Khamis, 29 November 2012

Soal: Beza Jurutera dan Ahli Geosains Petroleum?

Soalan Terpilih Diskusi Ex-SBPIS

Salam, ada sesiapa boleh terangkan beza antara jurutera petroleum dan ahli geosains petroleum? Terima kasih... :)

Jawapan dan Respon:

Afif Iman:
Geosains rasanya lebih tumpukan dalam bahagian tanah... itu dari perspektif geoteknik dalam civil engineering la...  tak tau detail lagi..

Farid Aspar:
Agak mencabar juga bidang nie ye... ada lagi maklumat lain? :)

Aiman Syazani 'Asyaz':
Kalau tak salah Petroleum engineering lebih kepada how to drill untuk mengeluarkan oil untuk Petroleum geoscience lebih kepada kaji struktur tanah dan dalam mana minyak tu, kiranya kedua-dua kos ini kena bekerjasama.   #klu salah info sori eh

Farid Aspar:
Bagus2, paling tidak pun membuka ruang untuk berfikir... :) ada info lagi, minta share ye..

Syazwan Abdullah:
Untuk makluman scara kasar, Petroleum Engineer bertindak dalam usaha menggali minyak dari awal sehingga akhir proses drilling dan Petroleum geoscientist akan mencari potential hydrocarbon yg wujud dalam kerak bumi kita.

Petroleum engineer lazimnya akan menjaga mekanikal integrity dalam proses drilling terutamanya (mekanikal engineer) dan juga pengiraan dalam volume of reservoir (isipadu tempat adanya minyak) melalui data2 yang diperoleh daripada lab analysis untuk mencari pressure, volumte and temprature, porosity, permeability, water saturation, oil saturation and etc.

Petroleum geoscientist pula terbahagi kepada beberapa bidang field... geology (mengaitkan hukum alam dan bumi dengan kewujudan minyak), geophysics (memahami prinsipal fizik mukabumi dan dalam bumi untuk memberi gambaran jelas tentang image bawah tanah) dan geomatics (memberi koordinat tentang lokasi yang akan digali). Setelah data2 mereka peroleh, seterusnya mereka akan berikan kepada asset team untuk teruskan proses melaksanakan projek drilling. (tertakluk kepada Production Sharing Contract).

Kesemua personnel dalam oil dan gas basically memerlukan kedua-dua bidang ini untuk mencari dan menggali minyak yang ada dalam muka bumi. Untuk makluman, di Malaysia kebanyakan minyak kita hampir 95% berada di bawah laut. 1/3 minyk di dunia telah pun habis, 1/3 lagi minyak di dunia sedang digali, 1/3 lagi masih belum dijumpai (semakin hari cabaran mencari potential minyak baru semakin mencabar untuk dijumpai kerana geohazard, deepwater, high pressure high temperature)

Skadar berkongsi ilmu.
 
Farid Aspar:
Amat membantu dalam penerangan... terima kasih Syazwan Abdullah atas penerangan.. kalau masih ada yang ingin tambah, dipersilakan ye... mungkin daripada potensi kerjaya, adakah hanya bergantung kepada syarikat besar yang terkenal dalam dan luar negara sahaja, atau pun wujud juga kerjaya dalam syarikat yang biasa-biasa... atau pun bagaimana... :)

Syazwan Abdullah:
Bagi saya, potensi kerjaya untuk oil dan gas sangat meluas... mana-mana negara yang ada operasi minyak, mereka akan involce upstream and downstream... cuma perlu tahu apakah ciri-ciri bidang yang diminati dan kaitan dengan kita...

Untuk bidang petroleum engineer dan petroleum geoscientist, mereka akan involve dalam upstream activity... menjawab soalan, syarikat besar akan dominate the market dan akan cascade kepada contractor lain , dan akan diberi lagi contract kepada lain sehingga sekecil-kecil company... 

Contoh : PETRONAS jual blok perairan di Malaysia, Shell beli untuk tempoh 25 tahun, Shell upah company Schlumberger untuk buat operasi cari dan gali...untuk dapatkan barang-barang mentah... subs lagi kepada Sapura Kencana petroleum untuk transportation dan pmbinaan oil rig /platform... untuk supply makanan dan hospitality... subs lagi kat hospital, catering dan sampai ke hujung hierarchy dalam management...

Cuma course ini agak mahal kerana intellectual property sahaja sangat sukar didapati kerana isu privacy korporat. Setahu saya, UTM, UTP, Curtin ada course petroleum...

Farid Aspar:
Owh... maknanya, kebolehannya tidaklah hanya tertumpu dalam satu tugasan sahaja, tetapi masih boleh pergi ke bahagian lain dan juga tidak bertumpu pada sesebuah syarikat yang besar sahaja la kan... mungkin ada yang tertinggal lagi, boleh tambah ye... :)



3 ulasan:

  1. thanks bro..i'm going to educamp after this..

    BalasPadam
  2. Anyone please help me, how can I contact 'Syazwan Abdullah', please... TQ.

    -Hana-

    BalasPadam

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner