiz Yusof:
Kalau ambil medic tak payah le nk srabut sgt tulis icpu..hikhikhik


Muhammad Hanafi Roslan:
At least diorang tahu, daripada serabai je tak tahu apa-apa. Hahahaa.

Faiz Yusof:
Hikhikhikhik.. ICPU ni ada ke arah medic.. tapi dari haiwan je la..

Muhammad Hanafi Roslan:
Tak. Aku point out kan benda tu sebab nak cakap apa-apa program pun ok je. :) tak ada double standard mana-mana pun. Hihihi. Ok2. Keluarkanlah ICPU tu. serabut je. :p hehehehehee


Syeikha Zulaikha:
Alaa. bagi tahu la pasal ICPU tuh.tak masuk program tu pun xpe.sy nak ilmu psl icpu.nnt org tnye ble jawab kan? please continue on that :)

Muhammad Hanafi Roslan:
Dah-dah. Kita jangan nak spam sangat. Hihihihihihihi.. :) kesian diorang ni. Apply la mana-mana pun. Doa dan tawakkal je la. Jangan terlalu pandang sangat kebaikan negara-negara lain. Negara sendiri pun ada banyak lagi kelebihan. :)


Syeikha Zulaikha:
USM:) haha

Faiz Yusof :
ICPU ni lain skit dari program lain.. sebab coursemark 70% and final 30% je..so final tak pressure sangat.. plus ICPU ni totally internal.. so kalau baik dengan lecturer..markah boleh nego or recheck..cikgu dia plak..80% Canadian..so bley try culture org...

Syeikha Zulaikha:
Interesting:)

Muhammad Hanafi Roslan:
Eden ko bagi la sebab-sebab lari IB. :p Agak-agak kau pointer berapa PASUM nak masuk course pharmcy?

Mohammad Izuddin Azmi:
Uih Napi sebab-sebab lari IB rahsia.. kahkah..sengal la..mungkin najib boleh bagi prosedur lari dari IB secara senyap-senyap..pointer 3.5 boleh dah kalau tak silap aku..

Muhammad Hanafi Roslan:
Medic 4.0 Dentistry 3.8 Pharmacy 3.5. Macam ni? Wokeyh.

Syeikha Zulaikha:
Menakutkannya pointer tuh. betul-betul ke apa?

Mohammad Izuddin Azmi:
Macam tu la lebih kurang. tu kira standard la. pek abang kau kat mana skang?? dah habis ke? aku macam nampak abang kau kat Shah Alam haritu.

Ahmad Omar Mohsin:
Senang-senang. Apa ada hal A level.
Usaha lebih, taklah susah. insya-Allah.

Syeikha Zulaikha:
Wah.mmg lps ni stdy tok dpt 4flat je laa.mate nmpk buku je.haha

Muhammad Hanafi Roslan:
Haha. Abg aku da keje kt pj la.

Izzanee Ibrahim:
‎Syeikha Zulaikha; depends tempat belajar dkt mana, takdelah belajar all the way, cuma A-level as a programme tu mmg 100% based on xms lah. ce try survey berapa kos kalau betul nak masuk a-level as private students. ada tempat mahal, ada tempat tak sgt.. . sekian. salam. :)


Atirah Ismail:
Slowpoke. Ugh
InsyaAllah boleh bawak A level kalau yakin anda boleh bawak :D
Kelebihan amik A level sbb dia exam based. Takda CAS hour macam IB. Takda koku. Blaja jadi ulat buku je xD


Izzanee Ibrahim:
Who says? it depends, you better watch out with your saying, ;).


Muhammad Hanafi Roslan:
‎Atirah Ismail : lama x nmpak sejak lps habis A-lavel? da start kelas da? :D

Atirah Ismail:
Da satu bulan lebey start kelas napi. Hampir nk naik gilaaaaaaa


Rujukan berkaitan :-
INTEC ALM
INTEC ALG
INTEC UITM 

Sponsors

Pahang State Foundation


Ulasan

  1. salam. diskusi ni sgt membantu memandangkan sy baru buat survey utk pilih course tajaan MARA.

    I'ALLAH sy akn ambil medic, buat IB bound for India. pd awal kabur pasal IB 2 tahun ni, lps tu check ad jg foundation 1 thn. kekeliruan di situ sama ad nk pilih IB/foundation, mana 1 yg "menyenangkan"?

    IB ni mcm traumatic sikit la haha. A-level, tiada utk medic. yg ad foundation dan p'sediaan Timur Tengah (4 bulan). boleh terangkan konsep psediaan 4 bulan ni mcm mana? adakah b'kaitan bahasa/subjek?

    memandangkan, kalau ad rezeki dapat pergi interview MARA, boleh kongsi tips utk lulus interview ni? huhu.

    JPA tahun ni hny offer tajaan ke luar negara utk engineering shj (utk mereka yg 9A+ ke bwh, huhu). yg bursary smua tk perlu cerita la kan :')

    sy tk ad kaitan dgn sbp ni, maaf ^^V tp hrp admin dpt reply pertanyaan sy ni di oren_ryn@yahoo.com.

    TERIMA KASIH :D

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...sy ambik a level under kpm di taylors
    tolong doakan ye ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm mne ye bleh buat a level under kpm tu? Scholarship ke tu?

      Padam
    2. Mcm mne ye bleh buat a level under kpm tu? Scholarship ke tu?

      Padam
  3. saya nak masuk program dasar pandang timur jepun di intec tahun depan, tapi sebagai pelajar private. ada tak siapa-siapa yang boleh bagi info dari segi kat mana saya boleh dapatkan bantuan kewangan, selain badan-badan seperti jpa, mara, ptptn, petronas, shell, yayasan sime darby, bank negara, yayasan khazanah, maybank, kpm, maxis ? sebab kos nya agak mahal..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, boleh ke buat A-Level kat overseas, kalau boleh macam mana? Saya berminat nak ambik architecture, boleh sesiapa tolong tak? fokus utama saya nak study architecture kat overseas.. ada cara lain ke selain A-Level...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah