Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah

Assalamualaikum, Alhamdulillah pada 27, 28, dan 29 April 2012 yang lalu telah berjaya dijalankan Program Induksi Nuqaba' dan Pemantapan Usrah anjuran Alumni yang mana telah dilaksanakan oleh beberapa orang daripada gaduate daripada Batch ke-6 (SPM 2010) dengan kerjasama pihak sekolah. Pihak alumni mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini kerana telah bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat khususnya 'Di bumi bertuah ini, SBPI Selandar'. Saya difahamkan ianya adalah inisiatif sendiri yang telah digerakkan oleh Saudara Muhammad Zaki Rahman dan Saudari Asyiq Azwar dengan dibantu beberapa rakan-rakan mereka yang lain.

Tahniah diucapkan kepada anda dan diharapkan usaha dan sumbangan murni anda dapat membantu dalam membentuk peribadi mulia para nuqaba' dan memastikan suasana tarbiah dan ukhuwwah dapat dikekalkan di SBPIS. Diharapkan juga para pelajar SBPI Selandar dapat mengambil peluang ini sebagai salah satu ruang untuk mereka mendapatkan dan berkongsi pandangan bersama para graduan SBPI Selandar yang telah menghabiskan pengajian di sekolah tersebut. 

Apa pun, sekali lagi tahniah diucapkan kerana mereka para alumni sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk melapangkan diri demi untuk menyumbang kepada pembangunan dan pemantapan sahsiah warga SBPI Selandar, Alhamdulillah, program yang dijalankan selama tiga hari ini akhirnya berjaya dilaksanakan walaupun terdapat beberapa halangan sebelum ini dan terpaksa ditunda atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah berkat usaha dan kesabaran anda, ianya dapat direalisasikan diakhirnya dengan jayanya. 

Berikut antara beberapa gambar yang diperolehi untuk perkongsian bersama warga exsbpi Selandar yang lain.    










Lebih banyak gambar program di Facebook Diskusi Ex-SBPI Selandar.

Aktiviti seterusnya dirancang adalah Program Kembara Alumni SBPIS 2012. Insya-Allah, semua alumni dijemput ke aktiviti yang julung kali diadakan antara alumni.

Sekian, Terima kasih.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apakah Itu Kejuruteraan Geomatik UTM?

Kongsi: The Truth about Actuarial Science?

Program Usahawantani 2013 Untuk Lepasan Diploma dan Ijazah