Khamis, 27 Disember 2012

Alumni Ucapkan Tahniah Kepada SBPI Selandar Pengiktirafan SBT 2012

Assalamualaikum, hari ini 27 Disember 2012, SBPI Selandar telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Pihak Alumni SBPI Selandar merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Berikut sedikit rakaman yang dikongsikan cikgu Ramli ketika penyampaian pengiktirafan tersebut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).



AlumniSBPIS Merakamkan Ucapan Tahniah Kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar kerana telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Tahun 2012 dalam Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menaikan lagi semangat warga SBPI Selandar untuk mencapai kecemerlangan di masa-masa yang akan datang.

Gambar sijil pengiktirafan yang diberikan untuk dikongsikan bersama-sama. Alhamdulillah.

 
Kesemua sumber maklumat dikreditkan kepada Cikgu Ramil Abdullah, PK HEM Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Alumni ke Email Anda

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner